1/4
Looks like no tags are added yet.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Nasionalisme di india
Reaksi penduduk tempatan terhadap imperialisme British.
Dahagi India 1857: titih tolak perkembangan nasionalisme
Nasionalisme awal
Isu sosioagama.
Brahmo Samaj dan Arya Samaj: Suatu pertubuhan meningkatkan rasa cinta kepada budaya tempatan.
Penghujung abad ke-19
Kemunculan golongan intelektual: Mulakan gerakan nasionalisme lebih tersusun.
Kongres Kebangsaan India (Indian National Congress, INC) 1885 dan Liga Muslim 1906 ditubuhkan untuk menyuarakan pendapat.
Awal abad ke-20
Nasionalis radikal (Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal) mengetuai gerakan bersifat keras dan menggerakkan semangat penentangan secara militan.
Selepas Perang Dunia Pertama
INC tidak bekerjasama dengan British.
diketuai oleh Mahatma Gandhi yang memegang pegangan satyagraha yang berpegang teguh kepada kebenaran tanpa keganasan.
Selepas Perang Dunia Kedua
INC dan Liga Muslim: Membuat rancangan pembahagian India kepada negara India dan Pakistan.
14 Ogos 1947: Pakistan negara merdeka, Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan.
15 Ogos 1947: India negara merdeka, Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri pertama.
Nasionalisme di china
Pengukuhan peradaban China daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
Menentang kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu (kerajaan Manchuria) yang gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan Barat.
Anti-Barat.
Dr. Sun Yat Sen: Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i), ideologi perjuangan iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
Tahun 1911: gerakan Revolusi China berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan diganti dengan pemerintahan republik di China.
Nasionalisme empayar uthmaniyah dan mesir, pan islamisme
Mempertahankan pemerintahan Islam dan agama Islam daripada pemerintahan Barat pada abad ke-19 dan tercetusnya gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.
Gerakan Pan-Islamisme
Al-Urwah al-Wutqha (Ikatan yang Kuat): Ditubuhkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa kemajuan.
Akhbar al-Urwah al-Wutqha: Sebarkan idea Pan-Islamisme untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat.
Tahun 1914: Empayar Uthmaniyah keluarkan fatwa untuk bersama-sama bangkit menentang dan berjuang.
Khalifah Abdul Hamid II: Menggerakkan idea Pan-Islamisme yang mendapat sokongan di seluruh dunia dan kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan.
Nasionalisme empayar uthmaniyah dan mesir, gerakan islah
Gerakan pemulihan Islam.
Dipimpin oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
Terjadi akibat imperialisme Barat yang mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.
Menyeru umat Islam berpegang dengan ajaran al-Quran dan Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat untuk bebas daripada penjajahan.
Nasionalisme di Jepun
Disebabkan oleh kesedaran untuk mengelakkan ancaman imperialisme Barat.
Maharaja Mikado Meiji (1868): Melancarkan pemulihan Jepun yang menekankan pemodenan mengikut model Barat.
Prinsip dan semangat bushido menjadi asas nasionalisme dalam kalangan masyarakat
Pemulihan Meiji: Menjadikan Jepun sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat pada awal abad ke-20.
Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun menjadi kuasa imperialis di Asia.