1/88
Looks like no tags are added yet.
Ciri-ciri pemerintahan beraja semasa Kesultanan Melayu Melaka. (5m)
-Raja berkuasa mutlak
-Raja menjadi ketua agama islam
-Raja mempunyai kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman
-Melaksanakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka
Ciri-ciri pemerintahan beraja sebelum Perang Dunia Kedua. (5m)
-British mencampuri pentadbiran tempatan melalui perundingan dengan raja-raja Melayu.
-Di NNMB, British mengambil alih pentadbiran tempatan di peringkat pembesar negeri.
-Raja-raja Melayu menjadi pemerintah yang berdaulat walaupun menerima nasihat Residen.
-Di NNMTB, pembesar menjalankan pentadbiran di peringkat negeri.
-Kedudukan Raja-Raja Melayu kukuh walaupun menerima Penasihat British.
Ciri-ciri pemerintahan beraja semasa pendudukan Jepun. (4m)
-Raja diiktiraf sebagai ketua agama Islam
-Pengiktirafan melalui perundingan dengan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera.
-Raja-Raja Melayu diberikan pendapatan.
-Kedudukan Raja diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun.
Ciri-ciri pemerintahan beraja selepas Perang Dunia Kedua. (4m)
-Malayan Union diperkenalkan yang menyebabkan kehilangan kuasa pentadbiran Raja-raja melayu.
-Kuasa Pentadbiran diambil oleh Gabenor British
-Penentangan masyarakat Melayu berjaya menggantikan Malayan Union dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
-Raja hanya berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu
Tujuan penubuhan Durbar NNMB.(1m)
Raja-raja Melayu membincangkan masalah pentadbiran dengan pihak British.
Fungsi Majlis Sultan-Sultan semasa MU. (2m)
-membincangkan undang-undang berkaitan agama Islam
-menasihati Gabenor tentang perkara yang dibangkitkan oleh Raja-Raja Melayu
Fungsi Majlis Raja-Raja semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948. (4m)
-membincangkan hal ehwal Islam.
-membincangkan adat Melayu.
-memberikan pandangan tentang dasar tertentu
-menjadi institusi penting dalam pemerintahan beraja.
Fungsi Majlis Raja-Raja selepas Merdeka.(7m)
-memilih YDPA dan timbalan YDPA
-memberi persetujuan terhadap undang-undang tertentu
-memberi nasihat terhadap pelantikan jawatan tertentu
-menjadi rujukan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.
-menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes tertentu
-memperkenankan perubahan persempadanan negeri
-memperkenankan pindaan Perlembagaan bagi perkara tertentu
Kuasa YDPA (11m)
Kuasa Eksekutif
Melantik Perdana Menteri
Melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri
Melantik diplomat Malaysia
Kuasa Perundangan
Menjadi ketua agama Islam
membubarkan Parlimen
menjaga dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
Kuasa Kehakiman
Melantik hakim mahkamah atasan
Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa (20m)
Amalan Pilihan Raya
Diadakan dalam tempoh lima tahun
Rakyat memilih wakil rakyat yang membentuk kerajaan
Kebebasan Asasi
Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan asasi rakyat
kebebasan diri
kebebasan beragama
Pengasingan Kuasa
Termasuk Badan Perundangan, Badan Kehakiman, Badan Eksekutif
Badan perundangan
menggubal undang-undang
Di peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Parlimen
Di peringkat Kerajaan Negeri ialah Dewan Perundangan Negeri
Badan Kehakiman
mentafsir undang-undnag dan mengadlili kes
diketuai oleh Ketua Hakim Negara
Badan Eksekutif
melaksanakan undang-undang dan mentadbir kerajaan
Di peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Jemaah Menteri.
Di peringkat Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen
Gabungan unsur tradisional dan unsur moden dalam pentadbiran
-Unsur tradisional termasuk Raja sebagai warisan sosiopolitik masyarakat Melayu
-Unsur moden termasuk Demokrasi Berparlimen berdasarkan Westminster England
-Raja Berperlembagaan mengabungkan dengan Demokrasi Berparlimen untuk mengimbangi amalan demokrasi dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan budaya.
Mekanisme Semak dan Imbang
Raja sebagai pegimbang untuk meredakan konflik antara kaum
Raja sebagai pengimbang untuk meredakan konflik antara parti politik
Berlaku pengasingan kuasa termasuk badan perundangan yang menggubal undang-undang, badan eksekutif yang melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman yang mentafsir undang-undang.
Kuasa budi bicara raja
Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa budi bicara kepada YDPA dalam pelantikan Perdana Menteri.
YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak memperkenankan pembubaran parlimen
YDPN dan raja mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Dua cara British membendung pengaruh Gerakan Islah dari Timur Tengah (2m)
-memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904 yang menghukum seseorang yang mencetak atau mengedarkan karya agama Islam
-memperkenalkan badan penyiasat seperti Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Siasatan Politik
Tindakan golongan intelektual dalam membangkitkan nasionalisme di negara kita.(4m)
-melalui penulisan
-melalui akhbar dan majalah
-membukakan madrasah
-menubuhkan persatuan
Dua pakatan ketenteraan terlibat di WWII. (2m)
-Kuasa tengah termasuk Jerman, Austria-Hungary, Empayar Uthamaniyah
-Pakatan bertiga termasuk Rusia, Perancis, Britain, Itali
Faktor-Faktor WWI (8m)
Persaingan kuasa Imperialis
Revolusi perindustrian memerlukan tanah jajahan untuk menguasai sumber bahan mentah demi menghasilkan hasil perindustrian.
Pakatan ketenteraan
Mewujudkan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
untuk menguasai tanah jajahan, menghasilkan senjata moden dan sedia berperang untuk mempertahankan kepentingan negaranya.
Krisis Rantau Balkan
Austria-Hungary menganggap Serbia menggalakkan rakyat Austria-Hungary yang berketurunan Serbia menentang Austria-Hungary.
Pembunuhan Archduke Ferdinand dan isterinya Sophie menyebabkan bermula WWI.
Perkara yang dinyatakan di dalam persidangan Damai Paris.(5m)
-membincangkan syarat perdamaian
-memastikan Jerman tidak mengancam keamanan Eropah
-mencadangkan Deklarasi 14 perkara Woodrow Wilson
Rakyat menentukan nasib negara
Sempadan negara berasaskan bangsa
Perkara yang dinyatakan di dalam Perjanjian Versailles. (5m)
-Jerman bertanggungjawab kemusnahan perang
-Jerman membayar pampasan perang
-Jerman mengehadkan saiz angkatan tentera
-Jerman menyerahkan tanah jajahan kepada Pakatan bertiga.
-Mewujudkan Liga Bangsa
Dua negara yang mengamalkan pemerintahan diktator sebelum WWII.(2m)
-Jerman
-Itali
Faktor-Faktor WWII (8m)
-Kemunculan Ideologi yang baharu
Mewujudkan fasisme yang diketuai oleh Benito Mussolini.
Mewujudkan Nazisme yang diketuai oleh Adolf Hitler
-Ketidakpuasan hati kepada Perjanjian Versailles
Jerman membayar pampasan dan menyerahkan tanah jajahan kepada Pakatan Bertiga menyebabkan masalah ekonomi.
Itali terlibat di Pakatan Bertiga tetapi tidak memperoleh tanah jajahan yang baharu.
Kegagalan Liga Bangsa
menguatkuasakan Perjanjian Pelucutan Senjata dan Krisis Penceroboh
Dua kuasa yang terlibat dalam WWII. (2m)
-Kuasa Paksi termasuk Jepun
-Kuasa Bersekutu termasuk Amerika Syarikat
Faktor perluasan Jepun di negara kita. (8m)
-Mengeksploitasikan sumber bahan mentah
Pemodenan Meiji dan perkembangan perindustrian memerlukan bahan mentah untuk menghasilkan hasil perindustrian.
Jepun menguasai Tanah Melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih besi, bijih timah, arang batu.
Dasar perluasan Jepun
Jepun ingin meluaskan kuasa kepada seluruh dunia.
Jepun ingin menjadi kuasa besar di seluruh dunia.
Menggunakan slogan ‘“Semangat Asia“ dan “Asia untuk Orang Asia“ untuk menanam semangat antipenjajah dan menonjolkan Jepun sebagai pembela Asia.
Pengaruh Golongan Tentera
Golongan tentera Jepun mempengaruhi dasar perluasan Jepun.
Jepun menggunakan kuasa ketenteraan yang kuat untuk menguasai negara lain
Orde Baharu Asia
Sekatan ekonomi oleh pihak Bersekutu
Jepun menguasai negara kita kerana kawalan ekonomi disekatan oleh pihak Bersekutu.
Apakah fungsi Force 136? (4m)
-mengumpulkan maklumat
-menjalankan sabotaj
-menyebarkan propaganda
-membuat persiapan untuk menjalankan Operasi Zipper
Dasar pendudukan Jepun di negara kita. (20m)
Dasar pentadbiran
-Pentadbiran tentera Jepun
Menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera yang berpusat di Singapura.
Singapura dikenali sebagai Syonan-to
Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru
Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan dan dikenali sebagai Kita Boruneo
-Dasar terhadap Raja-Raja Melayu
Raja-Raja Melayu diiktiraf sebagai ketua agama Islam dan adat Melayu
Raja-Raja Melayu diberikan pencen di bawah pengawasan Gabenor Jepun.
-Dasar terhadap pemimpin-pemimpin
Pemimpin yang berpendidikan dan berpengalaman diberikan peluang kenaikan pangkat.
Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo untuk melatih pemimpin tempatan.
Dasar ekonomi
-Menjalankan sistem ekonomi kawalan
-Memperkenalkan “Pengeluaran Lima Tahun“ dan “Jawatankuasa Penyelidikan Bahan“ untuk mengawal selia pelupusan barangan dan menyelidikan kegunaan barangan baharu daripada sumber bahan mentah.
-Memperkenalkan “Perindustrian Lima Tahun“ untuk membangunkan perindustrian tempatan dan memastikan kegunaan optimum daripada kemudahan dan peralatan yang sedia ada.
-Mata Wang Jepun dicetakkan untuk mewujudkan inflasi barangan.
Dasar sosial
-Pendidikan
Jepun menutup sekolah India dan Cina.
Memperkenalkan sistem persekolahan Jepun
-Sikap Jepun terhadap agama Islam
Menubuhkan kelas pengajian al-Quran,
Membuka sekolah agama Islam.
Menubuhkan Majlis Agama Islam
Mengadakan persidangan agama Islam
-Catuan dan Penghasilan Makanan
Memperkenalkan Ordinan Kawalan Bahan dan Barangan Penting
Memperkenalkan “Tambah Lebih Banyak Makanan“ yang menggalakkan rakyat menanam makanan sendiri
Myebabkan penduduk yang kreatif menghasil ciptaan yang baharu.
-Jepun memberikan layanan untuk menjaga kepentingan tentera.
Orang Melayu dan peribumi kerjasama dengan Jepun untuk mendapat layanan yang baik.
Orang India didapati bantuan terhadap penubuhan Tentera Kebangsaan India.
Orang Cina dilayan kejam
Bagaimanakah pendudukan Jepun meningkatkan semangat antipenjajah di negara kita?(5m)
-pendudukan Jepun melemahkan Kuasa British
-Penduduk tempatan hilang keyakinan kepada British
-Penduduk tempatan menganggap British boleh dikalahkan
-Semangat antipenjajah ditingkatkan
-Penduduk tempatan bermula berjuang untuk mencapai kemerdekaan.
Mengapakah Bintang Tiga boleh menguasai negara Tiga semasa Jepun menyerah kalah? (4m)
-Jepun menyerah kalah semasa 15 Ogos 1945
-British lambat kembali ke Tanah Melayu.
-Keadaan ini menyebabkan kekosongan kuasa politik di Tanah Melayu.
-Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu.
Apakah keadaan dilakukan semasa penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu.(5m)
-Menguasai bandar dan balai polis.
-Menguasai pejabat pentadbiran kerajaan.
-Melakukan undang-undang sendiri.
-Menghukum seseorang yang kerjasama dengan Jepun
-Menyeksa dan membunuh askar, polis, pegawai daerah dan pakata sukarela Melayu.
Bagaimanakah masyarakat Melayu menentang Bintang Tiga?(4m)
-Orang Melayu bangkit mempertahankan diri dan masyarakat.
-Orang Melayu mempertahankan agama Islam.
-Orang melayu mempertahankan institusi politik dan kekeluargaan
-Orang Melayu mempertahankan maruah bangsa, hak, harta dan kelangsungan hidup orang Melayu.
Peranan Dato’ Onn Jaafar terhadap menyelesaikan ancaman Bintang Tiga. (4m)
-Dato’ Onn Jaafar berperanan menamatkan konflik dan memulihkan keamanan melalui persidangan.
-Dato’ Onn Jaafar mengadakan persidangan antara Kiai Salleh yang pemimpin Melayu dan ketua Bintang Tiga.
-Kiai Salleh bersetuju membebaskan orang Cina
-Ketua Bintang Tiga bersetuju menamatkan penguasan balai polis Batu Pahat.
Maksud Persekutuan. (1m)
-penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk sebuah kerajaan yang bersekutu.
Keadaan persekutuan 1896.(4m)
-menubuhkan NNMB yang termasuk Perak, Selangor, Negeri Ssembilan, Pahang
-NNMB berpusat di Kuala Lumpur
-berkaitan Perlembagaan Persekutuan 1895
-Ketiadaan agihan fungsi dan kuasa antara kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menyebabkan keputusan pentadbiran dibuat oleh Residen Jeneral British.
Tujuan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927 (2m)
-Memperkemaskan pentadbiran Persekutuan
-Mengukuhkan kedudukan British
Keadaan Kesatuan Malaya 1946/ Malayan Union. (3m)
-menyatukan negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka
-menubuhkan pusat kerajaan yang kuat
-melantikkan Gabenor British untuk mentadbir Malayan Union.
Keadaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (4m)
-Menggabungkan sembilan negeri melayu dan dua negeri selat.
-Menetapkan kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri
-Pesuruhjaya Tinggi British dilantik sebagai Ketua Persekutuan
-Raja-Raja Melayu mentadbir negeri Melayu.
Keadaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.(4m)
-kewujudan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
-Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai Ketua Persekutuan
-Melaksanakan Raja Berperlembagaan
-Melaksanakan Demokrasi Berparlimen
Jelaskan hak dan kuasa Kerajaan Persekutuan. (5m)
-Pelajaran
-Kewangan
-Kesihatan
-Pertanian
-Kewarganegaraan
Jelaskan hak dan kuasa kerajaan Negeri.(5m)
-Tanah
-Agama Islam
-Pertanian
-Perhutanan
-Kerajaan Tempatan
Contoh kerajaan tempatan. (3m)
Majlis bandaraya
Majlis perbandaran
Majlis daerah
Fungsi Kerajaan Tempatan. (4m)
-menjaga kesihatan awam
-menyediakan kemudahan asas
-membangunkan perumahan awam
-mengindahkan kawasan
Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri bekerjasama membangkitkan sosioekonomi negara kita? (8m)
-Pembangunan Tanah
menubuhkan FELDA yang menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah.
menubuhkan FELCRA yang memulihkan, menyatukan dan membangunkan tanah Kerajaan Negeri.
-Pembangunan Koridor Wilayah
Rangka strategik jangka panjang memberikan tumpuan kepada pembangunan di wilayah dan negeri yang kurang pesat
-Pembangunan Wilayah
dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan
membangunkan wilayah yang baharu
Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri bekerjasama membangkitkan pemuliharaan khazanah negara kita? (8m)
Pengurusan taman negara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama menguruskan hidupan liar dan taman negara
Jabatan Mergastua ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan
Perbadanan Perhutanan Sarawak mentadbir pengurusan taman negara di Sarawak.
Jabatan hidupan liar Sabah mentadbir pengurusan taman negara di Sabah
Pengurusan Taman Laut
Dasar taman laut ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan.
Pembangunan pulau ditadbir oleh Kerajaan Negeri
Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri bekerjasama membangkitkan penyediaan perumahan rakyat negara kita? (7m)
-Perumahan kos rendah disediakan terutamanya di bandar
-Pembinaan rumah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
-Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bekerjasama menyediakan perumahan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.
-Mengatasi masalah kekurangan rumah dan masalah kemiskinan
-menubuhkan Majlis Perumahan Negara untuk merangka strategi persediaan rumah yang mampu milik
-Kerajaan Persekutuan melaksanakan PRIMA
-Kerajaan Negeri melaksanakan Rumah Selangorku
Tugas/Tujuan BMA.(2m)
-Mengembalikan keamanan dan keadilan
-Memulihkan kepercayaan rakyat.
Masalah yang dihadapi oleh BMA. (4m)
-Bekalan makanan dan ubatan tidak dicukupi.
-Berlaku ketegangan rakyat
-Gagal mengumpulkan senjata MPAJA
-Gagal membanteras kegiatan rakyat
Kandungan utama Kertas Putih 6274. (4m)
-Konsep Kesatuan
-Bentuk pentadbiran
-Syarat Kewarganegaraan
-Kedudukan Raja-Raja Melayu
Bagaimanakah rakyat menentang BMA?(4m)
-Mengadakan Kongres Melayu
-Mengadakan demonstrasi
-Membantah melalui akhbar
-Memulaukan upacara pelantikan Gabenor MU
Faktor penyerahan Sarawak kepada British. (3m)
-Masalah pewarisan takhta
-Desakan kerajaan British
-Masalah Kewangan
Faktor penyerahan Sabah kepada British.
-Memenuhi kepentingan British
-Meneruskan dasar British dalam hubungan luar
-Masalah kewangan SBUB
Tujuan Malayan Union(5m)
-Menggantikan BMA
-Melicinkan sistem pentadbiran
-Meningkatkan pelaburan ekonomi
-Mengukuhkan pertahanan
-Mengekalkan orang asing untuk menjadi sumber tenaga untuk meningkatkan ekonomi
Ciri-ciri Malayan Union (8m)
-Konsep Kesatuan
Menggabungkan NNMB, NNMTB, Melaka dan Pulau Pinang di bawah satu pentadbiran.
-Ketua Pentadbiran
Diketuai oleh Gabenor British
Pesuruhjaya Tinggi British mentadbir Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan.
-Raja-Raja Melayu membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
-Kewarganegaraan
Prinsip jus soli menjadi asas kewarganegaraan
Orang yang berumur 18 tahun atau atas yang bermastautin tempoh selama 10 tahun hingga 15 tahun menjadi warganegara.
Orang yang berumur kurang 18 tahun yang ibu bapanya menjadi warganegara.
Orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura menjadi warganegara
Mengapakah masyarakat Melayu menentang penubuhan Malayan Union? (4m)
-Kuasa raja-raja Melayu terjejas
-Kepentingan orang Melayu tidak terjamin
-Syarat kewarganegaraan terlalu longgar
-British memaksa raja-raja Melayu menandatangani persetujuan Malayan Union.
Bagaimanakah raja-raja Melayu menentang penubuhan MU? (5m)
-Membawa kes ke Mahkamah Tinggi British
-Menghantar surat bantahan ke London
-Permaisuri Perak memimpin gerakan penentangan MU.
-Memulaukan upacara pelantikan Gabenor MU.
-Menyokong Kongres Melayu
Peranan Dato Onn’ Jaafar terhadap penentangan MU.(2m)
-Memimpin gerakan penentangan MU
-Menjadi pengasas dan Yang Dipertua UMNO yang pertama
Kepentingan UMNO. (4m)
-menyatukan orang Melayu
-memperjuangkan hak orang Melayu.
-menentang Malayan Union
-mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu
Faktor penentangan penyerahan Sarawak. (7m)
-Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941.
Perlembagaan 1941 menyatakan kuasa pemerintahan diberikan kepada rakyat tempatan. Rakyat mentadbir negara sendiri
Vyner Brooke mengabaikan perlembagaan 1941 untuk mendapatkan pemerintahan sendiri
-Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke
Vyner Brooke membuat keputusan tanpa berbincang dengan Raja Muda dan Tuan Muda
Rakyat tempatan menuntut memulihkan Dinasti Brooke untuk menuntut kepercayaan yang mudah
Gerard .T. MacBryan menggunakan muslihat
Gerard .T. MacBryan menggunakan muslihat untuk mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan
Tugas Suruhanjaya Reid. (2m)
-Mengumpul pandangan rakyat
-mencadangkan rangka Perlembagaan Persekutuan yang merdeka
Jumlah memorandum bertulis yang diterima oleh suruhanjaya Reid. (1m)
-131
Mengapakah memorandum dihantar kepada Suruhanjaya Reid? (2m)
-menyampaikan pandangan
-menyampaikan cadangan tentang perlembagaan negara
Apakah yang dinyatakan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? (9m)
Pengalaman Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
Yang di-Pertuan Agong dipilih di dalam Raja-Raja Melayu.
Kewarganegaraan
Orang yang lahir pada atau selepas hari merdeka dalam Persekutuan diberikan warganegara.
Kewarganegaraan diberikan melalui penguatkuasaan undang-undang, memohon didaftarkan sebagai rakyat, memohon untuk menukar kewarganegaraan atau naturalisasi.
Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
Melindungi kepentingan sah kaum lain
Menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan
Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dan komunikasi.
Tujuan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. (2m)
-Merangka perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
-Membincangkan dan menyusun perlembagaan negara
Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (8m)
-Memeriksa aturan perlembagaan yang sedia ada.
-Mengambil alih kedudukan Ratu England dan Raja-raja Melayu.
-Mencadangkan perlembagaan persekutuan yang merdeka dan berkerajaan yang sendiri.
-Mewujudkan pusat kerajaan yang kuat dan memberikan kuasa tertentu kepada negeri sendiri.
-Melindungi kedudukan raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
-Mencadangkan jawatankuasa negara
-Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
-Mencadangkan Yang di-Pertuan Agong.
Dua jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencapai kemerdekaan. (2m)
-Jawatankuasa Persediaan Fizikal
-Jawatankuasa Sambutan
Persediaan Jawatan Persediaan Fizikal untuk menyambut kemerdekaan.(4m)
-membina stadium
-membina istana
-memilih lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan
-memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan
Persediaan Jawatankuasa Sambutan untuk mencapai kemerdekaan. (4m)
-Menghias bangunan dengan lampu
-Mengadakan kursus protokol
-Melibatkan 300 pegawai kerajaan
-Menyediakan pakaian khas
Peristiwa dijalankan pada malam 30 Ogos 1957. (3m)
-Upacara diadakan di Padang Kelab Selangor.
-Bendera British diturunkan
-Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan
Peristiwa dilakukan pada 31 Ogos 1957. (4m)
-Tunku Abdul Rahman membaca Pemasyhuran Kemerdekaan.
-Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka‘ tujuh kali
-Lagu Negaraku dinyanyikan
-Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.
Kesan kemerdekaan terhadap negara kita dalam politik. (10m)
-Sistem Raja Berperlembagaan dilaksanakan selepas kemerdekaan.
-YDPA dilantik sebagai ketua utama negara
-Sistem Demokrasi Berparlimen dilaksanakan selepas kemerdekaan.
-Pilihan Raya membolehkan rakyat memilih kerajaan dan pemerintah.
-Di peringkat Persekutuan, Parlimen menggubal undang-undang.
-Di peringkat negeri, Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang
-Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri pertama.
-Tunku Abdul Rahman mengekalkan ahli kabinet sedia ada
-Negara mempunyai kuasa mentadbir negara sendiri.
-Rakyat tempatan menggantikan pegawai British dalam bidang politik.
Kesan kemerdekaan terhadap negara kita dalam ekonomi. (8m)
-Memperkenalkan rancangan Malaya Pertama
Memberikan tumpuan kepada sektor luar bandar
mempelbagaikan keluaran pertanian negara
menambahkan peluang pekerjaan
-Memperkenalkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah
-Memperkenalkan Institusi kewangan tempatan
Malay National Bank merupakan bank orang Melayu yang pertama
Bank Negara Malaysia menggalakkan kestabilan ekonomi dengan menyediakan persekitaran yang kondusif
-Melaksanakan pembangunan luar bandar
membangunkan infrastruktur, sosial dan ekonomi di luar bandar.
Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan untuk merancang projek pembangunan di negeri dan daerah
-Memperkenalkan rancangan Buku Merah yang mengandungi projek berkaitan kemudahan asas
Kesan kemerdekaan terhadap negara kita dalam sosial. (8m)
-Menekankan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
-Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
-Menubuhkan jabatan Penerangan
menerangkan kepada penduduk tentang falsafah, dasar dan wawasan negara.
-Membina hospital dan pusat kesihatan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar.
-Menyediakan bekalan air bersih dan elektrik
-Membantu meningkatkan taraf hidup rakyat
Jelaskan prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu. (16m)
-Persekuuan terdiri Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Perlis, Kedah, Kelantan.
-Kerajaan Persekutuan ditadbir oleh Yang di-Pertuan Agong
-Kerajaan Negeri ditadbir oleh Raja, Sultan, Yang di-Pertua Negeri atau Yang di-Pertua Besar
-Kerajaan dapat mengurus dan mentadbir negara
-Kerajaan membahagi tiga komponen iaitu Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif
-Mewujudkan lambang kebangsaan
Jata Negara, lagu kebangsaan, bunga kebangsaan dan bendera kebangsaan
menjadi identiti dan jati diri rakyat dan simbol perpaduan
-Mewujudkan kedaulatan undang-undang
Semua pihak tertakluk oleh undang-undang
Menjamin keamanan untuk kesejahteraan negara
-Mewujudkan pengiktirafan sebagai rakyat
Rakyat mempunyai kebebasan hak asasi seperti kebebasan bersuara dan memberikan pendapat
Rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara.
Negara mempunyai hak terhadap rakyat
-Negara bebas daripada kuasa asing
Apakah tujuan laporan Barnes 1951? (2m)
-Mencadangkan kegunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sekolah rendah.
-memupuk perpaduan kaum
Apakah tujuan laporan Fenn-Wu? (2m)
-mengkaji pendidikan Cina
-mempertahankan pendidikan dan bahasa Cina.
Apakah tujuan Ordinan Pelajaran 1952? (2m)
-Menggunakan bahasa rasmi kebangsaan
-membentuk sistem pendidikan yang seragam.
Apakah tujuan laporan Woodhead 1955? (2m)
-memperkasakan pendidikan pengringkat rendah dan menengah
-mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Apakah cadangan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?
-Bahasa Melayu digunakan di Sekolah Umum.
-Bahasa Tamil, Cina, Inggeris digunakkan di Sekolah Jenis Umum.
-BM dan BI diajar di semua sekolah
-BM sebagai bahasa pengantar dan BI sebagai mata pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan.
Apakah tujuan penubuhan CLC? (3m)
-Mewujudkan perpaduan kaum
-Mewujudkan keadaan yang harmoni dan muhibah di kalangan penduduk
-Mewujudkan pembahagian yang adil kepada semua komuniti dengan membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial.
Apakah kepentingan CLC? (3m)
-Mewujudkan kerjasama antara kaum
-Meengurangkan perselisihan antara kaum.
-Membantu negara menyediakan ke arah kemerdekaan
Apakah Peranan CLC? (4m)
-Membincangkan isu politik dan kewarganegaraan
-Membincangkan kedudukan istimewa orang Melayu
-Membincangkan masalah ekonomi orang Melayu
-Mencari jalan untuk memupuk perpaduan kaum
Apakah ciri-ciri sistem Ahli? (5m)
-Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
-Diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi.
-Ahli dilantik untuk menjaga portfolio tertentu
-Ahli bertanggungjawab menguruskan jabatan kerajaan
-Sistem ini melibatkan pegawai daerah dan tokoh masyarakat.
Apakah kepentingan Sistem Ahli? (4m)
-Melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri
-Melatih penduduk tempatan mentadbir negara
-Asas memupuk perpaduan kaum
-Menentukan kemerdekaan negara mendapat sokongan tempatan.
Jelaskan jenis kedaulatan.(4m)
-Kedaulatan tradisional
-Kedaulatan moden
-Kedaulatan undang-undang
-Kedaulatan antarabangsa
Ciri-ciri negera yang berdaulat (4m)
-Mempunyai pemerintahan
-Mempunyai sempadan
-mempunyai perundangan
-mempunyai rakyat
Kepentingan mewujudkan negara berdaulat. (8m)
-Keberkesanan pentadbiran
Jemaah Menteri melaksanakan dasar pentadbiran
-Kemakmuran ekonomi
Dasar kemakmuran ekonomi dilakukan.
-Kesejahteraan sosial
Melahirkan generasi berilmu melalui pendidikan
-Kecemerlangan hubungan luar negara
meningkatkan imej Malaysia
Langkah-langkah mempertahankan kedaulatan. (12m)
-Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi
Pemerintah membentuk pentadbiran yang cekap
Rakyat setia kepada raja dan negara
-Mengekalkan perpaduan kaum
Pemerintah memupuk perpaduan dan integrasi nasional
Rakyat menggunakan bahasa kebangsaan
-Memupuk patriotisme
Pemerintah menganjurkan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan
Rakyat meningkatkan imej negara
-Mengukuhkan pertahanan negara
Pemerintah melindungi keselamatan.
Rakyat mempertahankan negara dengan menyertai pasukan keselamatan.
Apakah ancaman keselataman yang dilaksanakan di Sarawak oleh Komunis?(4m)
-Komunis melibatkan di politik untuk menentang gagasan Malaysia
-Kerajaan Sarawak menangkap ahili yang terlibat
-Komunis lari ke Kalimantan dan menubuh Parti Komunis Kalimantan Utara.
-PKKU menubuhkan republik komunis di Sarawak.
Bagaimanakah Sarawak menentang ancaman komunis.(8m)
-menjalankan gerakan Perang Saraf
pengisytiharan kawasan putih yang bebas daripada ancaman komunis
-menjalankan gerakan saraf
Infrastruktur yang baik disediakan kepada penduduk
-menjalankan Operasi ketenteraan
menjalankan Operasi Hammer, Sri Aman dan RASCOM
melindungi penduduk daripada ancaman komunis.
Apakah ancaman keselataman yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia oleh Komunis?(4m)
-PKM membunuh anggota keselamatan dan orang awam
-meletupkan jalan raya dan jalan kereta api
-meletupkan Tugu Negara
-menembak Ketua Polis Negara
Bagaimanakah Sarawak menentang ancaman komunis.(4m)
-Melaksanakan strategi counterinsurgency
Kerajaan wujud kerjasama antara pasukan keselamatan, ahli politik dan agensi kerajaan
-Mengadakan perjanjian kerjasama sempadan
Mewujudkan kerjasama dengan Thailand
Faktor mewujudkan Tragedi pada 13 Mei 1969. (3m)
-Ketidakseimbangan dalam ekonomi dan sosial
-Keadaan dan keputusan Pilihan Raya Umum Ketiga 1969.
-Perarakan kemengangan pilihan raya yang tidak terkawal.
Langkah-langkah diambil untuk mengatasi masalah peristiwa 13 Mei 1969. (8m)
-Yang di-Pertuan Agong mengisytihar Darurat
menubuhkan beberapa pusat perlindungan
menguatkuasakan perintah berkurung
-menubuh Majlis Gerakan Negara
dipengerusi oleh Razak Hussein
memulihkan keamanan dan undang-undang
-Sultan perak menasihati rakyat menjaga keamanan
-menubuh Jawatankuasa Muhibah