SEJ T4 B8-B10

0.0(0)
studied byStudied by 0 people
0.0(0)
full-widthCall Kai
learnLearn
examPractice Test
spaced repetitionSpaced Repetition
heart puzzleMatch
flashcardsFlashcards
GameKnowt Play
Card Sorting

1/21

encourage image

There's no tags or description

Looks like no tags are added yet.

Study Analytics
Name
Mastery
Learn
Test
Matching
Spaced

No study sessions yet.

22 Terms

1
New cards

Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan yang pertama telah diadakan pada tahun 1955 iaitu sebelum merdeka.

Mengapakah pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan?

Majlis Perundangan Persekutuan 1955 diadakan kerana memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Selain itu, pilihan raya tersebut diadakan sebagai merintis jalan ke arah kemerdekaan.

2
New cards

Jelaskan proses pilihan raya tersebut diadakan? (pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955)

Proses pilihan raya diadakan bermula dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Persempadanan kawasan. Selepas itu, Rang Undang- Undang diluluskan bagi menjalankan proses pilihan raya. Kemudian, pendaftaran pengundi dan penamaan calon diadakan. Setelah itu, kempen pilihan raya dijalankan selama 45 hari . Kemudian, hari mengundi ditetapkan. Proses seterusnya, peti undi akan dikira di pusat mengundi dan pengumuman keputusan berlangsung.

3
New cards

Mengapakah calon Parti Perikatan menjadi pilihan rakyat? (kbat)

Calon Parti Perikatan menjadi pilihan rakyat kerana Parti Perikatan mewujudkan kerjasama pemimpin pelbagai kaum. Selain itu, Parti Perikatan menggambarkan perpaduan kaum. Seterusnya, Parti Perikatan menekankan permuafakatan kaum bagi mewujudkan keharmonian. Seterusnya, Parti Perikatan bertanding di kesemua kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan Parti Perikatan akan menjadikan parti itu kuat dan politik negara akan stabil. Selanjutnya, kemenangan parti tersebut kerana rakyat pelbagai kaum sedar akan kepentingan perkongsian kuasa.

4
New cards

Kabinet yang pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk selepas pilihanraya.
Senaraikan dua tokoh yang dilantik menganggotai kabinet tersebut?

Tunku Abdul Rahman-Ketua Menteri
V.T Sambanthan- Menteri Buruh

5
New cards

Apakah peranan kabinet tersebut? (kabinet pertama ptm)

Peranan kabinet tersebut ialah kabinet tersebut membincangkan soal kewangan dan mengurangkan kuasa pentadbiran British. Selain itu, kabinet tersebut menyambung sistem yang diguna pakai dalam MPP yang berasaskan Model Westminster. Seterusnya, kabinet tersebut meminita kuasa veto Persuruhjaya Tinggi dibatalkan.

6
New cards

Teliti petikan akhbar berikut.
“Penyatuan bangsa dalam pembentukan Kabinet 1955”

Ulaskan pernyataan tersebut.

Kabinet Pertama yang terdiri daripada pelbagai bangsa menggambarkan perpaduan kaum di Tanah Melayu.Selain itu, pembentukan kabinet tersebut menunjukkan berlakunya perkongsian kuasa antara kaum bagi mengukuhkan sistem pentadbiran negara. Seterusnya, pembentukan kabinet tersebut menunjukkan kewibawaan anak tempatan menerajui pentadbiran dengan cekap dan berkesan.Selanjutnya, pembentukan kabinet ini dapat merancang pembangunan negara untuk memberi keselesaan kepada rakyat pelbagai kaum di negara kita.

7
New cards

Di negara kita, pilihan raya bermula dengan pilihan raya majlis perbandaran, pilihan raya negeri dan pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1955.

 Jelaskah maksud pilihan raya?

F1 Rakyat memilih wakil/parti yang akan membentuk kerajaan
F2 Pengamalan sistem demokrasi di sesebuah negara
F4 Merintis jalan ke arah kemerdekaan

8
New cards

Apakah syarat dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dalam aspek berikut :
(i) Pengundi

F1 Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
F2 Berumur 21 tahun ke atas

9
New cards

Apakah syarat dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dalam aspek berikut :
(i) Calon

F1 Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
F2 Berumur 21 tahun ke atas
F4 Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

10
New cards

Mengapakah kerjasama politik menjadi amalan demokrasi di negara kita sehingga kini? (KBAT)

- Sikap tolak ansur dalam masyarakat berbilang kaum
- Permuafakatan melalui sikap toleransi
- Penerimaan masyarakat terhadapn kerjasama kaum
- Mewujudkan kestabilan politik
- Kesejahteraan rakyat terjaga
- Negara aman

11
New cards

Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikatakan penting dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang merdeka.

Perjanjian PTM 1957 dikatakan penting dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang merdeka kerana perjanjian PTM 1957 dapat membentuk sebuah kerajaan demokrasi dan mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Selanjutnya, perjanjian PTM 1957 dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat apabila semua hak rakyat dilindungi. Seterusnya, perjanjian PTM 1957 mewujudkan muafakat nasional dan menggalakkan kemanan dan keharmonian. Akhir sekali, perjanjian PTM 1957 telah membebaskan negara tanpa pertumpahan darah.

12
New cards

Bagaimanakah proses penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?

Proses penggubalan Perlembagaan PTM dibentuk bermula dengan sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan yang diketuai oleh Lord Reid dan ahlinya terdiri daripada pakar undangundang negara Komanwel yang mengkaji sebuah perlembagaan asas negara merdeka. Antara tugas suruhanjaya tersebut ialah melindungi kedudukan Raja-Raja Melayu dan memelihara hak keistimewaan orang Melayu serta menjaga kepentingan dan hak kaum lain. Selanjutnya, suruhanjaya tersebut menerima 131 memorandum yang dihantar daripada Raja-Raja Melayu, parti politik dan badan bukan kerajaan. Setelah itu, suruhanjaya tersebut telah mengkaji dan menerima memorandum tersebut. Malahan, pelbagai parti politik memberikan pelbagai reaksi terhadap memorandum tersebut seperti isu kewarganegaraan. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman ke London untuk membincangkan perkara tersebut dan dibuat pindaan terhadap draf tersebut.

13
New cards

Bagaimanakah cara yang dapat anda lakukan bagi merealisasikan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? (KBAT)

Cara yang dapat saya lakukan bagi merealisasikan intipati Perjanjian PTM 1957 ialah saya menghayati setiap Prinsip Rukun Negara. Selain itu, saya sentiasa patuh kepada undangundang negara. Seterusnya, saya menjunjung perlembagaan negara kerana ia merupakan undang-undang yang tertinggi demi keamanan negara. Selanjutnya, saya taat dan setia kepada raja dan negara demi kedaulatan negara. Malah, saya akan menghargai kemerdekaan yang ada demi perpaduan rakyat pelbagai kaum.Di samping itu, saya bersikap tolak ansur dan hormat-menghormati kaum lain agar kemakmuran negara berkekalan.

14
New cards

Jawatankuasa Persediaan Fizikal dan Sambutan telah ditubuhkan untuk membuat persediaan sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara supaya peristiwa ini bermakna kepada negara dan rakyat .

Nyatakan persediaan Jawatankuasa Sambutan untuk memeriahkan Hari Kemerdekaan.

F3 Pakaian khas untuk Menteri dan pegawai tinggi
F5 Pemberian gaji seminggu awal

15
New cards

Huraikan latar belakang pembentukan identiti negara di atas. (Lagu Kebangsaan & Bendera Kebangsaan)

Lagu kebangsaan
F1 Cadangan daripada Tunku Abdul Rahman.
F5 Lagu Negaraku dicipta sebagai lagu kebangsaan

Bendera kebangsaan
F9 Reka bentuknya dicipta oleh Encik Mohamed Hamzah.
F11 dikibarkan secara rasmi Di Istana Sultan Selangor

16
New cards

Perasaan bangga terhadap keunikan kemerdekaan yang telah dicapai perlu ada dalam kalangan rakyat Malaysia. Berikan penjelasan berdasarkan pengetahuan sejarah anda. (KBAT)

F1 Mengeratkan perpaduan
H1 saling menghormati antara satu sama lain
H2 bertolak ansur
H3 menjamin kesetiaan rakya

17
New cards

“…. merdeka bukan sekadar bebas dari cengkaman kuasa dan minda penjajah.Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara dengan apa - apa cara sekalipun.”

Bincangkan kesan kemerdekaan kepada negara kita.

F1 Pengamalan sistem raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
H1a Yang DiPertuan Agong menjadi ketua Negara
F2 Sistem Demokrasi berparlimen diamalkan
H2a Rakyat berkuasa memilih pemerintah/memiliki hak bersuara
Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri
H3c Negara mendapat pengiktirafan antarabangsa

18
New cards

Lambang kebangsaan yang merupakan salah satu aspek kedaulatan negara kita. Jelaskan.

F1 Lagu Kebangsaan/ Bendera menjadi identiti negara
F2 menjadi jati diri rakyat
F3 menjadi simbol perpaduan
F7 Rakyat perlu menghormati simbol rasmi negara

19
New cards

Peristiwa kemerdekaan negara perlu dihayati oleh generasi masa kini supaya kedaulatan negara terus terpelihara dan dinikmati generasi akan datang. Beri ulasan anda (KBAT)

F1 Mengeratkan perpaduan
H1 saling menghormati antara satu sama lain
H2 bertolak ansur
H3 menjamin kesetiaan rakyat
C1 menghayati Rukun Negara
F2 Memastikan kestabilan negara
H1 memimpin secara adil
H2 memajukan ekonomi negara

20
New cards

Kemerdekaan Tanah Melayu menyimpan jutaan memori di sebalik peristiwa bersejarah ini. Kejayaan, kebanggaan dan kemegahan yang dilakar menjadi kenangan terindah dalam paparan sejarah tanah air.

Jelaskan persiapan yang dilakukan untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.

F1 Membentuk Jawatankuasa Persediaan Fizikal
F2 Menonjolkan identiti negara
F3 Menyediakan prasarana fizikal
F4 Pembinaan stadium untuk meraikan kemerdekaan / Stadium Merdeka
F5 Pembinaan istana untuk YDPA bersemayam
F6 Penciptaan lagu rasmi kebangsaan / lagu Negaraku

21
New cards

Pemasyhuran kemerdekaan negara bermula pada malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor Terangkan peristiwa bersejarah tersebut.

F1 Jalan sekitar bandar Kuala Lumpur dipenuhi kenderaan/kereta/bas/ beca/ basikal
F2 Pejalan kaki menuju ke Padang Kelab Selangor
F3 Diterangi lampu hiasan
F4 Kedai dibuka sehingga larut malam.
F5 Jam 10.00 malam, Wakil Parti Perikatan berpakaian Baju Melayu mengambil tempat duduk
F6 Diketuai oleh Sardon Jubir

22
New cards

Gambar menunjukkan logo sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2023.
(MALAYSIA MADANI-TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN)

Huraikan mesej yang terkandung dalam logo tersebut.

~ Malaysia Madani ialah panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik
~ Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
~ Lima jari melambangkan lima teras Rukun Negara
-RED
-PUTIH
-KUNING
-BIRU
~ Bulan sabit pula melambangkan Agama Islam ialah agama rasmi persekutuan

Explore top flashcards

25/7/2023 (PLS)
Updated 888d ago
flashcards Flashcards (108)
Groep 25
Updated 446d ago
flashcards Flashcards (25)
AP HUG UNIT 1
Updated 833d ago
flashcards Flashcards (51)
Le Passé Composé
Updated 97d ago
flashcards Flashcards (24)
green book
Updated 112d ago
flashcards Flashcards (38)
25/7/2023 (PLS)
Updated 888d ago
flashcards Flashcards (108)
Groep 25
Updated 446d ago
flashcards Flashcards (25)
AP HUG UNIT 1
Updated 833d ago
flashcards Flashcards (51)
Le Passé Composé
Updated 97d ago
flashcards Flashcards (24)
green book
Updated 112d ago
flashcards Flashcards (38)