1/21
Flashcards mengenai pembentukan keluarga berdasarkan nota kuliah.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced |
---|
No study sessions yet.
Apakah definisi perkahwinan dari sudut bahasa?
Suatu kalimah yang menunjukkan makna bersama dan satu ikatan perjanjian (akad).
Apakah definisi perkahwinan dari sudut istilah?
Suatu ikatan yang menjadikan pasangan suami isteri itu halal untuk satu sama lain dengan cara yang dibenarkan syarak.
Apakah definisi keluarga dari sudut bahasa?
Kelompok individu yang mempunyai hubungan rapat dengan lelaki tertentu.
Apakah definisi keluarga dari sudut istilah?
Satu sel atau kelompok yang mengandungi bapa, ibu, datuk, nenek, anak lelaki dan perempuan serta cucu-cucu.
Bilakah perkahwinan menjadi wajib?
Mereka yang khuatir dirinya akan terjebak dengan penzinaan jika tidak berkahwin, sedangkan mereka mampu memenuhi segala keperluan perkahwinan dan mampu bersikap adil terhadap bakal isterinya.
Bilakah perkahwinan menjadi haram?
Bagi mereka yang tidak mampu menyediakan wang perkahwinan dan yakin akan menzalimi isterinya jika berkahwin.
Bilakah perkahwinan menjadi sunat?
Seseorang itu ingin berkahwin, memiliki kemampuan dari segi nafkah, mas kahwin, serta nafkah kehidupannya & isterinya. Beliau merasakan bahawa beliau tidak akan terjerumus ke dalam perkara maksiat (zina) jika tidak berkahwin.
Bilakah perkahwinan menjadi harus?
Tiada perkara yang mendesak untuk berkahwin dan tidak ada pula yang mengharamkannya untuk berkahwin.
Bilakah perkahwinan menjadi makruh?
Individu yang tidak berhajat untuk berkahwin, seperti dia tidak berkeinginan (sama ada disebabkan faktor semulajadi, sakit atau sebab lain), dan tidak mampu menyediakan keperluan nikah seperti mas kahwin dan nafkah zahir batin.
Apakah rukun-rukun nikah?
Calon suami, calon isteri, wali kepada perempuan, sighah ijab dan qabul, dua orang saksi lelaki.
Apakah hikmah perkahwinan dan pembinaan keluarga?
Menyahut seruan fitrah manusia, melahirkan keturunan yang soleh, mewujudkan ketenangan jiwa, menjaga akhlak, menjaga kesempurnaan keturunan, meluaskan persaudaraan.
Apakah perkara yang perlu dipersiapkan sebelum berkahwin?
Asas agama, ilmu kewangan, ilmu tentang ciri lelaki & perempuan, kesihatan, keturunan dan kesuburan, dan mempunyai sumber material.
Apakah tanggungjawab suami terhadap isteri?
Memberi mas kahwin, memberikan nafkah zahir dan batin, memimpin dan mendidik isteri, memberikan layanan yang baik, bersabar dengan karenah isteri, berlaku adil jika berpoligami.
Apakah tanggungjawab isteri terhadap suami?
Wajib mentaati suami dalam perkara makruf, memberikan layanan yang baik, menjaga kehormatan diri dan harta suami.
Apakah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak?
Membaca azan di telinga anak, melaksanakan akikah, berkhatan, mencurahkan kasih sayang, menanggung nafkah, melayan dengan adil, mendidik dengan didikan soleh, mendoakan kebaikan.
Apakah tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa?
Mentaati ibu bapa dalam perkara makruf, tidak meninggikan suara apabila bercakap, merendahkan diri, memberi nafkah jika mampu, berusaha menjadi anak yang soleh, menjaga di hari tua.
Apakah sebab diharuskan poligami dalam Islam?
Menjamin kemuliaan agama Islam, menutup perzinaan, membiakkan keturunan, mengurangkan anak luar nikah, memenuhi kehendak nafsu suami, keperluan pimpinan wanita, bilangan perempuan lebih banyak, mengatasi masalah kemandulan, dan nafsu berahi lelaki yang tidak terbatas.
Apakah antara faktor yang menyebabkan perceraian di Malaysia?
Tiada persefahaman, berkahwin terlalu awal, campur tangan mertua, masalah kewangan, punca poligami, dan sikap curang.
Apakah syarat hukum pernikahan di luar negara adalah sah?
Perkahwinan itu mengikut rukun nikah, pernikahan itu melebihi dua marhalah, tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin, pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim.
Apakah adab yang perlu dijaga ketika berjumpa semasa bercinta?
Berpakaian menutup aurat, topik perbualan yang wajar, menjaga pandangan mata, tempat berjumpa yang terbuka, membawa bersama mahram.
Apakah hukum wanita Muslimah berkahwin dengan Non-Muslim?
Haram dan tidak sah kerana berkaitan dengan akidah, syurga neraka, pendidikan anak-anak dan keharmonian rumahtangga.
Apakah hikmah diharuskan berkahwin dengan ahli kitab?
Bertujuan menarik golongan ahli kitab menganut Islam dan anak-anak hasil perkahwinan ini akan menurut agama bapa mereka iaitu Islam.