1/22
Asal penubuhan, pengasas, keluasan k'jaan, bil khalifah, khalifah yang terkenal, khalifah terawal/terakhir dan pusat pemerintahan boleh digunakan untuk sejarah ringkas
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced |
|---|
No study sessions yet.
Asal penumbuhan
Bersempena nama bapa saudara Rasulullah SAW iaitu al-Abbas bin Abdul Mutalib.
Pengasas kerajaan Abbasiyah
Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Saffah
Tempoh pemerintahan kerajaan Abbasiyah
Selama 524 tahun (132H - 656H)
Keluasan kerajaan Abbasiyah
Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah.
Bilangan khalifah kerajaan Abbasiyah
37 orang khalifah
Khalifah Abbasiyah yang terkenal
Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Saffah
Abu Jaffar Abdullah Muhammad bin Ali al-Mansur
Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi bin al-Mansur al-Abasy
Al-Makmun bin Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi
Khalifah terawal kerajaan Abbasiyah
Abu al-Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Saffah
Khalifah terakhir
Abu Ismail Muhammad al-Muktasim bin Harun al-Rasyid
Pusat pemerintahan kerajaan Abbasiyah
Baghdad, Iraq
Sumbangan tokoh kerajaan Abbasiyah Abu al-Abbas
-Mengasaskan kerajaan Abbasiyah.
-Mengembalikan keamanan dengan mematahkan serangana luar dari Byzantin dan Parsi.
-Menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan pemberontakan daripada golongan Khawarij dan Syiah.
Sumbangan tokoh kerajaan Abbasiyah Abu Jaafar
-Memindahkan pusat pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad.
-Menaik taraf sistem cukai.
-Membina sistem pengairan dan saliran.
-Membina hospital di Baghdad.
Sumbangan tokoh kerajaan Abbasiyah Harun al-Rasyid
-Memperkemas sistem percukaian Islam berpandukan kitab al-Kharaj.
-Mewujudkan jawatan ketua hakim negara. (Qadi al-Qudah)
-Membina Baitul Hikmah. (Perpustakaan Negara)
-Menjadikan Baghdad sebagai pusat tumpuan perdagangan, keilmuan dan kebudayaan.
-Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian.
Sumbangan tokoh kerajaan Abbasiyah Abu Jaafar Abdullah al-Makmun
-Mempergiat usaha penterjemahan karya daripada bahasa Yunani dan Rom ke bahasa Arab.
-Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara.
-Membina balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu.
-Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.
Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah dari aspek Agama
-Galakan khalifah yang memberikan peruntukan khas melalui Baitul Mal untuk para ulama menjalankan aktiviti dakwah.
-Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai ilmu seperti ilmu bahasa, sains, kejuruteraan dan perubata berjaya memartabatkan tamadun Islam.
-Peranan institusi pendidikan seperti pusat pengajian ilmu Islam dan penyebaran dakwah.
Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah dari aspek Politik
-Kebijaksanaan khalifah Abu Jaafar al-Mansur menjadikan Baghdad sebagai pusat pentadbiran negara.
-Pemberontakan dan perbalahan daripada golongan syiah di Baghdad dan golongan utara dan selatan Syria dihapuskan.
-Kestabilan politik Abbasiyah mendorong khalifah memajukan negara.
Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah dari aspek Sosial
-Layanan yang adil dari khalifah dengan menghapuskan penindasan dan perhambaan.
-Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat.
-Orang bukan Islam khususnya orang Parsi diberikan peluang untuk memegang jawatan utama dalam pentadbiran seperti jawatan Perdana Menteri.
Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah dari aspek ketenteraan
-Strategi peperangan yang mantap seperti strategi al-Karadis telah berjaya mengalahkan serangan musuh.
-Inovasi peralatan peperangan yang moden dan canggih seperti manjanik, dabbabah dan barud.
-Keperihatinan pemimpin menjaga kebajikan tentera diutamakan melalui pemberian gaji dan bonus.
-Dasar keterbukaan keanggotaan tentera kepada orang bukan Arab seperti Parsi dan Turki berjaya mengukuhkan kekuatan pasukan.
Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiyah dari aspek Pendidikan
-Aktiviti penterjemahan bahasa asing ke bahasa Arab menggalakkan penguasaan dan kemahiran pelbagai disiplin ilmu.
-Perkembangan pelbagai bidang ilmu berjaya melahirkan pelbagai sarjana dan ilmuan Islam seperti Ibnu-Sinar, al-Idris dan al-Hayyan.
-Galakkan Khalifah seperti al-Makmun dengan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.
-Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid, istana Khalifah, perpustakaan dan pusat pengajian yang berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu.
Faktor kemerosotan kerajaan Abbasiyah dari aspek Politik
-Campur tangan pegawai berbangsa Parsi dan Turki dalam pemerintahan.
-Perebutan kuasa antara khalifah seperti al-Muntashir dan al-Mu’taz menyebabkan institusi khalifah menjadi semakin lemah.
-Perpecahan beberapa wilayah sehingga memberi peluang kepada pembentukan kerajaan kecil seperti Saljuk dan Buwaih.
Faktor kemerosotan kerajaan Abbasiyah dari aspek Sosial
-Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran khalifah.
-Pemberontakan dalam kalangan puak Syiah dan Khawarij sehingga mengganggu ketenteraman awam.
Faktor kemerosotan kerajaan Abbasiyah dari aspek Ekonomi
-Dana Baitul Mal merosot disebabkan pedagang luar tidak datang ke Baghdad akibat rusuhan dan pemberontakan sering berlaku.
-Sektor pertanian merosot kerana sistem perairan tidak dapat dibaiki ekoran masalah kewangan.
Faktor kemerosotan kerajaan Abbasiyah dari aspek Ketenteraan
-Pertahan ketenteraan yang lemah memudahkan serangan daripada pihak musuh seperti orang Georgia dan Armenia.
-Serangan daripada tentera Mongol (Halagu Khan) telah meruntuhkan kekuatan kerajaan Abbasiyah.
Iktibar yang boleh diambil daripada pemerintahan kerajaan Abbasiyah
Memilih pemimpin yang berwibawa untuk menerajui kepimpinan; supaya urusan pentadbiran berjalan dengan lancar.
-memperbanyak penerokaan ilmu agar kegemilangan tamadun Islam terus terjamin.
-Memiliki perasaan cinta akan negara dengan meningkatkan amalan patriotism dalam diri.