Segregasi merujuk kepada proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang lain, menyebabkan interaksi yang sedikit atau tiada.
Berlaku atas dasar ras, agama, kebudayaan dan ciri etnik.
Jenis-jenis Segregasi:
Segregasi Rela: Golongan manusia memencilkan diri untuk menentang asimilasi.
Segregasi Tidak Rela: Paksaan daripada pihak berkuasa. Contoh: Dasar Apartheid di Afrika Selatan (1948-1994) yang memisahkan pendidikan, perkahwinan, perubatan, perumahan, dan lain-lain.
Segregasi De facto: Kecenderungan manusia untuk hidup bersama golongan yang berkongsi persamaan (kebudayaan, ras, warganegara, bahasa, dll).
Segregasi De jure: Dilaksanakan oleh kerajaan secara paksaan dengan undang-undang.
Faktor-faktor:
Stereotaip
Generalisasi tentang sesuatu kumpulan.
Berasal dari perkataan Greek: stereos (kukuh) dan typo (tanda).
Dipopularkan oleh Walter Lippman.
Gambaran dalam otak yang tetap dan sempit serta sukar diubah.
Boleh bersifat positif atau negatif (mencetuskan prasangka antara etnik).
Prejudis
Sikap atau tanggapan negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras.
Dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional dan tegar.
Komponen:
Kognitif: Deskripsi tentang ahli kumpulan (contoh: malas, penjenayah).
Afektif: Reaksi negatif dan perasaan emosional.
Kelakuan: Keinginan untuk mendiskriminasi atau berkelakuan negatif.
Diskriminasi
Layanan berlainan disebabkan oleh perbezaan ras, etnik, agama, umur dan jantina.
Ahli kumpulan dinafikan hak untuk mendapat layanan saksama dan menikmati manfaat sosial.
Diskriminasi adalah aksi atau perlakuan negatif.
Diskriminasi institusi berpunca daripada sikap prejudis terhadap kumpulan lain.
Rasisme
Kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi berdasarkan ciri-ciri perkauman.
Rasisme Individu: Kepercayaan bahawa ada ras tertentu yang lebih unggul.
Rasisme Institusi: Dasar dan pelaksanaan bersifat diskriminasi dalam struktur sosial.
Ethnosentrisme
Sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih unggul berbanding budaya lain.
Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah yang paling baik berbanding dengan kumpulan etnik yang lain (Dale, Romo & Harriett 1998).
Kecenderungan sesuatu kumpulan etnik untuk menilai kumpulan etnik yang lain berdasarkan kedudukan dan nilai etniknya sendiri (Martin, 2003).
GENOSID
Segregasi yang berlaku di negara pelbagai etnik adalah punca berlakunya genosid.
Genosid (pembasmian kaum) adalah pembunuhan secara sistematik terhadap satu suku bangsa atau kelompok etnik untuk tujuan penghapusan etnik.
Negara majmuk memerlukan integrasi.
1.7 INTEGRASI
Wujud dalam masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli lain tanpa merujuk identiti dan asal usul ras mereka.
Penyatuan pelbagai kumpulan tanpa mengira keturunan, majoriti atau minoriti serta melenyapkan sikap prasangka dan kelakuan diskriminasi.
Pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi.
Bentuk-bentuk Integrasi:
Akomodasi
Asimilasi
Akulturasi
Amalgamasi
Pluralisme
Bentuk-bentuk Integrasi:
1. AKOMODASI
Setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain.
Dapat menyesuaikan diri dalam keadaan pelbagai budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
Tetap mempertahankan budaya tetapi hidup dengan harmoni dan menghormati antara satu sama lain.
Formula: A+B+C = A+B+C
Akomodasi di Malaysia
Diamalkan secara meluas terutamanya selepas merdeka.
Setiap kumpulan etnik dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi, politik dan pendidikan.
Setiap kumpulan etnik masih bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni dan saling menghormati.
Contoh: Petaling Street (Cina), Little India (India)
Contoh : Switzerland (The Swiss (German: die Schweizer, French: les Suisses, Italian: gli Svizzeri, Romansh: ils Svizzers).
2. AKULTURASI
Dikenali sebagai Asimilasi Budaya.
Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
Proses yang melibatkan perubahan kebudayaan dan pinjam-meminjam unsur kebudayaan akibat perhubungan antara dua kumpulan manusia yang berlainan tradisi.
Proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.
Formula: A+B+C=A^{}+B^{}+C^{**}
A^{}, B^{} dan C^{**} merujuk kepada budaya etnik lain yang telah diterima dan diolah mengikut kebudayaan sendiri.
Ahli masyarakat pelbagai kumpulan etnik perlu berkongsi pola kebudayaan.
Contoh: Pinjaman bahasa yang sama untuk berinteraksi.
Berlaku proses mengolah semula ke atas unsur budaya yang diambil daripada etnik lain contohnya dalam aspek makanan seperti ‘dimsum’ dan ‘kuetiau’ yang popular bagi etnik Cina. Makanan ini juga digemari oleh etnik lain yang beragama Islam di Malaysia dan telah dilakukan ubah suai dalam penyediaan makanan tersebut untuk memenuhi konsep halal.
Proses akulturasi boleh berlaku sepanjang hayat.
Contoh Akulturasi di Malaysia: Pemakaian baju kurung dalam kalangan perempuan bukan Melayu, Pemakaian inai dalam kalangan orang Melayu, Perkataan ta pau, Nasi Lemak, Fesyen baju kurung yang disertai dengan potongan dan butang baju Cheong Sam, Pemberian angpau pada Hari Raya Aidilfitri, Budaya makanan ala barat seperti makanan segera McDonald.
3. ASIMILASI
Proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan sosial.
Asimilasi mutlak: A+B+C=A, A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan yang lain (minoriti). B dan C dikehendaki melupakan ciri kebudayaan dan identiti etnik mereka dan menerima nilai serta pola tingkah laku kumpulan dominan A.
Proses apabila kumpulan minoriti atau kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti untuk mengurangkan batas etniknya.
Asimilasi adalah satu proses yang merujuk kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (Ting, 1975).
Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.
Wujudnya persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.
Melalui proses asimilasi ini masyarakat akan menjadi semakin homogeneous (Abramson, 1980).
Jenis-jenis asimilasi (Gordon, 1964):
Asimilasi Budaya (akulturasi): Kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat tuan rumah (bahasa, pakaian dan adat resam).
Asimilasi Struktur: Anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.
Asimilasi Biologi/Marital (Amalgamasi): Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baharu.
Asimilasi di Malaysia: Orang Melayu di Thailand berasimilasi, telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai, mereka mempunyai nama Thailand, bertutur dalam bahasa Thailand, KECUALI agama (kekal Islam). (A + B + C = A)
Masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh proses asimilasi.
4. AMALGAMASI
Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi.
Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baharu.
Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Formula A+B+C=D, A, B, C mewakili kumpulan etnik yang berlainan, dan D mewakili amalgamasi iaitu kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A, B, C.
Melahirkan satu kelompok minoriti etnik yang baru.
Mewujudkan kebudayaan yang baru
Contoh Amalgamasi di Malaysia: Chindian (Cina + India), Baba & Nyonya (Cina + Melayu), Chetti (India + Cina atau Melayu).
5. PLURALISME
Proses mempertahankan kepelbagaian.
Menitikberatkan pengekalan ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok.
Bertentangan dengan konsep asimilasi dan amalgamasi.
Formula A+B+C= A+B+C.
Tindakan hidup bersama secara aman damai dlm kalangan pelbagai kumpulan.
INTEGRASI SOSIAL
Proses menyatupadukan berbagai2 kelompok dlm masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing.
Integrasi sosial dapat mencapai:
Kesatuan etnik
Perpaduan
Pembinaan jati diri
Interaksi sosial dalam kalangan penduduk dapat menentukan kestabilan politik, sosial, ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
KESIMPULAN
Kesemua konsep-konsep asas ini amat penting dan perlu diberi perhatian sebelum mendalami isu-isu dalam hubungan etnik.
Hubungan Etnik berkait rapat dengan Sejarah, Pendidikan ,Bahasa, Politik, Ekonomi dan Agama.