TOPIK 1: PENGENALAN PENGHAYATAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA

0.0(0)
Studied by 0 people
call kaiCall Kai
learnLearn
examPractice Test
spaced repetitionSpaced Repetition
heart puzzleMatch
flashcardsFlashcards
GameKnowt Play
Card Sorting

1/23

flashcard set

Earn XP

Description and Tags

Flashcard ini merangkumi definisi istilah-istilah penting, sejarah peradaban, nilai-nilai etika, dan perbezaan antara etika dan akhlak dalam acuan Malaysia.

Last updated 8:32 AM on 4/30/26
Name
Mastery
Learn
Test
Matching
Spaced
Call with Kai

No analytics yet

Send a link to your students to track their progress

24 Terms

1
New cards

Etika (Bahasa)

Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.

2
New cards

Etika (Sosiologi)

Satu standard menyeluruh mengenai benar atau salah yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik.

3
New cards

Etos (Bahasa)

Sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan lain-lain.

4
New cards

Etos (Sosiologi)

Usaha membangunkan bangsa berdasarkan latar individu, keluarga dan komuniti berbagai serta berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa.

5
New cards

Etiket

Adat dan peraturan bukan kesopanan terutamanya dalam kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu.

6
New cards

Ethos

Perkataan Greek yang bermaksud perangai, keperibadian (character) atau adat (custom).

7
New cards

Akhlak

Sistem atau tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak.

8
New cards

Adab

Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, serta kesopanan.

9
New cards

Adat Resam

Cara atau peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat yang merangkumi adat kebiasaan, pembawaan, sifat dan tabiat.

10
New cards

Adat Istiadat

Peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan (istiadat) yang mengatur segala upacara dan kegiatan suci untuk menerima penghormatan awam serta menonjolkan kebesaran raja.

11
New cards

Prakolonial

Zaman tradisional sebelum kedatangan penjajah di mana adab, adat istiadat, dan adat resam telah lama diamalkan.

12
New cards

Kolonial

Zaman moden di mana etika moden diperkenalkan bersama sistem pemerintahan moden oleh penjajah.

13
New cards

Pascakolonial

Zaman gabungan di mana adab, adat, dan etika terintegrasi dalam suatu sistem moden seperti sistem raja berlembagaan.

14
New cards

Civitas

Istilah peradaban dalam bahasa Latin.

15
New cards

Kulture

Istilah peradaban dalam bahasa Jerman.

16
New cards

Madaniah, Hadarah & Tamaddana

Istilah-istilah peradaban dalam bahasa Arab.

17
New cards

Integriti (Individu)

Keselarasan antara apa yang dikatakan dengan apa dilakukan, bertindak menurut prinsip moral, etika dan undang-undang, serta mengutamakan kepentingan umum.

18
New cards

Integriti (Organisasi)

Penghayatan integriti perkhidmatan yang terjelma dalam bentuk perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan, proses kerja dan pematuhan amalan terbaik.

19
New cards

Baldatun Toyyibatun Rabbun Ghafur

Konsep negara yang unggul, makmur dan mendapat keampunan Tuhan yang mampu menjamin kesejahteraan rakyat.

20
New cards

Dimensi Etika Mengambil Berat

Salah satu dimensi yang harus diterapkan dalam institusi pendidikan menurut Starrat (1994) yang menekankan perhatian terhadap pelajar.

21
New cards

Dimensi Etika Keadilan

Dimensi pendidikan menurut Starrat (1994) mengenai pemberian layanan yang adil kepada pelajar.

22
New cards

Dimensi Etika Kritikan

Dimensi pendidikan menurut Starrat (1994) yang digunakan apabila berhadapan dengan konflik bersama pelajar.

23
New cards

Thali

Lambang perkahwinan dalam masyarakat India yang melibatkan upacara pengikatan.

24
New cards

Isbat

Kesan positif atau negatif kepada pelaku dalam pengamalan adat resam.