1/6
Looks like no tags are added yet.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Dasar Peluasan Kuasa Jepun
•Untuk mengembangkan perindustrian, Jepun memerlukan wilayah yang dapat membekalkan bahan mentah dan menjadi kawasan pasaran. Golongan tentera berpendapat penaklukan kawasan yang kaya dengan bahan mentah dapat mengatasi masalah ekonomi Jepun.
•Matlamat dasar luar Jepun adalah mengembangkan kuasa, mewujudkan kebebasan ekonomi dan menentang imperialisme Barat. Orde baharu tersebut dikembangkan di seluruh Asia.
Sekatan Ekonomi terhadap Jepun
•Jepun menguasai Korea, Manchuria, China, Pulau Hainan dan Indochina menyebabkan pihak Bersekutu, Amerika Syarikat, British dan Belanda mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun bagi menghalang Jepun memperoleh bahan mentah yang diperlukan untuk industri dan operasi perang.
Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan
•Jepun merancang menguasai wilayah selatan yang kaya dengan bahan mentah seperti Asia Tenggara sebagai jalan keluar daripada sekatan ekonomi pihak Bersekutu.
•Sebagai anggota Kuasa Paksi, Jerman menghantar pakarnya ke Jepun untuk mengkaji serangan terhadap wilayah selatan dan membantu perkembangan industri pembuatan kapal terbang Jepun.
•Tentera Jepun mengeluarkan arahan untuk menyerang Asia Pasifik berikutan kegagalan rundingan menamatkan sekatan ekonomi terhadapnya dengan Amerika Syarikat.
Orde baharu
Orde baharu bermaksud rancangan Jepun untuk menyingkirkan kuasa imperialis Barat di Asia dan menganjurkan perkongsian kuasa serta kekayaan yang lebih adil dalam kalangan negara di Asia.
Sekatan ekonomi
Sekatan ekonomi ialah tindakan menghentikan perdagangan serta membekukan semua harta milik Jepun di wilayah yang dikuasai oleh British, Amerika Syarikat dan Belanda
Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
•Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour, Hawaii (pangkatan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik)
•Amerika Syarikat Bertujuan melemahkan armada laut kerana menjadi penghalang peluasan kuasa Jepun di Asia Pasifik
•Menyerang wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda
•Amerika Syarikat mengisytiharkan perang terhadap Jepun
•Jepun berjaya membentuk empayar yang luas di Asia Pasifik menjelang April 1942 menggunakan strategi yang berkesan dan penguasaan serangan melalui laut, darat dan udara
•Peristiwa Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
~8 Disember 1941 Jepun mendarat di Kelantan, Jepun menyerang Pearl Habour, Hawaii
~10 Disember 1941 Jepun mendarat di Pulau Guam
~16 Disember 1941 Miri dikuasai oleh Jepun
~22 Disember 1941 Pendaratan pertama Jepun di Filipina
~23 Disember 1941 Pulau Wake jatuh selepas serangan kedua Jepun
~25 Disember 1941 - Hong Kong menyerah kalah
~2 Januari 1942 Jepun mengalahkan Manila dan menakluk Burma
~19 Januari 1942 Jepun menguasai Sandakan
~15 Februari 1942 - Singapura dikalahlan
~19 Februari 1942 Darwin dibom oleh Jepun
~27 Februari 1942 Pertempuran di Laut Jawa, Jepun mengalahkan tentera Bersekutu
~28 Februari 1942-Jepun menyerang Jawa
Kesan Perang Dunia Kedua
•Hampir 75 juta nyawa manusia terkorban, banyak harta benda musnah
•Menyebabkan kematian, kesengsaraan, kelaparan, kezaliman, ketakutan dan kemiskinan
•Memberikan iktibar kepada kita agar menghargai nikmat keamanan dan belajar untuk hidup bersama-sama dalam keadaan aman dan harmoni