Bab 10: Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan

0.0(0)
Studied by 0 people
call kaiCall Kai
Locked
learnLearn
examPractice Test
spaced repetitionSpaced Repetition
heart puzzleMatch
flashcardsFlashcards
GameKnowt Play
Card Sorting

1/25

flashcard set

Earn XP

Description and Tags

Kad imbas istilah dan definisi bagi Bab 10 Sains Tingkatan 4: Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan.

Last updated 6:37 PM on 9/11/26
Name
Mastery
Learn
Test
Matching
Spaced
Call with Kai
Chat

No analytics yet

Send a link to your students to track their progress

26 Terms

1
New cards

Perubatan tradisional

Kaedah perubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bahan semula jadi yang diaplikasikan secara khusus mahupun gabungan bagi diagnosis dan merawat penyakit.

2
New cards

Perubatan moden

Campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan.

3
New cards

Perubatan komplementari

Rawatan tambahan yang dilakukan bersama dengan perubatan moden dalam merawat penyakit secara holistik merangkumi fizikal, mental dan emosi.

4
New cards

Lidah buaya (Aloe vera)

Lendiran daripada daunnya disapu pada kulit untuk mengurangkan kesakitan selaran matahari (sunburn) atau terkena benda panas.

5
New cards

Ginseng

Herba popular yang digunakan dalam perubatan tradisional kaum Cina untuk memelihara kesihatan badan.

6
New cards

Kuinina

Ubat tradisional yang diperoleh daripada kulit pokok Cinchona sp. untuk membuat ubat penyakit malaria.

7
New cards

Analgesik

Ubat moden yang berfungsi untuk melegakan kesakitan seperti aspirin, parasetamol dan kodeina.

8
New cards

Antibiotik

Ubat moden yang berfungsi untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria berjangkit seperti penisilin dan streptomisin.

9
New cards

Psikoteraputik

Ubat moden yang digunakan untuk merawat pesakit psikiatrik, dikelaskan kepada stimulan, antidepresan dan antipsikotik.

10
New cards

Stimulan

Jenis ubat psikoteraputik yang merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak, badan dan perasaan pesakit seperti amfetamina.

11
New cards

Antidepresan

Jenis ubat psikoteraputik yang berfungsi untuk mengawal keadaan kemurungan seperti imipramin dan amitriptilin.

12
New cards

Antipsikotik

Ubat penenang seperti trankuiliser, barbiturat, dozapin dan haloperidol.

13
New cards

Akupunktur

Rawatan komplementari yang memasukkan jarum steril ke dalam titik-titik tertentu pada kulit untuk merangsang sistem saraf bagi melegakan kesakitan.

14
New cards

Kiropraktik

Rawatan komplementari yang menggunakan kemahiran ahli kiropraktor untuk membetulkan semula kedudukan tulang menggunakan tangan.

15
New cards

Urutan tradisional

Kaedah memanipulasi tisu lembut badan menggunakan tangan, jari dan penumbuk untuk melegakan keresahan, kesakitan, keletihan dan ketegangan otot.

16
New cards

Homeopati

Rawatan komplementari dengan memberikan ubat yang sesuai berdasarkan gejala pesakit untuk menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit.

17
New cards

Terapi herba

Rawatan komplementari yang menggunakan tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang memiliki khasiat untuk mengubati penyakit.

18
New cards

Kesan sampingan

Kesan yang tidak diingini daripada penggunaan ubat-ubatan.

19
New cards

Radikal bebas

Atom atau molekul yang kekurangan satu elektron yang menjadikan atom atau molekul tersebut tidak stabil, reaktif dan cenderung untuk menyerang atom atau molekul lain.

20
New cards

Faktor dalaman pembentukan radikal bebas

Proses dalaman badan seperti metabolisme (di dalam mitokondria) dan keradangan (melibatkan sel darah putih) yang menghasilkan radikal bebas dan boleh menyebabkan kerosakan DNA.

21
New cards

Faktor luaran pembentukan radikal bebas

Faktor persekitaran seperti asap rokok, sisa toksik, pencemaran udara, sinaran mengion dan sinar ultraungu yang menghasilkan radikal bebas.

22
New cards

Bahan antioksidan

Sebatian kimia yang diperlukan oleh badan kita untuk melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan.

23
New cards

Beta karotena

Bahan antioksidan yang biasanya ditemui dalam makanan berwarna merah, kuning atau jingga seperti lobak merah, mangga dan ubi keledek.

24
New cards

Lutein

Bahan antioksidan yang dikaitkan dengan mata yang sihat, terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan brokoli.

25
New cards

Likopena

Bahan antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan seperti betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang dan oren.

26
New cards

Bahan aktif

Komponen tertentu di dalam sesuatu produk kesihatan yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit.