1/85
Koleksi istilah bagi subjek Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5 yang merangkumi bidang Al-Quran, Hadis, Akidah, Feqah, dan Akhlak Islamiah.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai | Chat |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Rasuah
Sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan.
Sunnatullah
Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang ketetapan tersebut.
Dakwah
Menyeru supaya melakukan perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.
Fiqh aulawiyyat
Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak.
Syirik jali
Menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan.
Syirik khafi
Melakukan sesuatu amalan bukan bertujuan kerana Allah SWT.
Sihir
Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin.
Riba
Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang piutang.
Qazaf (Al-Quran & Hadis)
Menuduh wanita Islam yang baik melakukan perzinaan tanpa membawa saksi.
Berdikari
Berusaha sendiri sehingga tidak bergantung pada bantuan orang lain.
Al-Muntaqim
Allah SWT Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.
Al-Jabbar
Allah SWT Maha Berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehendakNya.
Ajaran sesat
Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Ar-Raqib
Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk.
As-Syahid
Allah SWT Maha Menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripadaNya.
Ahli Sunnah Waljamaah
Golongan yang memahami dan berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah menerusi para sahabat dan tabi’in serta tabi’ tabi’in dalam prinsip akidah, syariat dan akhlak.
Syiah
Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib RA dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah SAW dan berkeyakinan bahawa hanya ahli Al-Bait sahaja yang lebih layak memegang jawatan khalifah.
Khawarij
Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abu Talib RA yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan majlis tahkim.
Muktazilah
Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin A’tho setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau dengan guru beliau Hasan Al-Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar.
Haji
Mengunjungi Baitullah Al-Haram pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.
Umrah
Mengunjungi Baitullah Al-Haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.
Haji Ifrad
Mengerjakan haji dahulu, kemudian mengerjakan umrah pada tahun yang sama.
Haji Tamattu’
Mengerjakan haji dalam bulan haji, kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama.
Haji Qiran
Berniat mengerjakan haji dan umrah secara serentak.
Wukuf
Berada di Arafah walaupun seketika bermula dari masuk waktu Zohor 9 Zulhijah hingga sebelum masuk waktu Subuh pada 10 Zulhijah.
Tawaf
Mengelilingi Kaabah 7 pusingan bermula di penjuru Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syarat tertentu.
Saie
Berjalan ulang-alik sebanyak 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah menurut syarat-syarat tertentu.
Sembelihan
Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih.
Korban
Menyembelih binatang ternakan (Al-An’am) pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari Tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Akikah
Binatang ternakan yang disembelih sempena kelahiran bayi.
Muamalat Islam
Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli, sewaan dan sebagainya.
Jual beli
Suatu akad pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan penjual dan pembeli.
Sewaan
Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa dengan pembayaran tertentu.
Hibah
Memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup.
Qardh
Memberikan hutang wang kepada orang lain tanpa sebarang imbuhan (faedah) dan perlu membayar kembali dengan jumlah yang sama.
Wakaf
Mewakafkan harta yang dapat diambil manfaatnya serta kekal fizikalnya untuk penggunaannya yang baik.
Wadiah
Memberikan sesuatu barang kepada orang lain agar dapat disimpan dan dipelihara seperti yang sepatutnya.
Musyarakah
Akad yang menetapkan sesuatu harta atau perniagaan yang dikongsi bersama oleh dua atau lebih.
Mudharabah
Akad yang dilakukan oleh pemodal dengan menyerahkan modalnya kepada pengusaha agar dapat diniagakan dan keuntungan dibahagikan antara mereka.
Wakalah
Mewakilkan pekerjaan tertentu yang boleh dikerjakan kepada orang lain.
Kafalah
Jaminan yang diberikan oleh penjamin kepada orang yang dijamin atas sesuatu transaksi.
Rahnu
Menggadaikan sesuatu barang sebagai jaminan terhadap hutang.
Solat dhuha
Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari.
Solat gerhana
Solat sunat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan dengan cara-cara yang tertentu.
Solat sunat istikharah
Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam menentukan pilihan bagi sesuatu perkara.
Solat sunat tasbih
Solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali pada keseluruhan solat.
Perkahwinan
Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan menurut hukum syarak.
Wali
Orang yang mempunyai kelayakan untuk menikahkan pengantin perempuan.
Merisik
Proses sebelum meminang untuk mengenal pasti status bakal isteri.
Meminang
Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri menurut uruf setempat.
Mahar
Pemberian yang bernilai atau berfaedah wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah.
Talak
Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kias.
Fasakh
Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu.
Khuluk
Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami.
Lian
Lafaz sumpah suami apabila menuduh isterinya berzina tanpa ada empat orang saksi atau menafikan nasab.
Iddah
Tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau selepas kematian suami.
Rujuk
Hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang diceraikannya dalam tempoh iddah.
Nusyuz
Keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah.
Poligami
Amalan beristeri lebih daripada seorang pada satu masa.
Hadhanah
Penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.
Anak angkat
Anak orang lain yang dipelihara seperti anggota keluarga sendiri tetapi tidak mempunyai hak seperti anak kandung yang ditetapkan oleh syarak.
Wasiat
Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak.
Faraid
Pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia kepada anggota warisnya menurut hukum syarak.
Jenayah menurut Islam
Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan hukumannya dalam Al-Quran, As-Sunnah dan sebahagiannya daripada mahkamah.
Hudud
Hukuman keseksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuknya dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Qisas
Hukuman keseksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuk hukumannya secara balasan yang sama seperti dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Takzir
Hukuman keseksaan yang tidak ditetapkan jenis dan bentuk dalam al-Quran dan as-Sunnah, sebaliknya diputuskan oleh mahkamah.
Qazaf (Jenayah)
Tuduhan zina atau penafian nasab terhadap orang yang baik akhlaknya.
Zina
Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Diyyat (Pampasan)
Jumlah bayaran berdasarkan persetujuan bersama atau ditetapkan oleh mahkamah.
Bersikap benar
Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan.
Khauf
Takut kepada azab Allah SWT dengan menjauhi segala laranganNya.
Raja’
Mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahNya.
Orang kurang upaya
Seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara efektif dalam masyarakat dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera sejak lahir atau selepasnya.
Wasatiyah
Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap tindakan.
Kesederhanaan
Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan mematuhi syarat.
Keseimbangan
Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam semua keadaan.
Keadilan
Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa dan tempat.
Kecemerlangan
Pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berkeyakinan teguh pada Allah SWT.
Tawaduk
Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia.
Istiqamah
Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya.
Alam sekitar
Segala benda hidup dan bukan hidup yang terdapat di sekeliling manusia.
Sifat mazmumah
Sifat dan tingkah laku keji yang berlawanan dengan syarak.
Riak
Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain.
Ujub
Berasa bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
Hasad
Perasaan dengki melihat kelebihan yang ada pada seseorang dan berharap supaya kelebihan tersebut hilang daripadanya.