Malay Oral Questions (Topik: Pencemaran)

0.0(0)
Studied by 0 people
call kaiCall Kai
learnLearn
examPractice Test
spaced repetitionSpaced Repetition
heart puzzleMatch
flashcardsFlashcards
GameKnowt Play
Card Sorting

1/5

encourage image

There's no tags or description

Looks like no tags are added yet.

6 Terms

1
New cards

Mengapakah amalan kitar semula masih sukar dijadikan budaya dalam masyarakat kita?

Amalan kitar semula masih sukar dijadikan budaya kerana ramai orang kurang kesedaran dan lebih memilih cara yang mudah. Contohnya, walaupun penggunaan beg plastik telah dikurangkan, masih ada masyarakat yang tidak membawa beg sendiri dan terus menggunakan plastik kerana penggunaannya sudah menjadi kebiasaan masyarakat sejak dahulu.

2
New cards

Sejauh manakah larangan penggunaan beg plastik di pasar raya berkesan dalam mendidik masyarakat tentang alam sekitar?

Larangan penggunaan beg plastik di pasar raya agak berkesan kerana masyarakat digalakkan membawa beg sendiri. Hal ini dapat mendidik mereka untuk mengurangkan penggunaan plastik dan lebih menjaga alam sekitar. Contohnya, jika mereka tidak membawa beg sendiri, mereka perlu membayar untuk membeli beg plastik. Oleh itu, mereka akan lebih terdorong untuk membawa beg guna semula pada masa hadapan.

3
New cards

Seperti yang anda tahu, lautan kita kini dipenuhi dengan mikroplastik. Apakah kesan jangka panjang fenomena ini terhadap rantaian makanan manusia? NEW


Mikroplastik boleh dimakan oleh hidupan laut seperti ikan dan akhirnya masuk ke dalam rantaian makanan manusia. Contohnya, apabila manusia memakan makanan laut yang tercemar, mikroplastik juga boleh masuk ke dalam badan kita. Dalam jangka panjang, keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan manusia serta mengganggu keseimbangan ekosistem laut. Oleh itu, masalah ini perlu ditangani sebelum menjadi lebih serius.

4
New cards

Bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia dapat mengatasi masalah ini bersama?


Kita sebagai rakyat Malaysia dapat mengatasi masalah ini bersama dengan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Pihak sekolah boleh mendidik pelajar sejak kecil melalui aktiviti dan program alam sekitar, manakala kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran dan menyediakan lebih banyak kemudahan kitar semula. Dengan kerjasama semua pihak, masalah ini dapat dikurangkan.

5
New cards

Sejauh manakah kepupusan flora dan fauna (seperti Harimau Malaya atau Orang Utan) berpunca daripada pembalakan yang tidak terkawal? NEW


Pembalakan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca kepupusan flora dan fauna kerana habitat haiwan dimusnahkan. Contohnya, Harimau Malaya dan Orang Utan kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan apabila hutan ditebang. Selain itu, mereka juga sukar untuk membiak dan mencari kawasan perlindungan yang selamat. Jika masalah ini berterusan, populasi haiwan tersebut akan semakin berkurangan dan akhirnya boleh pupus.

6
New cards

Bagaimana pihak kerajaan dapat memastikan isu pembalakan ini dapat ditangani? 

 Pihak kerajaan boleh menangani isu pembalakan dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pembalakan haram. Kerajaan juga perlu memantau kawasan hutan dengan lebih kerap dan menjalankan aktiviti penanaman semula pokok. Dengan cara ini, hutan dapat dilindungi dan masalah pembalakan dapat dikurangkan.