SYARIAH P2/ TOPIK 1

0.0(0)
studied byStudied by 0 people
learnLearn
examPractice Test
spaced repetitionSpaced Repetition
heart puzzleMatch
flashcardsFlashcards
Card Sorting

1/7

encourage image

There's no tags or description

Looks like no tags are added yet.

Study Analytics
Name
Mastery
Learn
Test
Matching
Spaced

No study sessions yet.

8 Terms

1
New cards

Pengertian Usul Fiqh

Ilmu yang membahaskan tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh ulama mujtahid untuk mengeluarkan hukum syarak yang praktikal yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf berdasarkan dalil-dalil tafsili

2
New cards

Perbezaan antara usul fiqh dan kaedah fiqh

Usul fiqh:

  1. Kaedah untuk menetapkan hukum syarak

  2. membahaskan daliil-dalil syarak secara umum

  3. Wajib diketahui oleh mujtahid untuk berijtihad

  4. Merupakan kaedah/alat yang digunakan untuk mendapatkan hukum syarak

Kaedah fiqh:

  1. Hukum berkaitan perbuatan mukallaf

  2. Membahskan dalil-dalil syarak secara terperinci

  3. Wajib difahami oleh setiap mukallaf

  4. Merupakan istinbat hukum selepas pengkajian kaedah usul fiqh

3
New cards

Pendekatan Penyusunan Ilmu Usul Fiqh

  • Kaedah ulama mutakallimin

  • Kaedah ulama hanafiah

  • Kaedah ulama muta’khirin

4
New cards

Kaedah ulama mutakallimin

  • Berdasarkan nas-nas atau menetapkan kaedah yang disokong oleh dalil-dalil

  • Meninggalkan kaedah yang bertentangan dengan dalil tanpa mengira keselarasan dengan masalah fiqh yang diambil dengan kaedah fiqh yang diambil oleh imam mereka

  • Tidak menyatakan dalam kitab usul fiqh mereka tentang masalah yang termasuk dalam kaedah fiqh kecuali untuk penjelasan

  • Mengemaskini kaedah-kaedah yang disokong oleh dalil mantiq

  • Menyusun semula mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan dalil naqli dan aqli

5
New cards

Kaedah Ulama Hanafiah

  • Memberi perhatian yang mendalam terhadap masalah-masalah fiqh yang telah sedia ada dalam mazhab hanafi

  • Sesetengah kaedah disesuaikan dengan hukum-hukum yang terlibat.

  • Andainya sesetengah masalah fiqh tidak tbersesuaian dengan kaedah fiqh, kaedah fiqh tersebut akan diubahsuai hingga selaras dengan masalah fiqh yang dianggap terlibat

6
New cards

Kaedah Ulama Muta’khirin

  • Menggabungkan cara penyusunan yang dilakukan oleh ulama’ Al-Kalam dan As-Syafie dengan Ulama Hanafiah, iaitu dengan menetapkan kaedah usul dan membawa dalil serta dicantumkan kaeda-kaedah usul dan disesuaikan dengan masalah fiqh atau dikaitkan dengan masalah fiqh tersebut

7
New cards

Faedah Mempelajari Ilmu Usul Fiqh

  • Mengetahui cara ulama mujtahid mengistinbatkan hukum syarak

  • Mengetahui cara ulama menetapkan hukum, serta kaedah istinbat berdasarkan dalil-dalil

  • Mengeluarkan hukum baru, yang sentiasa berubah mengikut perkembangan zaman dan keperluan masyarakat

  • Mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmat-hikmatnya

  • Dapat membandingkan mazhab-mazhab lain mengenai masalah fiqh serta dapat mencari pendapat yang lebih kukuh dan rajih

8
New cards

Faktor As-Syafie menyusun dan membukukan Usul Fiqh

  • Muncul banyak aliran pengajian usul fiqh, yang menyebabkan berlaku perselisihan dalam kaedah istinbat dan kaedah ijtihad

  • Penguasaan bahasa arab yang lemah kerana percampuran dengan orang bukan Arab

  • Peluasan kuasa Wilayah Islam

  • Menjadi rujukan dan panduan kepada ulama’ seterusnya.