1/4
Looks like no tags are added yet.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai | Chat |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Peranan Usahawan
F : Mewujudkan peluang pekerjaan
H : Seorang usahawan yang menubuhkan perniagaan memerlukan tenaga kerja yang mewujudkan peluang pekerjaan
H : Dapat mengurangkan kadar penggaguran
F : Menjadi role model dalam masyarakat
H : Kejayaan usahawan memberi inspirasi kepada masyarakat, khususnya golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan
H : Memberi motivasi kepada usahawan baharu untuk berani mencuba, berdikari
F : Menggunakan sumber tempatan dengan cekap
H : Usahawan menukar sumber sedia ada kepada peluang ekonomi baharu melalui invasi
H : Sumber yang ada digunakan dengan cekap serta nilai terhadap sumber yang digunakan juga akan bertambah
F : Menjalankan tanggungjawab sosial
H : Usahawan memberikan pelbagai sumbangan kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat
H : Bantuan seperti biasiswa, derma kepada surau, menyediakan peluang pekerjaan OKU
F : Mempelbagaikan barangan di pasaran
H : Usahawan mencipta barang baharu dapat menambah dan mempelbagaikan barangan di pasaran
H : Membolehkan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan barang, persaingan menjadi lebih sihat
Teori Keushawanan
F : Pendekatan Ekonomi
H : Menekankan kekayaan dan keuntungan adalah dorongan utama seseorang menjadi usahawan
H : Menerima keuntungan kerana dilihat sebagai individu yang sanggup menanggung risiko
F : Pendekatan Psikologi
H : Mengkaji usahawan dari sudut personaliti atau karakter
H : Ciri ciri usahawan berbeza dengan bukan usahawan seperti keperluan pencapaian dan kesanggupan mengambil risiko
F : Pendekatan Sosiologi
H : Menganggap usahawan sebagai seorang opurtunis yang pandai mengambil peluang dan kesempatan daripada persekitaran
H : Faktor sosial seperti budaya, umur, agama, masyarakat dapat mempengaruhi seseorang untuk menjadi usahawan
Sifat Usahawan Berjaya
F : Mempunyai inisiatif yang tinggi
H : Merujuk keupayaan usahawan bertindak secara proaktif tanpa menunggu arahan
F : Berani mengambil risiko
H : Usahawan membuat sesuatu tindakan yang tidak pasti hasilnya iaitu sanggup menghadapi kemungkinan kerugian atau kegagalan
F : Kreatif
H : Usahawan berupaya menjana idea baharu, panjang akal, serta berupaya menghasilkan produk baharu
F : Inovatif
H : Merujuk kepada sifat usahawan yang ingin membuat pembaharuan atau penambahbaikan yang bernilai
F : Dinamik
H : Keupayaan usahawan untuk mengadaptasi, sentiasa bergerak aktif, fleksibel, progresif dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran perniagaan
F : Bijak merebut peluang
H : Merujuk kepada keupayaan usahawan melihat sesuatu masalah sebagai ruang untuk membuat penambahbaikan daripada kekurangan sedia ada
F : Berwawasan
H : Mempunyai pandangan jauh, menetapkan hala tuju yang jelas, menjangkakan apa yang ingin dicapai pada masa hadapan dan keupayaan untuk merancang masa depan perniagaan
F : Berkeyakinan tinggi
H : Usahawan percaya pada kebolehan mereka sendiri untuk menguruskan perniagaan walaupun mengahapi halangan
F : Cekal
H : Merujuk kepada keupayaan, ketabahan dan ketekunan untuk terus berusaha walaupun berdepan dengab pelbagai cabaran dan kegagalan
F : Beriltizam
H : Kesungguhan dan komitmen penuh seorang usahawan terhadap matlamat perniagaan yang ingin dicapai walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran
Tabii orang berjaya Stephen Covey
F : Bersikap proaktif
H : Seseorang menyedari bahawa dirinya bertanggungjawab terhadap kehidupan, tindakan dan keputusan yang dibuat
H : Individu mempunyai inisiatif dan tanggungjawab untuk menyebabkan sesuatu itu berlaku
F : Berorientasikan matlamat
H : Individu mesti memulakan sesuatu dengan menyasarkan minda kepada matlamat akhir
H : Fokus kepada pencapaian matlamat, mempunyai pemahaman jelas tentang hala tuju dan merancang untuk mencapai matlamat
F : Lakukan perkara utama dahulu
H : Merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memberi keutamaan kepada perkara atau objektif yang penting
H : Membezakan antara tugasan yang benar benar memberi kesan besar kepada pencapaian matlamat dengan tugas harian
F : Berfikiran menang menang
H : Satu rangka pemikiran yang menekankan faedah bersama dalam setiap interaksi antara manusia
H : Menekankan semangat bekerjasama, membina hubungan berasaskan kepercayaan, hormat- menghormati
F : Cuba memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami
H : Kepentingan mendengar dengan empati, iaitu kemampuan untuk benar benar memahami sebelum memberi maklum balas
H : Apabila seorang berasa difahami kepercayaan mereka akan terbina dan hubungan menjadi lebih kukuh
F : Bersinergi
H : Menghargai kepelbagaian idea, latar belakang, pengalaman dan kemahiran sebagai sumber kekuatan
H : Bersikap terbuka terhadap pandangan berbeza, memanfaatkan perbezaan, serta bekerjasama untuk mencapai penyelesaian inovatif
F : Tajamkan gergaji
H : Kepentingan memperbaharui diri secara berterusan dalam empat dimensi utama iaitu , JERI
H : Individu dapat mengekalkan motivasi, tenaga dan keupayaan untuk terus berkembang serta menghadapi cabaran dengan lebih berkesan
Pendekatan Dunia akhirat dan JERI
Aspek Dunia dan akhirat
H : Menekankan bahawa usaha mencari kejayaan dunia seperti pendidikan, kerjaya, dan perniagaan perlu selari dengan tuntutan akhirat
H : Kejayaan dunia memberi kemudahan hidup dan sumbangan kepada masyarakat, manakala kejayaan akhirat menjamin ketenangan jiwa serta ganjaran yang berkekalan
F : Aspek Jasmani
H : Merujuk kepada aspek fizikal, iaitu tubuh badan individu
H : Tubuh badan yang sihat membolehkan seseorang menjalankan tugas dengan lebih produktif dan berkesan
F : Aspek Emosi
H : Aspek dalaman yang melibatkan perasaan atau psikologi individu
H : Ia melibatkan keupayaan mengurus emosi, tekanan dan hubungan sosial dengan baik
F : Aspek Rohani
H : Merujuk kepada aspek dalaman yang berkaitan jiwa seorang individu
H : Ia memainkan peranan penting dalam membentuk nilai, akhlak dan tujuan hidup
F : Aspek intelek
H : Berkaitan keupayaan minda individu
H : Ia berkaitan dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir dan keupayaan membuat keputusan