1/34
Looks like no tags are added yet.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced |
|---|
No study sessions yet.
Pengajaran daripada hadis berdikari
-Memandang mulia kepada pekerjaan yang halal; agar mendapat keberkatan Allah SWT
Tanggungjawab pemimpin
-Berlaku adil dan menghapuskan kezaliman.
-Menegakkan syariat Islam.
-Bersikap toleransi terhadap bawahan.
Tanggungjawab suami
-Memberi nafkah kepada keluarga
-Memberi didikan agama kepada isteri dan anak-anak
-Memberikan perlindungan dan menjaga keselamatan anggota keluarga
-Melayan dan bergaul dengan isteri dan anak-anak dengan baik
Tanggungjawab isteri
-Mentaati suami dan menunaikan haknya.
-Menjaga maruah diri,suami dan keluarganya.
-Memelihara dan mendidik anak-anak
-Menguruskan rumah tangga
Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
-Berbakti kepada kedua ibu bapa semasa mereka hidup atau telah meninggal dunia
-Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa
-Sentiasa membantu mereka dengan sebaik-baiknya
-Menyambung silaturahim dengan rakan mereka
Tanggungjawab pekerja
-Mengikut arahan ketua
-Bekerja dengan penuh integriti
-Bekerja mengikut prosedur yang ditetapkan
-Melaksanakan tugas dengan sempurna
Pengajaran daripada hadis pemimpin
-Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan adil; supaya mendapat keredaan Allah SWT.
-Kita hendaklah amanah dalam pekerjaan; agar rezeki diberkati.
-Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala urusan keluarga; agar hidup aman.
Golongan yang mendapat naungan Allah SWT berdasarkan hadis
-Pemimpin yang adil.
-Pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada Allah SWT.
-Seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid.
-Seseorang yang membenci maksiat kerana takutkan Allah SWT.
-Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT.
-Seseorang yang bersedekah dengan sembunyi.
Maksud pemimpin yang adil
Pemimpin yang menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang di bawah pimpinannya berpandukan al-Quran dan hadis.
Cara untuk menjadi golongan yang sentiasa taat dalam beribadah kepada Allah SWT
-Melaksanakan tuntutan solat lima waktu dan ibadah puasa dengan sempurna.
-Sentiasa melazimi qiamulail.
-Sentiasa membaca al-Quran dan berzikir.
Maksud seseorang yang hatinya sentiasa bereada di masjid.
Seseorang yang hatinya sentiasa berasa seronok dan meakmurkan masjid dengan aktiviti ibadah dan kebajikan.
Contoh golongan yang hatinya mencintai masjid.
-Menunaikan solat fardu secara berjemaah.
-Menyertai aktiviti yang diadakan di masjid.
Dua orang mengasihi kerana Allah SWT
Dua orang yang bersahabat berasaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Contoh golongan yang saling mengasihi kerana Allah SWT
-Saidina Abu Bakar mendampingi Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan pelbagai ujian semasa berhijrah ke Madinah.
-Persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga dan tempat tinggal.
Contoh perbuatan seseorang yang membenci maksiat kerana Allah SWT
-Menjauhi perbuatan mencuri
-Menghindari pergaulan bebas tanpa batasan.
Maksud menyembunyikan sedekah
Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia.
Pengajaran daripada hadis individu yang mendapat naungan Allah SWT
-Berlaku adil dalam tindakan; kerana sikap tersebut adalah suruhan Allah SWT.
-Berusaha memakmurkan masjid; agar syiar Islam terpelihara.
-Menghindari/menjauhi perbuatan maksiat; agar hidup diredai Allah SWT
-Memperbanyak sedekah; kerana amalan tersebut dapat menyucikan jiwa dan harta.