1/7
Kad imbasan untuk tajuk Perkembangan Nasionalisme di Vietnam (Bab 2.4 Sejarah).
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai | Chat |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Apakah faktor yang mencetuskan perkembangan nasionalisme di Vietnam?
Perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis.
Siapakah yang mempelopori gerakan nasionalisme peringkat pertama di Vietnam?
Golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
Apakah perjuangan dan tuntutan utama gerakan nasionalisme peringkat pertama di Vietnam?
Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja, mengkritik penindasan Perancis, dan menuntut hak rakyat Vietnam.
Apakah corak dan dua ideologi utama gerakan nasionalisme peringkat kedua di Vietnam?
Bercorak revolusi dengan dua ideologi iaitu nasionalisme dan komunisme.
Apakah parti utama aliran nasionalisme pada peringkat kedua di Vietnam dan siapakah pimpinannya?
Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) pimpinan Nguyen Thai Hoc.
Apakah tiga teras utama perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)?
Demokrasi, nasionalisme, dan sosialisme.
Apakah tindakan yang dilancarkan oleh VNQDD pada tahun 1930 dan apakah tujuannya?
Melancarkan pemberontakan pada tahun 1930 untuk mengusir Perancis dan menubuhkan Kerajaan Republik Vietnam.
Apakah parti yang menerajui golongan komunis di Vietnam dan siapakah pimpinannya?
Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Hi Chi Minh.