1/35
Flashcards perbendaharaan kata merangkumi Tafsir, Hadith, Tauhid, Fiqh, dan Sirah dalam sukatan IRK Year 7 (2026).
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai | Chat |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Ar-Rahman
Sifat Allah yang bererti Maha Pemurah.
Ar-Rahim
Sifat Allah yang bererti Maha Penyayang.
Rabbi
Sifat Allah yang bererti pencipta, pemelihara, pelindung dan pendidik bagi segala ciptaan-Nya.
Jalan Lurus
Orang-orang yang diberikan ni'mat iaitu mereka yang mengikut perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Surah Al-Ikhlas
Surah ke-112 yang diturunkan di Makkah selepas surah al-Masad.
Musyrik
Orang yang melakukan perkara syirik (menyekutukan Allah).
Kafir
Orang yang melakukan kekufuran terhadap ajaran Allah.
Wahdaniyah
Sifat Allah yang bermaksud Tunggal atau Esa.
Mughalafatuhu lil hawadith
Sifat Allah yang bererti Tiada persamaan Allah dengan segala yang baru (makhluk).
Silaturrahim
Menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang dengan setiap insan.
Dipanjangkan umur
Mendapat keberkatan dengan cara beribadat kepada Allah dan dipandang mulia serta dikasihi oleh masyarakat.
Ilmu Fardhu Ain
Ilmu yang wajib dikerjakan oleh setiap diri orang Islam yang baligh dan berakal seperti mempelajari rukun Iman dan rukun Islam.
Ilmu Fardhu Kifayah
Ilmu yang wajib dikerjakan oleh semua orang Islam, tetapi tuntutan kewajipan terlepas jika sebahagian telah melaksanakannya.
Ilmu Usuluddin
Nama lain Ilmu Tauhid kerana ia menghuraikan perkara asas dalam agama iaitu keimanan kepada Allah Ta'ala.
Ilmu Kalam
Nama lain Ilmu Tauhid kerana mengandungi pelbagai pendapat tentang Kalamullah.
Ilmu Ma'rifat
Nama lain Ilmu Tauhid kerana menghuraikan sifat-sifat Allah Ta'ala.
Wujud
Sifat wajib bagi Allah yang bererti Ada.
Qidam
Sifat wajib bagi Allah yang bererti Sedia ada.
Baqa'
Sifat wajib bagi Allah yang bererti Kekal atau abadi.
Qudrat
Sifat wajib bagi Allah yang bererti Berkuasa secara penuh dan mutlak.
Iradat
Sifat wajib bagi Allah yang bererti Berkehendak atau mempunyai kemahuan sendiri tanpa halangan.
Bersuci
Suci daripada hadas kecil, hadas besar, dan najis pada diri serta tempat.
Air Mutlak
Air yang turun dari langit atau keluar dari bumi dalam keadaan asal kejadian (seperti air hujan, laut, dan perigi) yang suci dan menyucikan.
Air Musyammas
Air yang terjemur di bawah matahari dalam bekas berkarat di negeri berhawa panas; hukumnya suci tapi makruh digunakan.
Air Musta'mal
Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas yang jumlahnya kurang daripada 2 kolah (225liter).
Air Mutanajjis
Air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah sifatnya atau tidak berubah tetapi jumlahnya kurang daripada 2 kolah.
Najis Mughallazah
Najis berat iaitu anjing dan babi serta keturunannya.
Najis Mutawassitah
Najis pertengahan seperti darah dan bangkai binatang selain daripada najis berat dan ringan.
Najis Mukhaffafah
Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berusia 2 tahun dan hanya menyusu ibunya.
Samak
Proses membersihkan kulit binatang (kecuali anjing dan babi) menggunakan bahan peluntur seperti tawas.
Istinja
Membersihkan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau besar menggunakan air atau benda kesat.
Al-Amin
Gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam kerana sifat baginda yang amanah.
Gua Hira
Tempat Nabi Muhammad mengasingkan diri dan menerima wahyu pertama, terletak di Jabal Nur.
Wahyu Pertama
Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 yang disampaikan melalui Malaikat Jibril ketika Nabi berusia 40 tahun.
Da'wah Secara Sulit
Peringkat awal dakwah Nabi kepada keluarga dan sahabat terdekat yang berterusan selama 3 tahun.
Rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam
Tempat yang dijadikan pusat pengajian dan penyebaran agama Islam pada peringkat awal dakwah secara sulit.