1/143
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced |
---|
No study sessions yet.
Jirim
Sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
Takat lebur
Suhu malar apabila sesuatu bahan bertukar daripada keadaan pepejal menjadi cecair pada tekanan tertentu.
Takat beku
Suhu malar apabila sesuatu bahan bertukar daripada keadaan cecair menjadi pepejal pada tekanan tertentu.
ATOM
Zarah paling kecil daripada sesuatu unsur yang dapat mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas.
elektron
Zarah bercas negatif
proton
Zarah bercas positif
NEUTRON
Zarah subatom neutral (yang tidak mempunyai cas) di dalam nukleus sesuatu atom.
Isotop
Atom-atom bagi unsur yang sama dengan mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.
Nombor proton
Bilangan proton di dalam nukleus sesuatu atom
Nombor nukleon
Jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus sesuatu atom
Petala valens
Petala terluar pada sesuatu atom.
Elektron valens
Elektron pada petala valens
Kelimpahan semula jadi
Peratusan isotop yang wujud dalam suatu sampel semula jadi unsur.
STRUKTUR LEWIS
Gambar rajah yang menunjukkan ikatan antara atom di dalam molekul serta pasangan elektron bebas yang terdapat dalam molekul.
Jisim atom relatif
Jisim purata satu atom unsur berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12.
Jisim molekul relatif
Jisim purata molekul berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
Jisim formula relatif
Jisim purata ion berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12
Jisim molar
Jisim satu mol bahan.
Isipadu molar
Isi padu yang ditempati oleh 1 mol gas.
Nombor avogadro
Bilangan zarah yang terkandung dalam satu mol bahan, iaitu 6.02 × 1023 mol–1
mol
Unit SI untuk kuantiti sesuatu bahan.
Formula kimia
Perwakilan sesuatu bahan kimia dengan menggunakan huruf bagi mewakili atom dan nombor subskrip untuk menunjukkan bilangan setiap jenis atom yang terdapat di dalam entiti asas bahan itu.
Formula empirik
Formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur dalam sesuatu sebatian.
Formula molekul
Formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom setiap jenis unsur yang terdapat di dalam satu molekul sesuatu sebatian.
Persamaan kimia
Cara yang ringkas dan tepat untuk menghuraikan tindak balas kimia
Jadual berkala unsur
Satu bentuk pengelasan unsur secara sistematik mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
kumpulan
Lajur menegak dalam Jadual Berkala Unsur
kala
Baris mengufuk dalam Jadual Berkala Unsur
OKSIDA BES
Oksida logam yang bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air.
OKSIDA ASID
Oksida bukan logam yang bertindak balas dengan air untuk membentuk asid.
METALOID
Unsur yang mempunyai sifat logam dan bukan logam.
SEMIKONDUKTOR
Bahan yang mempunyai sifat penebat dan pengalir elektrik.
Ikatan ion
Ikatan yang terbentuk melalui pemindahan elektron antara atom logam dengan atom bukan logam.
Ikatan kovalen
Ikatan yang terbentuk apabila atom-atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.
Ikatan hidrogen
Daya tarikan antara atom hidrogen, H yang mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi keelektronegatifan, iaitu nitrogen, N, oksigen, O atau fluorin, F dengan atom nitrogen, N, oksigen, O atau fluorin, F di dalam molekul lain.
Ikatan datif @ ikatan koordinat
Sejenis ikatan kovalen yang mana pasangan elektron yang dikongsi berasal daripada satu atom sahaja.
Ikatan logam
Daya tarikan elektrostatik antara lautan elektron dan ion logam bercas positif
asid
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+
Kebesan asid
Bilangan ion hidrogen, H+ yang boleh dihasilkan oleh satu molekul asid yang mengion di dalam air.
bes
Bahan yang bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan garam dan air sahaja.
alkali
Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH–
pH
Suatu pengukuran logaritma ke atas kepekatan ion hidrogen yang terkandung di dalam suatu larutan akueus.
Asid kuat
Asid yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang tinggi.
Asid lemah
Asid yang mengion separa di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah.
Alkali kuat
Alkali yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH– yang tinggi
Alkali lemah
Alkali yang mengion separa di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH– yang rendah.
KEPEKATAN
Satu ukuran yang menunjukkan jisim zat terlarut dalam seunit isi padu larutan, biasanya dalam 1 dm3 larutan.
KEMOLARAN
Satu ukuran yang menunjukkan bilangan mol zat terlarut dalam seunit isi padu larutan, biasanya dalam 1 dm3 larutan.
LARUTAN TEPU
Larutan yang mengandungi zat terlarut yang maksimum dan tidak dapat melarutkan zat terlarut lagi pada suhu tertentu
Larutan piawai
Larutan yang kepekatannya diketahui dengan tepat.
pencairan
Penambahan air kepada suatu larutan piawai yang pekat, atau disebut larutan stok, untuk menghasilkan larutan yang lebih cair.
peneutralan
Tindak balas antara asid dengan alkali (bes) untuk menghasilkan garam dan air sahaja
pentitratan
Kaedah analisis kuantitatif untuk menentukan isi padu asid yang diperlukan secara tepat bagi meneutralkan isi padu tertentu suatu alkali, atau sebaliknya.
garam
Sebatian ion yang terbentuk apabila ion hidrogen, H+ daripada asid digantikan dengan ion logam atau ion ammonium, NH4+
Garam terlarutkan
Garam yang larut di dalam air pada suhu bilik
Garam tak terlarutkan
Garam yang tidak larut di dalam air pada suhu bilik
Analisis kualitatif
Satu teknik untuk mengenal pasti kation dan anion yang hadir di dalam sesuatu garam dengan menganalisis sifat fizik dan sifat kimia garam itu.
Kadar tindak balas
Perubahan kuantiti bahan tindak balas per unit masa atau perubahan kuantiti hasil tindak balas per unit masa
Kadar tindak balas purata
Nilai purata bagi kadar tindak balas yang berlaku dalam satu tempoh masa tertentu.
Kadar tindak balas pada masa tertentu
Kadar tindak balas yang berlaku pada satu ketika sahaja.
aloi
Campuran dua atau lebih unsur yang mana unsur yang utama ialah logam.
seramik
Pepejal yang terdiri daripada bahan bukan organik dan bahan bukan logam.
Bahan komposit
Bahan yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih bahan yang bukan homogen, iaitu bahan matriks dan bahan pengukuhan.
Tindak balas redoks
Tindak balas kimia yang melibatkan pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak
Agen pengoksidaan
Bahan yang mengoksidakan bahan lain dan diturunkan dalam tindak balas redoks
Agen penurunan
Bahan yang menurunkan bahan lain dan dioksidakan dalam tindak balas redoks
keelektropositifan
Kecenderungan atom membebaskan elektron untuk membentuk kation.
keelektronegatifan
Kecenderungan atom menerima elektron untuk membentuk anion.
elektrolit
Bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau larutan akueus dan mengalami perubahan kimia.
Bukan elektrolit
Bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik dalam semua keadaan.
konduktor
Bahan yang mengkonduksi elektrik dalam keadaan pepejal atau leburan tetapi tidak mengalami perubahan kimia.
elektrolisis
Proses penguraian suatu sebatian dalam keadaan lebur atau larutan akueus kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya
Kakisan logam
Tindak balas redoks, iaitu logam dioksidakan secara spontan apabila atom logam membebaskan elektron membentuk ion logam
anod
Elektrod tempat berlakunya tindak balas pengoksidaan
katod
Elektrod tempat berlakunya tindak balas penurunan
Keupayaan elektrod piawai, EƟ
Beza keupayaan yang terhasil dalam sel setengah pada keadaan piawai dengan kepekatan ion di dalam larutan akueus 1.0 mol dm−3, pada suhu 25°C dan tekanan 1 atm atau 101 kPa digandingkan dengan elektrod hidrogen piawai
Sel daniell
Sel kimia terdiri daripada elektrod logam zink, Zn dan elektrod logam kuprum, Cu yang dicelupkan ke dalam larutan garam ion masing-masing.
Notasi sel
Perwakilan singkatan sel kimia, dengan anod di sebelah kiri dan katod di sebelah kanan dipisahkan oleh dua garisan menegak yang mewakili titian garam atau pasu berliang
penggalvanian
Proses menyalut besi dengan lapisan zink supaya tahan karat.
penyaduran
Proses elektrolisis yang dijalankan untuk menyalut permukaan suatu logam dengan suatu lapisan logam lain yang nipis dan sekata
Siri kereaktifan logam
Suatu siri susunan logam mengikut tertib meningkat kereaktifan logam terhadap oksigen
Siri elektrokimia
Satu siri susunan logam mengikut tertib keupayaan elektrod piawai, E0 daripada paling negatif kepada paling positif.
Sebatian karbon
Sebatian yang mengandungi karbon sebagai unsur juzuknya.
Sebatian organik
Sebatian yang berasal daripada benda hidup dan mengandungi unsur karbon yang terikat secara kovalen dengan unsur-unsur seperti hidrogen, nitrogen, sulfur dan fosforus
Sebatian tak organik
Sebatian yang berasal daripada benda bukan hidup seperti oksida karbon, sebatian karbonat dan sebatian sianida.
hidrokarbon
Sebatian organik yang mengandungi hidrogen dan karbon sahaja
Bukan hidrokarbon
Sebatian organik yang mengandungi karbon dan hidrogen serta unsur lain seperti oksigen, nitrogen, fosforus atau halogen.
Hidrokarbon tepu
Hidrokarbon yang mempunyai hanya ikatan tunggal antara atom karbon
Hidrokarbon tak tepu
Hidrokarbon yang mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua atau ganda tiga antara atom karbon
Penyulingan berperingkat
Pecahan hidrokarbon dalam petroleum diasingkan pada suhu berlainan mengikut saiz hidrokarbon
Peretakan
Hidrokarbon berantai panjang dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil pada suhu tinggi dan bermangkin
isomer
Molekul yang mempunyai formula molekul yang sama tetapi formula struktur yang berbeza.
Siri homolog
Kumpulan sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi yang sama dan diwakili oleh satu formula am
Tindak balas penambahan
Tindak balas kimia yang berlaku apabila atom lain ditambah kepada setiap atom karbon pada ikatan ganda dua, C=C untuk membentuk hasil ikatan kovalen tunggal C-C .
Tindak balas penukar gantian
Tindak balas kimia yang berlaku apabila setiap atom hidrogen dalam molekul alkana digantikan satu demi satu oleh atom halogen sehingga semua atom hidrogen digantikan
eksotermik
Tindak balas kimia yang membebaskan haba ke persekitaran.
endotermik
Tindak balas kimia yang menyerap haba daripada persekitaran.
Haba tindak balas
Perubahan haba satu mol bahan tindak balas bertindak balas atau satu mol hasil tindak balas yang terbentuk
Haba pemendakan
Perubahan haba apabila 1 mol mendakan terbentuk daripada ion-ionnya di dalam larutan akueus
Haba penyesaran
Perubahan haba apabila satu mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh logam yang lebih elektropositif.