Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW

0.0(0)
studied byStudied by 0 people
GameKnowt Play
learnLearn
examPractice Test
spaced repetitionSpaced Repetition
heart puzzleMatch
flashcardsFlashcards
Card Sorting

1/25

encourage image

There's no tags or description

Looks like no tags are added yet.

Study Analytics
Name
Mastery
Learn
Test
Matching
Spaced

No study sessions yet.

26 Terms

1
New cards

Nama penuh

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim

2
New cards

Nama-nama lain

  • Ahmad

  • Al-Mahi

  • Al-Hasyir

  • Al-’Aqib

3
New cards

Tarikh lahir

12 Rabiulawal, Tahun Gajah

4
New cards

Tempat lahir

Makkah

5
New cards

Gelaran

Al-Amin

6
New cards

Kuniyah

Abu AL-Qasim

7
New cards

Keturunan

Arab Quraisy

8
New cards

Ibu susuan

  • Suwaibah Al-Islamiyyah

  • Halimatus Sa’adiyyah

9
New cards

Pengasuh

Ummu Aiman

10
New cards

Isteri

  • Khadijah binti Khuwailid

  • Aisyah binti Abu Bakar

  • Zainab binti Jamsyi

  • Ummu Salamah binti Abu Umaiyah

  • Safiyyah binti Huya

  • Hafsah binti Umar

  • Maimunah binti Al-Haris

  • Juwairiyyah binti Al-Haris

  • Ummu Habibah binti Abu Sufian

  • Saudah binti Zam’ah

  • Mariah Al-Qibtiyyah

  • Zainab binti Khuzaimah

11
New cards

Anak-anak

  1. Al-Qasim

  2. Zainab

  3. Ruqayyah

  4. Ummu Kalsum

  5. Fatimah

  6. Abdullah

  7. Ibrahim

12
New cards

Tarikh wafat

12 Rabiulawal, Tahun 11 Hijrah

13
New cards

Tempat wafat

Madinah

14
New cards

Sifat fizikal Nabi Muhammad SAW

  • rupa paras yang amat tampan

  • sederhana tinggi

  • berbadan tegap

  • rambut ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak

  • sentiasa kelihatan ceria dan segak

  • mata hitam pekat

  • bulu mata lentik

15
New cards

Peristiwa yang berlaku selepas kelahiran

Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa’adiah di perkampungan Bani Sa’ad yang jauh daripada unsur negatif

16
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 2-4 tahun

Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibril

17
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 4-6 tahun

Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama dengan ibu baginda. Ketika berumur 6 tahun, baginda dibawa melawat kubur bapa baginda di Madinah. Ibu baginda meninggal dunia di Abwa’ dalam perjalanan pulang ke Mekah

18
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 6-8 tahun

Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuknya, Abdul Mutalib, hingga datuk baginda meninggal dunia. Selepas itu, Nabi Muhammad SAW tinggal pula dengan bapa saudaranya, Abu Talib.

19
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 12 tahun

Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib, ke Syam. Di pertengahan jalan, Abu Talib mendapat nasihat daripada Bukhaira Rahib ketika di bandar Busra’, sempadan Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

20
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 20 tahun

  • Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda menyaksikan Khilfu Fudhul, iaitu perjanjian untuk membela orang yang teraniaya dalam perniagaan.

  • Baginda mengembala kambing bersama-sama dengan saudara susuan di perkambungan Bani Sa’ad kemudian di Mekah.

21
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 25 tahun

  • Nabi Muhammad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar kota Mekah. Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah RA, seorang wanita Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia. Rasulullah SAW membawa barang dagangan Saidatina Khadijah RA ke Syam dengan dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki Saidatina Khadijah RA. Semasa berada di Syam, Nabi Muhammad SAW menjalankan perniagaan dengan penuh jujur dan amanah. Akhirnya Nabu Muhammad SAW membawa pulang keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda.

  • Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam, Saidatina Khadijah RA mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW. Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad SAW. Saidatina Khadijah RA menghantar salah seorang kawan rapatnya, Nafisah binti Munabbih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW menerima hasrat mulia tersebut dan meminang Saidatina Khadijah RA melalui bapa saudaranya Amru bin Asad. Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah RA, Nabi Muhammad SAW dikurniakan 6 orang anak.

22
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 35 tahun

  • Mekah dilanda banjir besar sehingga meruntuhkan dinding Kaabah. Kabilah Arab berpakat untuk membaik pulih Kaabah. Nabi Muhammad SAW turut membantu dalam pembinaan tersebut. Apabila tiba masa untuk meletakkan semula Hajarul Aswaddi penjuru Kaabah, berlaku perebutan antara ketua kabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan darah.

  • Akhirnya Abu Umaiyyah Makhzumi, seorang yang dihormati dalam kalangan kabilah Arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara. Mereka bersedia menerima keputusan orang pertama yang masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan takdir Allah SWT, orang pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW. Semua yang melihat Nabi Muhammad SAW masuk ke masjid berkata, “Dialah orang yang benar lagi amanah,”.

  • Nabi Muhammad SAW menghamparkan rida’ baginda kemudian meletakkan Hajarul Aswad di tengah-tengahnya. Baginda meminta ketua-ketua kabilah memegang hujung rida’ tersebut dan membawanya beramai-ramai ke penjuru Kaabah. Lalu baginda mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat asal. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan semua yang hadir berpuas hati.

23
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 40 tahun

  • Baginda suka bersendirian di Gua Hira’ untuk beribadat dan memikirkan cara menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliah.

  • Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan, baginda didatangi malaikat Jibril AS. Jibril AS memeluk erat Nabi Muhammad SAW tiga kali dan menyuruh baginda membaca. Setiap kali Jibril menyuruh baginda membaca, baginda menjawab, “Saya tidak tahu membaca,”. Akhirnya Jibril AS mengajar Nabi Muhammad SAW wahyu pertama.

  • Setelah Nabi Muhammad SAW menerima perintah Allah SWT untuk menyampaikan dakwah, baginda menjalankan tugas dakwah dengan gigih dan sabar. Dakwah yang disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada masyarakat Arab, terutam hamba abdi dan golongan yang lemah. Namun begitu, ada juga yang menentang dakwah Nabi Muhammad SAW.

24
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 51 tahun

Saidatina Khadijah RA setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, bapa saudara Nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammad SAW walaupun beliau tidak memeluk Islam. Kematian mereka berdua menyebabkan Nabi Muhammad berduka cita. Kedukaan Nabi Muhammad SAW ini terubat apabila baginda dibawa mengembara menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

25
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 53 tahun

  • Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai cara. Terdapat dalam kalangan sahabat yang diseksa dan dibunuh. Akhirnya Nabi Muhammad SAW mendapat perintah Allah SWT untuk berhijrah bersama-sama dengan para sahabat ke Madinah. Peristiwa itu berlaku 13 tahun selepas kerasulan baginda. Demi kepentinagn dakwah, Nabi Muhammad SAW menyahut perintah tersebut, mengharungi pelbagai halangan untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dengan perancangan yang rapi, mereka akhirnya tiba di Madinah dengan selamat. Sebelum itu, baginda singgah ke Quba’ dan membina masjid pertama di sana.

  • Di Madinah, Nabi Muhammad SAW membina pemerintahan yang berteraskan wahyu. Baginda membina Masjid Nabawi, mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansar dan menggubal Piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara.

  • Dalam membentuk tamadun yang unggul, Nabi Muhammad SAW menghadapi tentangan musuh yang cuba menggugat keamanan Madinah. Nabi Muhammad bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar mempertahankan Madinah daripada serangan musuh dengan semangat juang yang hebat. Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW termasuklah peperangan Badar, Uhud, Khaibar, pembukaan Mekah dan Hunain.

26
New cards

Peristiwa yang berlaku semasa 63 tahun

Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai Rasul, pada waktu Dhuha, hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah, dirumah Saidatina Aisyah RA, Nabi Muhammad SAW dijemput kembali menemui penciptanya. Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT ini menggemparkan penduduk Madinah. Jasad Nabi Muhammad SAW yang mulia dimakamkan di rumah Saidatina Aisyah RA.