IGCSE Malay Foreign Language - Speaking - General conversation

0.0(0)
studied byStudied by 0 people
0.0(0)
full-widthCall Kai
learnLearn
examPractice Test
spaced repetitionSpaced Repetition
heart puzzleMatch
flashcardsFlashcards
GameKnowt Play
Card Sorting

1/128

encourage image

There's no tags or description

Looks like no tags are added yet.

Study Analytics
Name
Mastery
Learn
Test
Matching
Spaced

No study sessions yet.

129 Terms

1
New cards

Apakah hobi anda?

Hobi saya ialah membaca buku kerana dengan membaca buku, saya boleh menambahkan ilmu pengetahuan supaya tidak digelar bagai katak di bawah tempurung. Saya juga suka mendengar muzik dan menonton drama-drama korea pada masa lapang untuk melepaskan tekanan daripada belajar.

2
New cards

Pada pendapat anda, adakah penting untuk membaca surat khabar? Mengapa (tidak)?

Pada pendapat saya, kita haruslah membaca surat khabar kerana kita berpeluang untuk mengetahui isu-isu semasa dengan membaca surat khabar. Kita juga boleh menambahkan perbendaharaan kata kita di samping memperbaiki tatabahasa kita dengan membaca surat khabar.

3
New cards

Apakah pandangan anda tentang e-buku?

Pada pendapat saya, e-book merupakan sejenis bahan bacaan yang sangat mudah untuk diakses pada zaman teknologi serba moden ini. Dengan membaca e-buku, kita boleh menjimatkan wang untuk membeli buku dan tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke perpustakaan.

4
New cards

Bolehkah anda beritahu saya apakah buku kegemaran anda?

Buku kegemaran saya ialah Harry Potter, iaitu sebuah novel ciptaan JK Rowling. Buku ini buku kegemaran saya kerana ceritanya tentang seorang remaja lelaki yang bernama Harry dan bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts. Saya juga suka perwatakkannya yang tegas dan tidak mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran.

5
New cards

Adakah anda suka melancong dengan keluarga anda? Mengapa (tidak)?

Saya suka melancong dengan keluarga saya terutamanya pada musim cuti sekolah kerana saya boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan saya dan menghasilkan kenangan manis dengan mereka.

6
New cards

Apakah destinasi pelancongan yang anda ingin lawati pada masa depan?

Pada masa depan, saya ingin bercuti di negara Korea kerana saya boleh membeli pelbagai jenis pakaian yang cantik di sana. Saya juga boleh menikmati pemandangan yang indah dan mengunjungi kafe-kafe yang menjual makanan yang sedap.

7
New cards

Ceritakan tentang kali terakhir anda pergi melancong.

Pada kali terakhir saya pergi melancong, saya telah pergi ke Taiwan dengan keluarga saya. Kami sekeluarga bercuti di sana selama seminggu dan telah melawat beberapa tempat-tempat menarik seperti Ladang Qing Jing.

8
New cards

Adakah anda suka melancong di dalam negara? Mengapa?

Ya, saya suka melancong di dalam negara kerana Malaysia juga kaya dengan pelbagai jenis tempat menarik seperti Tanah Tinggi Cameron, bandar Kuala Lumpur, Melaka dan bermacam-macam lagi. Dengan melancong di dalam negara, kita juga boleh memajukan industri pelancongan negara kita. Contohnya, oleh-oleh yang kita beli akan membantu perniagaan tempatan.

9
New cards

Ceritakan tentang keluarga anda.

Keluarga saya terdiri daripada empat orang ahli, iaitu ibu, bapa dan saya mempunyai seorang adik.

10
New cards

Ceritakan tentang adik anda.

Adik saya berumur 13 tahun pada tahun ini dan sedang mempelajari tingkatan satu di Sekolah Menengah Han Chiang. Dia seorang yang peramah dan rajin belajar. Dia juga suka bermain permainan elektronik dan melayari Internet pada masa lapang.

11
New cards

Siapakah ahli keluarga kegemaran anda?

Ahli keluarga kegemaran saya ialah ibu saya kerana ibu merupakan insan istimewa yang melahirkan saya. Selain itu, walaupun dia sibuk bekerja, dia selalu menjaga kesihatan keluarga saya dengan menyediakan makanan yang menyelerakan dan berkhasiat. Selain itu, ibu saya juga kerap memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya saya mengejar cita-cita saya dan tidak cepat kecewa.

12
New cards

Apakah kebaikan mempunyai adik-beradik? Dan keburukannya?

Pada pendapat saya, kebaikan mempunyai adik-beradik adalah kita berpeluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan adik-beradik kita dan tidak berasa bersendirian. Ini juga akan memperbaiki kemahiran berkomunikasi kita. Selain itu, kita juga boleh belajar untuk saling menghormati dan saling membantu. Keburukannya adalah perselisihan faham akan berlaku. Kadang kala, kita juga akan bergaduh dengan adik-beradik kita.

13
New cards

Pada pendapat anda, adalah keluarga lebih penting daripada kawan-kawan?

Pada pendapat saya, keluarga pasti lebih penting daripada kawan-kawan kerana keluarga merupakan insan yang mempunyai hubungan darah dengan kita. Mereka juga akan menawarkan bantuan kepada kita pada saat yang susah.

14
New cards

Apakah telefon bimbit impian anda?

Telefon bimbit impian saya ialah telefon bimbit yang berjenama iPhone kerana pada pendapat saya, telefon bimbit yang berjenama iPhone berkualiti lebih tinggi dan mempunyai kamera yang lebih canggih. Jadi, saya boleh menangkap gambar yang cantik apabila saya pergi melancong.

15
New cards

Apakah faedah menggunakan telefon bimbit?

- Menghubungi keluarga kita pada masa kecemasan

- Berhubung dengan kawan-kawan yang berada di luar negara

- Menghiburkan diri dengan menonton video Youtube dan melayari rangkaian sosial seperti Instagram dan Facebook

- Mengakses maklumat dengan mudah dan mengetahui isu-isu semasa dengan cepat

16
New cards

Apakah keburukan menggunakan telefon bimbit?

- Kesihatan kita akan terjejas akibat jarang melakukan aktiviti sukan, terdedah kepada risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung

- Menjadi antisosial dan kurang berinteraksi dengan keluarga

- Terjebak dalam gejala sosial yang berpunca daripada hubungan maya yang dijalinkan melalui rangkaian sosial

- Prestasi pelajaran akan terjejas kerana asyik bermain telefon bimbit sehingga mengabaikan pelajaran

17
New cards

Apakah cara-cara mengatasi ketagihan telefon bimbit?

- Mencari hobi sendiri seperti membaca, melakukan aktiviti sukan, melukis dan sebagainya

- Mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah bersama keluarga atau kawan-kawan

- Membuat jadual belajar

18
New cards

Adakah anda suka guna rangkaian sosial? (social media)

Ya, saya suka menggunakan rangkaian sosial seperti Instagram untuk menghubungi kawan-kawan saya.

19
New cards

Apakah rangkaian sosial kegemaran anda?

Rangkaian sosial kegemaran saya ialah Instagram kerana kebanyakan kawan-kawan saya menggunakan Instagram. Jadi, saya boleh menghubungi kawan-kawan saya dengan menghantarkan mesej dan membuat panggilan suara. Di samping itu, saya juga boleh berkongsi gambar-gambar yang saya ambil apabila saya pergi melancong dengan keluarga saya.

20
New cards

Ceritakan satu situasi apabila mengetahui rangkaian sosial membantu anda.

Pada bulan yang lepas, saya tidak pergi ke sekolah selama dua hari kerana saya mengalami sakit perut. Oleh itu, saya menggunakan rangkaian sosial untuk memberitahu kawan baik saya tentang sebab saya tidak pergi ke sekolah. Dengan ini, dia telah memberitahu guru-guru saya tentang sebab saya tidak hadir sekolah dan membantu saya mencatatkan kerja sekolah yang perlu saya buat.

21
New cards

Bilakah kali terakhir anda gunakan rangkaian sosial?

Kali terakhir saya menggunakan rangkaian sosial adalah semalam. Saya telah menggunakan Instagram untuk berbual-bual dengan kawan baik saya. Dia telah memberi kata-kata semangat kepada saya supaya saya mempunyai keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan lisan saya.

22
New cards

Apakah kebaikan penggunaan rangkaian sosial?

- Berhubung dengan saudara-mara yang berada di luar negara

- Menghiburkan diri dan melepaskan tekanan dengan melihat gambar-gambar atau video yang menarik

- Menghantar mesej, membuat panggilan suara atau panggilan video tanpa membuat bayaran

23
New cards

Apakah keburukan rangkaian sosial?

- prestasi pelajaran seseorang pelajar akan terjejas kerana masa lapangnya banyak dihabiskan dengan menghadap skrin telefon bimbit atau komputer untuk bersosial sehingga mengabaikan pelajarannya

- terdedah kepada penipuan

- mudah mengalami gangguan kesihatan/ terdedah kepada risiko penyakit kronik seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi kerana kurang bersukan

- menjadi antisosial dan kurang berinteraksi dengan keluarga/ kawan-kawan kita

24
New cards

Cara-cara mengatasi keburukan rangkaian sosial

- Pihak sekolah bertanggungjawab untuk mengadakan kempen atau ceramah untuk mendidik para pelajar tentang keselamatan dalam talian

- Mengalakkan murid-murid untuk menyertai aktiviti kokurikulum supaya mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

- ibu bapa haruslah menjadi teladan dan elakkan penggunaan telefon bimbit apabila makan dengan anak-anak mereka

25
New cards

Apakah yang anda buat untuk memelihara alam sekitar?

- Mengamalkan tabiat mengitar semula (e.g. menjual bahan-bahan seperti surat khabar, tin aluminium dan botol plastik kepada pusat kitar semula)

- Menyertai kempen dan ceramah tentang pemeliharaan alam sekitar untuk belajar cara-cara memelihara alam sekitar dengan berkesan

- Mengajak kawan-kawan saya untuk memelihara alam sekitar sebelum nasi menjadi bubur

26
New cards

Kepentingan kitar semula

- Mengurangkan kuantiti sampah yang dihasilkan pada setiap hari dan mengelakkan pembuangan sampah sarap ke dalam sungai/laut

- Memelihara sumber alam sekitar yang semakin berkurangan

- Mengelakkan penebangan hutan untuk membuat kertas dan seterusnya mengelakkan pemanasan global akibat kekurangan tumbuhan hijau

27
New cards

Keburukan tidak kitar semula

- Pemanasan global akan menjadi lebih serius

- Bencana alam seperti banjir akan berlaku akibat pencairan ais dan air yang melimpah ruah, menjejaskan kehidupan harian manusia dan meragut nyawa

- Haiwan-haiwan akan dihapuskan kerana kehilangan tempat tinggal

28
New cards

Cara-cara memelihara alam sekitar

- mengamalkan tabiat kitar semula (e.g. bahan-bahan seperti surat khabar, tin aluminium dan botol plastik boleh dihantar ke pusat kitar semula)

- mengadakan kempen atau ceramah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat kita terhadap alam sekitar

- mengurangkan/mengekang penggunaan plastik untuk mengurangkan kuantiti sampah dan mengelakkan pencemaran alam sekitar

- pihak sekolah bertanggungjawab untuk mendidik para pelajar tentang pemuliharaan alam kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

- mendenda kilang-kilang yang membuang sampah sarap dan sisa toksik ke dalam laut atau melepaskan gas yang berbahaya

29
New cards

Apakah kegunaan air?

Kita menggunakan air untuk melakukan aktiviti seharian seperti bermandi untuk menjaga kebersihan diri, mencuci pakaian, mencuci pinggan mangkuk, memasak dan lain-lain lagi. Kita juga memerlukan air untuk meneruskan kehidupan kita kerana kita mestilah minum sekurang-kurangnya lapan gelas air pada setiap hari. Bukan itu sahaja, kita juga menggunakan air untuk aktiviti perindustrian dan pertanian.

30
New cards

Bagaimanakah boleh kita menjimat air?

Kita boleh menjimat air dengan mengekang waktu bermandi kita supaya tidak membazirkan terlalu banyak air. Kita juga boleh menutup paip air semasa mengosok gigi. Selain itu, kita boleh menyiram pokok bunga dengan menggunakan air yang dikitar semula seperti air yang digunakan untuk mencuci beras.

31
New cards

Pada pendapat anda, mengapakah manusia tidak menjimatkan air?

Pada pendapat saya, sesetengah penduduk dunia tidak mahu menjimatkan air kerana mereka dapat mengakses sumber air yang bersih dan selamat dengan mudah sekali. Jadi, mereka tidak bersyukur dan menghargai sumber air itu.

32
New cards

Apakah akibat kekurangan air?

Jika kita mengalami kekurangan air, kita akan tidak mampu melakukan aktiviti seharian seperti mandi, mencuci pakaian dan lain-lain lagi. Jadi, tubuh badan kita dan juga persekitaran kita akan menjadi kotor dan berbau busuk. Akibatnya, kita akan terdedah kepada risiko penyakit yang akan menyebabkan kematian seperti dehidrasi. Selain itu, jika kita kekurangan minuman air, kita juga tidak boleh meneruskan kehidupan kita kerana kita memerlukan air untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita.

33
New cards

Beritahu saya tentang negara anda.

Saya berasal dari negara Malaysia, iaitu sebuah negara yang terletak di Asia. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan berbilang kaum. Orang Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Oleh itu, masyarakat kita sentiasa bekerjasama bagai aur dengan tebing dan saling menghormati. Malaysia kaya dengan tempat-tempat yang menarik seperti Pulau Pinang, Tanah Tinggi Cameron, bandar Kuala Lumpur dan sebagainya. Malaysia juga mempunyai pelbagai jenis makanan yang menyelerakan seperti nasi lemak.

34
New cards

Beritahu saya tentang tempat tinggal anda.

Saya tinggal di Pulau Pinang. Saya amat suka Pulau Pinang kerana terdapat pelbagai jenis tempat menarik di sini seperti Batu Ferringhi dan George Town. Saya suka pergi berjalan-jalan di George Town untuk menangkap gambar yang cantik dan mempelajari sejarah Pulau Pinang. Saya juga berpeluang untuk mencuba makanan yang sedap seperti nasi lemak dan mi goreng dan ais kacang di sini.

35
New cards

Beritahu saya tentang sekolah anda.

Sekolah saya ialah sekolah menengah Han Chiang. Sekolah saya terletak di Pulau Pinang dan mempunyai reputasi yang baik. Sekolah saya juga mempunyai pelbagai jenis kemudahan seperti makmal sains dan perpustakaan supaya para pelajar boleh belajar dengan lebih berkesan. Sekolah saya juga mempunyai pelajar-pelajar yang berasal dari negara asing seperti negara Korea. Oleh itu, saya berpeluang untuk mengenali kawan-kawan yang berasal dari negara asing dan mempelajari budaya asing. Bukan itu sahaja, saya juga boleh menyertai pelbagai jenis program dan aktiviti yang berfaedah di sekolah saya.

36
New cards

Kepentingan belajar dengan bersungguh-sungguh

Kita haruslah belajar dengan tekun kerana inilah tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar. Kita juga harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu bapa kita. Kita juga perlu belajar untuk meluaskan peluang pekerjaan kita pada masa hadapan dan mengejar cita-cita kita.

37
New cards

Adakah anda suka pergi ke sekolah? Mengapa (tidak)?

Saya suka pergi ke sekolah kerana saya boleh berjumpa dengan kawan-kawan baik saya di sekolah. Saya juga boleh menumpukan perhatian dengan lebih baik apabila belajar di sekolah.

38
New cards

Adakah anda menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah? Apakah aktiviti tersebut dan mengapakah anda memilih aktiviti itu?

Ya, saya ada menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah saya. Saya merupakan setiausaha persatuan komunikasi massa di sekolah saya. Aktiviti yang saya lakukan termasuklah menulis artikel dan menangkap gambar. Saya memilih aktiviti tersebut kerana saya ingin menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya di luar bilik darjah.

39
New cards

Apakah yang telah anda belajar melalui aktiviti kokurikulum anda?

Saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan yang tidak diajar di dalam bilik darjah. Contohnya, saya telah belajar cara-cara untuk menulis sebuah artikel yang baik. Ini juga membantu saya untuk memperbaiki tatabahasa saya dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, saya juga belajar untuk bertanggungjawab dan tidak mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran.

40
New cards

Apakah yang anda lakukan untuk menyokong sekolah anda?

- Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan sentiasa berdisiplin

- Belajar dengan bersungguh-sungguh di sekolah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah saya

- Menggunakan kemudahan seperti peralatan sukan, meja, kerusi dan buku dengan sebaiknya

- Mengelakkan perbuatan vandalisme

- Menyertai program yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan bersemangat sebagai tanda sokongan kepada sekolah

41
New cards

Kebaikan menghadiri kelas tambahan/kelas tuisyen

- meningkatkan pemahaman (更加深入的了解)tentang sesuatu mata pelajaran, membantu pelajar yang mempunyai kelemahan dalam sesuatu mata pelajaran

- kemudahan yang disediakan di pusat kelas tambahan lebih baik berbanding di sekolah (e.g. bilik yang dilengkapi dengan penyaman udara) - mewujudkan suasana pembelajaran (学习环境) yang lebih selesa dan berkesan

- membantu murid-murid membuat persediaan peperiksaan yang sebenar seperti peperiksaan IGCSE

- menambah kenalan baharu (新朋友)dan bertukar-tukar pandangan - menguatkan kemahiran berkomunikasi kita

42
New cards

Adakah anda suka bersukan?

Ya, saya suka bersukan kerana saya boleh menyihatkan tubuh badan saya dengan bersukan.

43
New cards

Apakah sukan kegemaran anda?

Sukan kegemaran saya ialah sukan badminton kerana saya boleh melancarkan pengaliran darah dan menguatkan stamina saya apabila bermain badminton.

44
New cards

Apakah aktiviti di luar yang anda buat? Dan sejak bila anda lakukan aktiviti ini?

Aktiviti di luar yang saya buat ialah berenang. Oleh sebab terdapat kemudahan seperti kolam renang yang terletak berhampiran rumah saya, saya suka pergi berenang dengan keluarga saya pada hujung minggu. Saya melakukan aktiviti ini sejak saya berumur 12 tahun.

45
New cards

Bolehkah anda ceritakan tentang sahabat baik anda?

Boleh, sahabat baik saya ialah Emily. Kami bertemu pada tahun 2020 apabila dia berpindah ke sekolah saya. Sebelum ini, dia belajar di sekolah kebangsaan. Emily merupakan seorang yang peramah dan sentiasa memberikan sokongan kepada saya apabila saya menghadapi masalah. Kami berdua juga mempunyai hobi yang sama, iaitu mendengar muzik dan menonton drama-drama korea.

46
New cards

Ceritakan tentang kenangan manis dengan sahabat baik anda.

Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan Emily telah pergi berkelah di pantai Batu Ferringhi. Kami telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang sedap. Kami juga pergi berenang di laut dan menangkap gambar yang cantik.

47
New cards

Apakah yang anda akan buat untuk mengekalkan hubungan akrab itu?

Saya akan sentiasa menawarkan bantuan kepada Emily apabila dia menghadapi masalah. Saya juga akan meluangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dengannya. Bukan itu sahaja, saya juga akan sentiasa berhubung dengannya melalui rangkaian sosial seperti Instagram walaupun saya sibuk.

48
New cards

Apakah kolej/universiti impian anda?

Universiti impian saya ialah Universiti Singapura, iaitu NUS. Saya berazam untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut kerana universiti tersebut mempunyai reputasi yang sangat baik. NUS juga ada menawarkan kursus yang saya minati, iaitu farmasi.

49
New cards

Apabila anda melanjutkan pelajaran di luar negara, apakah yang anda akan buat?

Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita saya. Saya juga akan mengenali kawan-kawan yang berasal dari negara asing untuk mempelajari budaya asing.

50
New cards

Apakah kebaikan belajar di luar negara? Dan keburukannya?

Kebaikan belajar di luar negara adalah kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan mempelajari budaya asing. Kita juga akan belajar untuk menghormati budaya asing dan juga berdikari. Selain itu, kita juga berpeluang untuk mengenali kawan-kawan yang baharu. Keburukannya adalah kita akan mengalami masalah menyesuaikan diri di persekitaran yang baharu. Kita juga perlu berusaha untuk mempelajari bahasa asing supaya boleh berkomunikasi dengan orang tempatan.

51
New cards

Apakah cita-cita anda?

Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli farmasi pada masa hadapan kerana saya berazam untuk memberikan ubat yang sesuai kepada pesakit supaya mereka boleh menyelesaikan masalah kesihatan mereka.

52
New cards

Apakah yang anda akan buat untuk mencapai cita-cita anda?

Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa apabila menghadapi masalah. Saya juga akan banyak membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya.

53
New cards

Adakah anda suka haiwan?

Ya, saya suka haiwan. Haiwan kegemaran saya ialah kucing kerana kucing sangat comel.

54
New cards

Adakah anda mempunyai haiwan peliharaan? (pet)

Ya, saya mempunyai seekor kucing yang bernama Mimi.

55
New cards

Bolehkah anda ceritakan tentang kucing itu?

Kucing itu mempunyai bulu yang berwarna putih dan ekor yang berwarna hitam. Ia merupakan kucing liar. Saya telah menyelamatkannya di tepi jalan. Jadi, ia menjadi kucing kesayangan saya. Selalunya, saya akan menjaga Mimi dan memberikan makanan kepadanya.

56
New cards

Bolehkah anda beritahu saya tentang satu kenangan manis dengan kucing itu?

Pada masa lapang, selepas saya menyiapkan kerja sekolah saya, saya pasti akan bermain dengan Mimi untuk melepaskan tekanan daripada belajar. Kadang-kala, saya juga akan membantu Mimi untuk mandi supaya ia sentiasa bersih dan wangi.

57
New cards

Pada pendapat anda, adakah penting untuk mempunyai haiwan peliharaan?

Pada pendapat saya, tidak penting untuk mempunyai haiwan peliharaan kerana kita perlu sentiasa meluangkan masa untuk menjaga haiwan peliharaan. Walaubagaimanapun, jika kita mempunyai haiwan peliharaan di rumah, kita akan tidak berasa bersendirian dan juga belajar untuk bertanggungjawab..

58
New cards

Ceritakan tentang filem kegemaran anda

Filem kegemaran saya ialah Harry Potter, iaitu filem yang berdasarkan novel ciptaan JK Rowling. Filem itu menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang bernama Harry Potter dan belajar di Sekolah Sihir Hogwarts. Ceritanya sangat mengasyikkan.

59
New cards

Jika anda pergi ke pawagam, apakah jenis filem yang anda ingin tonton? Mengapa?

Saya ingin menonton filem animasi kerana saya merupakan peminat Disney sejak kecil lagi.

60
New cards

Ceritakan kali terakhir anda pergi ke pawagam. Apakah pendapat anda tentang filem yang anda tonton?

Pada kali terakhir saya pergi ke pawagam, saya telah pergi dengan keluarga saya. Saya telah menonton sebuah filem yang bertajuk Enchanto. Pada pendapat saya, saya menikmati filem itu kerana ceritanya sangat menarik.

61
New cards

Adakah anda suka pergi ke pusat membeli belah? Mengapa (tidak)?

Ya, saya suka pergi ke pusat membeli-belah pada hujung minggu dengan keluarga saya kerana saya boleh mengunjungi pelbagai jenis kedai dan membeli produk-produk yang berkualiti tinggi.

62
New cards

Apakah pusat membeli belah kegemaran anda?

Pusat membeli-belah kegemaran saya ialah pusat membeli-belah Queensbay kerana ia terletak berhampiran rumah saya dan mempunyai pelbagai jenis kedai serta restoran.

63
New cards

Apakah kedai kegemaran anda?

Kedai kegemaran saya ialah Uniqlo, iaitu sebuah kedai pakaian yang berasal dari Jepun. Saya suka Uniqlo kerana pakaian yang dijual oleh Uniqlo sangat selesa dan kualitinya amat baik. Biasanya, apabila Uniqlo mengadakan jualan murah atau memberikan diskaun, saya pasti akan mengunjungi kedai tersebut. Selain itu, saya juga suka kedai buku yang bernama Popular kerana Popular menjual pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, novel dan majalah.

64
New cards

Ceritakan tentang kali terakhir anda pergi membeli-belah. Ke manakah anda pergi dan dengan siapa?

Kali terakhir saya pergi membeli-belah adalah pada hujung minggu yang lepas. Saya pergi ke pusat membeli-belah Gurney dengan keluarga saya. Suasana di sana tidak riuh-rendah akibat pandemik Covid-19 itu.

65
New cards

Apakah yang anda telah beli apabila anda pergi membeli-belah?

Saya telah membeli sebuah buku rujukan Bahasa Melayu di kedai buku kerana saya perlu memperbaiki tatabahasa saya. Saya juga membeli alat tulis seperti pen hitam dan pen biru.

66
New cards

Ceritakan tentang rumah anda.

Rumah saya terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Rumah saya mempunyai dua tingkat. Rumah saya menpunyai empat bilik tidur, empat bilik mandi, sebuah bilik belajar, ruang tamu, dapur dan sebuah balkoni.

67
New cards

Apakah yang anda suka lakukan di rumah?

Saya suka menonton rancangan televisyen dan melayari Internet di rumah untuk melepaskan tekanan. Saya juga suka makan dengan keluarga saya di rumah.

68
New cards

Apakah yang anda tidak suka lakukan di rumah?

Saya tidak suka menghadiri kelas dalam talian di rumah kerana saya lebih suka pergi ke sekolah untuk berjumpa dengan kawan-kawan saya.

69
New cards

Apakah yang anda akan buat untuk membantu di rumah?

Selalunya, saya akan menolong ibu bapa saya menyiapkan kerja rumah seperti menyapu lantai, melipat baju, menyiram bunga dan bermacam-macam lagi.

70
New cards

Apakah perkara yang anda suka tentang rumah anda?

Perkara yang saya suka tentang rumah saya ialah rumah saya besar dan mempunyai balkoni. Ibu saya boleh menanam pokok bunga yang cantik di balkoni itu. Selain itu, terdapat banyak kemudahan yang terletak di kawasan perumahan saya. Terdapat kolam renang, gim, gelanggang bola keranjang dan lain-lain lagi.

71
New cards

Apakah perkara yang anda kurang suka tentang rumah anda?

Perkara yang saya kurang suka tentang rumah saya ialah rumah saya terletak lebih jauh dari sekolah saya. Oleh itu, saya perlu bangun lebih awal supaya tidak lewat ke sekolah.

72
New cards

Pada pendapat anda, adakah penting untuk tinggal di rumah yang terletak berhampiran sekolah yang baik? Mengapa (tidak)?

Pada pendapat saya, jika sebuah keluarga mempunyai anak-anak yang sedang belajar, amat penting untuk tinggal berhampiran rumah baik supaya anak-anak boleh mendapat pendidikan yang baik. Bukan itu sahaja, ini juga boleh mengelakkan masalah seperti kesesakan lalu lintas apabila pergi ke sekolah.

73
New cards

Bolehkah anda gambarkan rumah impian anda?

Rumah impian saya akan terletak di bandar kerana saya suka tinggal di bandar. Rumah impian saya akan mempunyai persekitaran yang bersih dan selesa. Jika saya tinggal bersendirian, saya mahu sebuah bilik tidur yang cantik dan selesa. Saya akan mengecat dinding bilik tidur saya dengan cat yang berwarna putih.

74
New cards

Apakah pasar malam yang anda pergi di Pulau Pinang?

Pasar malam yang saya pergi di Pulau Pinang ialah pasar malam yang terletak di Batu Ferringhi. Saya pernah pergi ke sana dengan keluarga saya apabila kami sekeluarga bercuti di sana dua tahun yang lalu.

75
New cards

Ceritakan pengalaman anda di pasar malam itu.

Suasana di pasar malam itu sungguh meriah. Terdapat pelbagai jenis gerai yang menjual barang-barang dengan harga yang berpatutan dan murah sekali. Contohnya, kami ternampak gerai makanan tempatan, gerai minuman, gerai pakaian dan juga gerai permainan kanak-kanak.

76
New cards

Apakah yang anda telah beli di pasar malam itu?

Saya telah membeli sehelai baju yang berwarna putih di pasar malam itu kerana baju tersebut sangat cantik dan harganya murah sekali.

77
New cards

Bagaimanakah dengan kualiti barang-barang yang anda beli di pasar malam itu?

Sebenarnya, walaupun harganya amat murah, kualitinya tidak bagus. Contohnya, baju yang telah saya beli diperbuat daripada bahan-bahan yang kurang baik.

78
New cards

Apakah makanan kegemaran anda? Dan mengapa?

Makanan kegemaran saya ialah pasta, iaitu sejenis makanan barat. Pada pendapat saya, pasta sangat sedap dan menyelerakan. Jenis pasta yang saya paling suka makan ialah pasta aglio olio.

79
New cards

Ceritakan tentang kali pertama anda makan makanan itu.

Kali pertama saya makan pasta adalah apabila saya berumur 10 tahun. Saya telah mencuba pasta di sebuah restoran yang bernama Pentagon. Sejak kali ini, saya pasti akan makan pasta semasa saya pergi ke restoran makanan barat.

80
New cards

Siapakah yang memasak pasta kepada anda?

Kadang kala, ibu saya akan memasak pasta kepada saya. Dia telah belajar cara memasak pasta dengan menonton video Youtube.

81
New cards

Apakah keistimewaan pasta yang dimasak oleh ibu anda?

Pasta yang dimasak oleh ibu saya lebih berkhasiat kerana dia akan menambahkan sayur-sayuran seperti cendawan.

82
New cards

Apakah lauk yang anda suka makan dengan pasta?

Saya suka makan pasta dengan daging atau udang.

83
New cards

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan makanan tradisional. Apakah makanan tradisional kegemaran anda?

Sebagai orang kaum cina, saya suka makan nasi ayam hainan kerana nasi ayam hainan merupakan sejenis makanan tradisional orang cina yang sangat sedap. Biasanya, saya akan makan nasi ayam hainan dengan keluarga saya.

84
New cards

Adakah anda hendak belajar untuk memasak makanan tradisional Malaysia? Mengapa (tidak)?

Ya, saya hendak belajar untuk memasak makanan tradisional Malaysia seperti nasi lemak. Hal ini demikian kerana saya akan merindui makanan tradisional Malaysia apabila saya melanjutkan pelajaran di luar negara. Jadi, saya ingin belajar untuk memasak makanan tradisional Malaysia dan memperkenalkan makanan tersebut kepada kawan-kawan baharu saya.

85
New cards

Apakah jenis restoran kegemaran anda? Mengapa?

Jenis restoran kegemaran saya ialah restoran makanan Jepun kerana pada pendapat saya, makanan Jepun seperti sushi sangat menyelerakan.

86
New cards

Ceritakan tentang restoran kegemaran anda.

Restoran kegemaran saya ialah Nandos kerana makanan di restoran itu sangat sedap dan disediakan oleh tukang masak yang berpengalaman. Apabila saya pergi ke Nandos, saya akan makan nasi dengan ayam.

87
New cards

Adakah anda suka makan di restoran?

Ya, saya suka makan di restoran kerana saya boleh mencuba pelbagai jenis makanan. Saya juga tidak perlu bersusah payah untuk memasak dan mencuci pinggan.

88
New cards

Bolehkah anda beritahu saya apakah perayaan kegemaran anda?

Perayaan kegemaran saya ialah Tahun Baharu Cina. Sebagai orang kaum Cina, saya menyambut Tahun Baharu Cina dengan keluarga saya.

89
New cards

Apakah yang anda buat pada Tahun Baharu Cina?

Pada Tahun Baru Cina, kami sekeluarga akan pergi ke rumah nenek saya untuk makan bersama-sama. Golongan muda akan menerima angpau, iaitu wang yang disimpan dalam sampul merah, daripada golongan tua. Kami juga akan memakai pakaian yang baharu, terutamanya pakaian yang berwarna merah kerana warna merah melambangkan nasib baik.

90
New cards

Selain Tahun Baharu Cina, apakah perayaan yang anda sambut?

Selain Tahun Baru Cina, saya juga menyambut Hari Krismas dengan keluarga saya.

91
New cards

Apakah yang anda buat pada Hari Krismas?

Biasanya, kami sekeluarga akan pergi ke restoran makanan barat untuk makan malam. Kami juga akan menghiasi pokok Krismas dan bertukar-tukar hadiah.

92
New cards

Selain itu, adakah anda pernah menyambut Hari Merdeka?

Ya, saya pernah menyertai sambutan Hari Merdeka yang dianjurkan oleh sekolah saya. Pada tanggal 31 Ogos, sekolah saya akan dihias dengan bendera Jalur Gemilang. Para pelajar akan menyanyi lagu patriotik dan mengibarkan Jalur Gemilang. Kita juga akan menyaksikan pelbagai jenis persembahan yang mengasyikkan dan menyertai pertandingan seperti pertandingan melukis yang bertema Hari Merdeka.

93
New cards

Pada pendapat anda, adakah penting untuk menyambut perayaan?

Ya, pada pendapat saya, kita haruslah menyambut perayaan untuk memelihara budaya tradisional kita. Kita juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan menyambut perayaan. Bukan itu sahaja, semangat kejiranan dan perpaduan juga boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat kita jika kita menyambut perayaan bersama-sama.

94
New cards

Apakah pengangkutan kegemaran anda?

Pengangkutan kegemaran saya ialah kereta kerana saya boleh tiba di destinasi saya dalam masa yang singkat dengan menaiki kereta.

95
New cards

Selain kereta, apakah pengangkutan awam yang anda suka?

Selain kereta, saya juga suka menaiki kapal terbang kerana saya boleh pergi ke luar negara dalam masa yang sangat singkat. Saya juga boleh menjamu selera dan berehat sepanjang penerbangan saya.

96
New cards

Ceritakan kali terakhir anda menaiki kapal terbang. Ke manakah anda pergi dan dengan siapa? Apakah yang anda lakukan sepanjang perjalanan anda?

Pada kali terakhir saya menaiki kapal terbang, saya telah pergi ke Hong Kong dengan keluarga saya. Sepanjang perjalanan saya, saya telah menonton beberapa filem untuk menghiburkan diri.

97
New cards

Pada pendapat anda, adakah penting untuk memiliki sebuah kereta?

Pada pendapat saya, lebih baik jika kita memiliki sebuah kereta supaya kita tidak perlu bersusah payah untuk menaiki pengangkutan awam. Kita juga boleh tiba di destinasi kita dalam masa yang lebih singkat dengan memandu kereta sendiri.

98
New cards

Pada pendapat anda, adakah penting untuk menaiki pengangkutan awam?

Pada pendapat saya, kita perlulah banyak menaiki pengangkutan awam kerana ini boleh mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Selain itu, ini juga boleh mengelakkan pencemaran udara yang berpunca daripada pembebasan asap.

99
New cards

Apakah mata pelajaran kegemaran anda? Mengapa?

Mata pelajaran kegemaran saya ialah biologi kerana saya suka mempelajari tentang manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma.

100
New cards

Bagaimanakah anda mempelajari mata pelajaran itu?

Saya mempelajari biologi dengan menumpukan perhatian apabila guru sedang mengajar di dalam bilik darjah. Saya juga sentiasa membuat nota dan latihan tambahan supaya saya memahami setiap topik. Kadang kala, saya juga akan mencari maklumat tambahan dengan melayari Internet dan menonton video Youtube.