1/7
Looks like no tags are added yet.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Nasionalisme di India
•Berlaku kerana reaksi penduduk tempatan dalam Dahagi India 1857 terhadap dasar imperialisme British terutamanya dalam aspek adat, budaya dan agama masyarakat setempat.
•Gerakan di peringkat awal memberikan perhatian terhadap isu sosioagama yang dibangkitkan oleh pertubuhan Brahmo Samaj dan Arya Samaj. Pertubuhan ini menggiatkan rasa kecintaan terhadap budaya tempatan kesan daripada pengaruh budaya Barat.
•Perkembangan pendidikan Barat pada penghujung abad ke-19 membawa kemunculan golongan intelektual. Mereka memulakan gerakan secara lebih tersusun dengan menubuhkan pertubuhan parti politik.
•Pandangan mereka disuarakan melalui Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress (INC) dan Liga Muslim.
•Pada abad ke-20, Bal Gangadar Tilak dan Bipin Chandra Pal menggerakkan semangat penentangan secara militan terhadap British.
•Selepas Perang Dunia Pertama, Mahatma Gandhi menerajui INC dan memperlihatkan sikap tidak bekerjasama dengan British. Beliau menjadikan satyagraha (berpegang teguh kepada kebenaran) sebagai pegangan untuk menggerakkan nasionalisme.
•Selepas Perang Dunia Kedua, INC dan Liga Muslim bekerjasama membentuk jawatankuasa khas untuk merangka rancangan pembahagian India dan Pakistan.
•Pada 14 Ogos 1947, Pakistan diisytiharkan merdeka dan diikuti oleh India pada 15 Ogos 1947.
Nasionalisme di China
•Berlaku untuk mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina bagi mengelakkan penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
•Kelemahan Dinasti Manchu yang dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat membawa kepada penentangan rakyat.
•Kegagalan dinasti tersebut menghalang kemasukan pengaruh Barat ke China membawa kepada gerakan nasionalisme bercorak anti-Barat.
•Dr. Sun Yat Sen merupakan pelopor kepada gerakan kebangkitan tersebut dengan berasaskan kepada Tiga Prinsip Rakyat.
•Revolusi China 1911 berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan berlaku kemunculan pemerintahan republik di China.
Nasionalisme di Jepun
•Digerakkan oleh Maharaja Mikado Meiji untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat.
•Maharaja Mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekankan pemodenan mengikut model Barat.
•Berasaskan kepada semangat bushido untuk melakukan pemulihan dalam semua aspek kehidupan.
•Membolehkan Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang terkuat di Asia pada awal abad ke-20.
•Menjadi kuasa imperialisme di Asia akibat desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera.
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
➤ Wujudnya kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam daripada ancaman imperialisme Barat. la membawa kepada tercetusnya gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.
Gerakan Islah
•Gerakan pemulihan Islam yang dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Gerakan ini berlaku akibat pertembungan kebudayaan antara Eropah-Amerika dengan kebudayaan tempatan kesan daripada imperialisme Barat di Mesir. la telah mengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.
•Gerakan tersebut menyeru umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar. la berpandukan al-Quran dan Hadis serta memperbaiki kehidupan masyarakat.
Gerakan Pan-Islamisme
●Bermula dengan penubuhan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa oleh Sayid Jamal al-Din pada tahun 1883.
●Bertujuan memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan.
●Menerbitkan akhbar untuk menyeru penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia supaya bangkit menentang peluasan kuasa Barat.
●Gerakan idea Pan Islamisme digerakkan oleh Khalifah Abdul Hamid II dan mendapat sokongan daripada umat Islam di seluruh dunia termasuk Tanah Melayu.
Satyagraha
Satyagraha bermaksud berpegang teguh kepada kebenaran. Konsep satyagraha menjadi asas perjuangan tanpa keganasan.
Semangat bushido
Semangat bushido ialah sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara.