1/3
SEMPURNAKAN TAJWIDMU
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai | Chat |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Apa maksud mad silah qasirah?
Memanjangkan sebutan suara pada huruf Ha Dhamir (kata ganti nama diri) yang terletak di antara dua huruf yang berbaris, dengan syarat huruf selepasnya bukan huruf Hamzah.

Berapakah kadar harakat bagi Mad Silah Qasirah dan bagaimana cara bacaannya?
2 harakat
وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُـفُوًا أَحَدٌ
Apakah syarat utama sebelum dan selepas huruf Ha Dhamir?
Huruf sebelum dan selepasnya mesti berbaris (bukan sukun dan mati).
Berdasarkan ayat 15 Surah Al-Insyiqaq (بَلَىٰ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرًا), nyatakan dua perkataan yang mengandungi hukum Mad Silah Qasirah.
Hukum Mad Silah Qasirah berlaku pada kalimah رَبَّهُۥ كَانَ kerana huruf Ha Dhamir yang berbaris hadapan dan ditandai dengan wau kecil ( ۥ ) berada di antara dua huruf yang berbaris hidup iaitu Ba ( بَ ) dan Kaf ( كَ ), manakala pada kalimah بِهِۦ بَصِيرًا pula ia berlaku kerana huruf Ha Dhamir yang berbaris bawah dan ditandai dengan ya kecil ( ۦ ) berada di antara dua huruf hidup iaitu Bi ( بِ ) dan Ba ( بَ ), di mana kedua-dua kedudukan ini tidak bertemu dengan huruf hamzah selepasnya dan wajib dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika bacaan disambung.