1/30
Kad imbasan kosa kata dan istilah penting untuk tajuk Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Kerajaan Alam Melayu.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai | Chat |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Kurung Bnam
Gelaran raja Funan yang bermaksud raja gunung.
Rajadhiraja
Gelaran raja yang digunakan di kerajaan Funan (melambangkan raja segala raja) dan kerajaan Champa.
Cakravatin
Gelaran raja Funan yang bermaksud pemerintah alam sejagat.
Raja Kecil
Gelaran bagi putera-putera raja yang dilantik sebagai ketua di tujuh buah wilayah kerajaan Funan.

Inskripsi
Kata, ungkapan, atau lambang yang ditulis atau diukir pada permukaan sesuatu objek.
Bodhisattva
Peranan raja Srivijaya yang merujuk kepada peranan raja sebagai Buddha di bumi dan mempunyai unsur kesaktian.
Yuvaraja
Gelaran bagi Putera Mahkota yang membantu raja dalam pentadbiran pusat kerajaan Srivijaya.
Pratiyuvaraja
Gelaran bagi Raja Muda dalam sistem pentadbiran pusat kerajaan Srivijaya.
Rajakumara
Salah seorang ahli keluarga diraja yang turut membantu raja dalam pentadbiran pusat kerajaan Srivijaya.
Kedatuan
Pentadbiran wilayah dalam kerajaan Srivijaya yang ditadbir oleh Datu berketurunan raja.
Pradatuan
Pentadbiran wilayah dalam kerajaan Srivijaya yang ditadbir oleh Datu bukan berketurunan raja.
Dewaraja
Gelaran raja-raja Angkor yang mengaitkan raja sebagai dewa.
Sapta Prabu
Majlis Penasihat Diraja dalam kerajaan Majapahit yang terdiri daripada kerabat diraja.

Struktur Sosial Masyarakat Alam Melayu
Susunan masyarakat yang terbahagi kepada dua golongan utama, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Golongan diperintah
2 marks:
Baray
Kolam yang dibina oleh pemerintah Angkor untuk menyimpan air bagi kegunaan pengairan padi sawah.
Daik
Benteng atau tembok panjang yang dibuat daripada tanah untuk menahan air dan mencegah banjir.

Padi Teres
Padi yang ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan membina teres atau relung.
Ketua Air
Jawatan di setiap kampung kerajaan Champa yang bertanggungjawab menyelenggarakan terusan dan daik.
Bunga Cengkih
Tanaman rempah-ratus utama yang ditanam di Kepulauan Maluku sebagai barangan dagangan.
Buah Pala
Tanaman rempah-ratus yang ditanam di Pulau Banda sebagai barangan dagangan.
Lada Hitam
Tanaman rempah-ratus yang ditanam di Sumatera dan Jawa sebagai barangan dagangan.

Rempah-Ratus Alam Melayu
Barangan dagangan utama dari bahagian kepulauan Alam Melayu yang terdiri daripada bunga cengkih, buah pala dan lada hitam.
Tuhan Vatakvurah
Jawatan di pelabuhan Kerajaan Srivijaya yang berperanan sebagai penyelia kegiatan perdagangan dan perkapalan.
Pelabuhan Oc Eo
Pelabuhan kerajaan Funan yang mendagangkan damar, kapur barus, kayu cendana dan gaharu.
Pelabuhan Champa
Pelabuhan Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti yang mendagangkan beras, emas, perak, gading gajah dan gaharu.
Pelabuhan Palembang
Pelabuhan utama kerajaan Srivijaya yang terletak di Sungai Musi.
Pelabuhan Yasodharapura
Pelabuhan kerajaan Angkor yang mendagangkan gaharu, buah pelaga, lilin lebah, minyak sayuran, damar dan gading gajah.
Pelabuhan Majapahit
Pelabuhan Tuban, Sidayu, Gresik dan Surabaya.
Pelabuhan Kedah Tua
Pelabuhan Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.
Pelabuhan Gangga Nagara
Pelabuhan Pangkalan, Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.