ISC101 BAB 1: PENGENALAN ILMU AKHLAK

0.0(0)
Studied by 0 people
call kaiCall Kai
learnLearn
examPractice Test
spaced repetitionSpaced Repetition
heart puzzleMatch
flashcardsFlashcards
GameKnowt Play
Card Sorting

1/19

flashcard set

Earn XP

Description and Tags

Koleksi kad imbasan yang merangkumi definisi, asas, skop dan kategori akhlak (Mahmudah & Mazmumah) berdasarkan nota kursus ISC101.

20 Terms

1
New cards

Apakah maksud akhlak dari segi bahasa?

Berasal dari perkataan "khuluq" yang membawa maksud perangai atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama.

2
New cards

Dalam perumpamaan Islam sebagai pokok, apakah yang diwakili oleh 'akar tunjang'?

Aqidah yang dipelajari melalui Ilmu Tauhid.

3
New cards

Dalam perumpamaan Islam sebagai pokok, apakah yang diwakili oleh 'ranting & dahan'?

Syariat (Amali) yang dipelajari melalui Ilmu Feqah.

4
New cards

Dalam perumpamaan Islam sebagai pokok, apakah yang diwakili oleh 'buah'?

Akhlak yang dipelajari melalui Ilmu Tasawuf.

5
New cards

Apakah definisi akhlak menurut Imam al-Ghazali?

Suatu keadaan yang tetap dalam jiwa manusia di mana dapat melahirkan perlakuan dengan senang dan mudah tanpa berhajat kepada pemikiran dan pengamatan terlebih dahulu.

6
New cards

Bagaimankah Ibnu Miskawayh mendefinisikan akhlak?

Keadaan jiwa seseorang yang mendorongnya untuk melakukan perbuatan tanpa melalui pertimbangan fikiran (terlebih dahulu).

7
New cards

Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak menurut Kamus Dewan?

Budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat.

8
New cards

Nyatakan empat asas Akhlak Islam.

Iman, Islam, Ihsan, dan Taqwa.

9
New cards

Apakah tiga skop utama Akhlak Islam?

Akhlak terhadap Allah, Akhlak terhadap Manusia, dan Akhlak terhadap Alam.

10
New cards

Apakah contoh Akhlak terhadap Manusia dalam aspek keluarga?

Hormat menghormati, anak berbuat baik pada ibu bapa, dan saling menyayangi antara adik beradik.

11
New cards

Apakah maksud Akhlak Mahmudah?

Akhlak yang baik atau terpuji dan mulia yang lahir dari hati yang sihat, serta manifestasi jiwa yang dibajai dengan amal ibadat.

12
New cards

Apakah maksud Akhlak Mazmumah?

Akhlak yang keji dan patut dijauhi yang lahir dari hati yang kotor dan jauh dari Allah.

13
New cards

Apakah dua piawai pengukur kebaikan dan keburukan akhlak menurut Imam al-Ghazali?

Akal dan Syarak.

14
New cards

Jelaskan perbezaan antara Aspek Ilahi dan Aspek Kemanusiaan dalam sistem akhlak.

Aspek Ilahi adalah perlakuan wajib mengikut wahyu demi keredhaan Allah (contoh: solat), manakala Aspek Kemanusiaan adalah sistem umum yang tidak ditentukan secara terperinci oleh wahyu (contoh: urusan politik).

15
New cards

Apakah maksud sifat 'Ujub dalam maksiat hati?

Melihat ibadah dan amal kebaikan yang dilakukan adalah hasil daripada dirinya sendiri dan lupa bahawa ia adalah kurniaan Allah.

16
New cards

Apakah dua jenis sifat Takabbur?

Pertama membabitkan menolak kebenaran daripada orang yang mengucapkannya, dan kedua memandang hina kepada manusia.

17
New cards

Nyatakan maksud sifat Hasad.

Membenci nikmat yang dikecapi oleh seseorang muslim dan berasa berat terhadap nikmat tersebut bagi dirinya.

18
New cards

Berikan contoh maksiat anggota lidah.

Mengumpat, mengadu domba, melakukan dakwaan palsu, berdusta, menghina muslim, berfatwa tanpa ilmu, dan ucapan menghina agama.

19
New cards

Apakah contoh maksiat anggota perut?

Makan riba, makan hasil cukai/rampasan/curi, minum arak, dan makan harta anak yatim.

20
New cards

Apakah yang dimaksudkan dengan Muraqabah kepada Allah?

Sentiasa menghadirkan perasaan takut kepada Allah Ta’ala dalam hati sehingga mendorong untuk menunaikan kewajipan dan meninggalkan yang haram.