1/3
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced |
---|
No study sessions yet.
Definisi pengurusan
Pengurusan adalah proses formal dan sistematik yang melibatkan proses merancang, mengorganisasikan, memimpin, dan mengawal sumber manusia dan sumber bukan manusia secara cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi
Kepentingan Pengurusan
1) Mengurangkan pembaziran - Pengurusan yang cekap dapat menjimatkan kos ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti organisasi dan membolehkan organisasi terus beroperasi pada tahap optimum
2)Meningkatkan kecekapan dan produktiviti-Bertanggungjawab menyediakan kakitangan, peralatan dan latihan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dengan berkesan
3) Memotivasikan pekerja- Mendorng modal insan untuk mencapai matlamat organisasi melalui usaha seperti meningkatkan tahap keyakinan, penghargaan kakitangan atau membangunkan kemahiran kakitangan
Fungsi Pengurusan
1) Perancangan - Satu proses menentukan matlamat, visi, misi organisasi yang ingin dicapai dan membentuk tindakan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat tersebut
2) Pengorganisasian - Satu proses penyelarasan dan pengagihan sumber-sumber oragnisasi seperti manusia atau aset, untuk melaksanakn tugas atau rancangan yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat organisasi
3) kepimpinan - Satu proses di mana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas atau rancangan yang telah dibuat dengan cekap dan berkesab bagi mencapai matlamat organisasi
4) Pengawalan - Satu proses pemantauan prestasi dan memastikan hasil akhir tercapai seperti yang telah dijangkakan
Konsep Keberkesanan dan Kecekapan
Keberkesanan
-Melakukan sesuatu perkara yang betul
-Menentukan matlamat yang betul dan memilih kaedah yang tepat dalam menyempurnakan sesuq