DEFINISI KIMIA TINGKATAN 4

0.0(0)
learnLearn
examPractice Test
spaced repetitionSpaced Repetition
heart puzzleMatch
flashcardsFlashcards
Card Sorting

1/31

flashcard set

Earn XP

Description and Tags

Study Analytics
Name
Mastery
Learn
Test
Matching
Spaced

No study sessions yet.

32 Terms

1
New cards

Jirim

Sesuatu yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

2
New cards

Takat lebur

Suhu malar apabila sesuatu bahan bertukar daripada keadaan pepejal menjadi cecair pada tekanan tertentu.

3
New cards

Takat beku

Suhu malar apabila sesuatu bahan bertukar daripada keadaan cecair menjadi pepejal pada tekanan tertentu.

4
New cards

Nombor proton

Bilangan proton di dalam nukleus sesuatu atom.

5
New cards

Nombor nukleon

Jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus sesuatu atom.

6
New cards

Isotop

Atom-atom bagi unsur yang sama dengan mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.

7
New cards

Kelimpahan semula jadi

Peratusan isotop yang wujud dalam suatu sampel semula jadi unsur.

8
New cards

Jisim atom relatif

Jisim purata satu atom unsur tersebut berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12.

9
New cards

Jisim molekul relatif

Jisim purata molekul tersebut berbanding dengan 1/12 kali jisim satu atom karbon-12.

10
New cards

Formula kimia

Perwakilan sesuatu bahan kimia dengan menggunakan huruf bagi mewakili atom dan nombor subskrip untuk menunjukkan bilangan setiap jenis atom yang terdapat di dalam entiti asas bahan itu.

11
New cards

Formula empirik

Formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur dalam sesuatu sebatian.

12
New cards

Jadual berkala unsur

Satu bentuk pengelasan unsur secara sistematik mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

13
New cards

Amfoterik

Oksida yang bersifat kedua-dua asid dan bes.

14
New cards

Ikatan kimia

Terbentuk apabila berlakunya pemindahan elektron atau perkongsian elektron.

15
New cards

Ikatan ion

Terbentuk melalui pemindahan elektron antara atom logam dengan atom bukan logam.

16
New cards

Ikatan kovalen

Terbentuk apabila atom-atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.

17
New cards

Ikatan hidrogen

Daya tarikan antara atom hidrogen, H yang mempunyai ikatan dengan atom yang tinggi keelektronegatifan, iaitu FON.

18
New cards

Ikatan datif

Merupakan sejenis ikatan kovalen yang mana pasangan elektron yang dikongsi berasal daripada satu atom sahaja.

19
New cards

Ikatan logam

Daya tarikan elektrostatik antara lautan elektron dan ion logam bercas positif.

20
New cards

Asid

Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidrogen, H+.

21
New cards

Alkali

Bahan kimia yang mengion di dalam air untuk menghasilkan ion hidroksida, OH–.

22
New cards

Asid kuat

Asid yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang tinggi.

23
New cards

Asid lemah

Asid yang mengion separa di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen, H+ yang rendah.

24
New cards

Alkali kuat

Alkali yang mengion lengkap di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH– yang tinggi.

25
New cards

Alkali lemah

Alkali yang mengion separa di dalam air untuk menghasilkan kepekatan ion hidroksida, OH– yang rendah.

26
New cards

Larutan piawai

Larutan yang kepekatannya diketahui dengan tepat.

27
New cards

Peneutralan

Tindak balas antara asid dengan alkali (bes) untuk menghasilkan garam dan air sahaja.

28
New cards

Garam

Sebatian ion yang terbentuk apabila ion hidrogen, H+ daripada asid digantikan dengan ion logam atau ion ammonium, NH4+.

29
New cards

Kadar tindak balas

Perubahan kuantiti bahan tindak balas per unit masa atau perubahan kuantiti hasil tindak balas per unit masa.

30
New cards

Kadar tindak balas purata

Nilai purata bagi kadar tindak balas yang berlaku dalam satu tempoh masa tertentu.

31
New cards

Aloi

Campuran dua atau lebih unsur yang mana unsur yang utama ialah logam.

32
New cards

Bahan komposit

Bahan yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih bahan yang bukan homogen.