1/16
Flashcards on Asas Hubungan Etnik
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced |
---|
No study sessions yet.
Segregasi
Proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang lain, menyebabkan interaksi yang sedikit atau tiada interaksi antara mereka.
Segregasi Rela
Keadaan golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan menentang asimilasi.
Segregasi Tidak Rela
Paksaan daripada pihak yang berkuasa. Contoh: Dasar Apartheid di Afrika Selatan 1948-1994.
Segregasi De facto
Kecenderungan manusia ingin hidup bersama golongan yang berkongsi persamaan (kebudayaan, ras, warganegara, bahasa, dll).
Segregasi De jure
Dilaksanakan oleh kerajaan secara paksaan pemisahan/pengasingan yang ketat ke atas individu/kumpulan dgn pelaksanaan undang- undang.
Stereotaip
Gambaran dalam otak yang tetap dan sempit serta sukar diubah.
Prejudis
Sikap atau tanggapan yang lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras yang lain atau sikap yang dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional dan tegar.
Diskriminasi
Layanan berlainan boleh disebabkan oleh faktor perbezaan ras, etnik, agama, umur dan jantina. Aksi atau perlakuan negatif terhadap sesebuah kelompok manusia.
Rasisme
Kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya.
Ethnosentrisme
Sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih unggul (terbaik), tinggi dan mulia berbanding budaya lain.
Genosid (pembasmian kaum)
Pembunuhan secara sistematik terhadap satu suku bangsa atau kelompok etnik untuk bangsa tersebut bagi tujuan penghapusan etnik.
Integrasi
Wujud dalam sesuatu masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli lain tanpa merujuk identiti dan asal usul ras mereka. Penyatuan pelbagai kumpulan tanpa mengira keturunan, majoriti atau minoriti serta melenyapkan sikap prasangka dan kelakuan diskriminasi.
Akomodasi
Setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Tetap pertahankan budaya tetapi hidup dengan harmoni dan menghormati antara satu sama lain.
Akulturasi
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.
Asimilasi
Proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan sosial. Membawa perubahan kebudayaan yg menyerap.
Amalgamasi
Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baharu.
Pluralisme
Proses mempertahankan kepelbagaian. Menitikberatkan pengekalan ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok. Tindakan hidup bersama secara aman damai dalam kalangan pelbagai kumpulan.