1/11
Flashcard mengenai pengertian dan contoh jenis akad dalam muamalat Islam (Wakalah, Musyarakah, Mudharabah, Kafalah, Ar-Rahnu, Pertukaran, Jual Beli, Sewa, Hibah, Qardhu, Wadi'ah, Waqaf).
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Maksud Wakalah (Agen)?
Mewakilkan pekerjaan tertentu kepada orang lain. Contoh: A mewakilkan B untuk menjual tanah miliknya dan B akan dibayar imbuhan mengikut persetujuan.
Maksud Musyarakah?
Akad perkongsian untuk menubuhkan syarikat/ perniagaan (kerjasama antara dua pihak atau lebih). Contoh: perkongsian perniagaan.
Maksud Mudharabah?
Akad antara pemodal (modal) dengan pengusaha untuk menjalankan perniagaan dan keuntungan dibahagi mengikut persetujuan. Contoh: pemodal RM10,000 kepada pengusaha; pembahagian keuntungan 60% untuk pengusaha dan 40% untuk pemodal.
Maksud Kafalah (Jaminan)?
Jaminan yang diberikan oleh penjamin kepada orang yang dijamin atas sesuatu transaksi. Contoh: A menjadi penjamin kepada B untuk pinjaman di bank.
Maksud Ar-Rahnu?
Menggadaikan sesuatu barang sebagai jaminan terhadap hutang. Contoh: A menggadaikan barang kemasnya di bank untuk mendapatkan pinjaman.
Maksud Pertukaran?
Akad pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan penjual dan pembeli. Contoh: membeli buku di koperasi sekolah.
Maksud Jual Beli?
Transaksi pertukaran barang dengan bayaran antara penjual dan pembeli.
Maksud Sewa?
Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa dengan bayaran tertentu. Contoh: A menyewa kereta B selama sebulan.
Maksud Hibah?
Memberikan sesuatu secara percuma kepada orang lain dengan rela hati pemberi ketika masih hidup. Contoh: seorang ibu memberikan rumah kepada anaknya.
Maksud Qardhu?
Memberikan hutang wang kepada orang lain tanpa imbuhan (faedah) dan membayar kembali dengan yang sama. Contoh: memberi B pinjaman RM500; B perlu membayar kembali RM500.
Maksud Wadi'ah?
Memberikan sesuatu barang kepada orang lain agar dapat disimpan dan dipelihara seperti yang sepatutnya. Contoh: simpanan wang.
Maksud Waqaf?
Mewaqafkan harta yang dapat diambil manfaatnya serta kekal fizikal untuk penggunaan yang baik serta bertujuan mendapat keredhaan Allah. Contoh: mewaqafkan tanah untuk pembinaan Pusat Tahfiz.