1/21
Set kad imbasan kosa kata dan konsep utama bagi Bab 1 Konsep Alam Melayu dan Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai | Chat |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Pentas Sunda
Gugusan tanah luas terbentang pada masa dahulu yang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan serta mempunyai ciri-ciri fizikal dan hidupan yang hampir sama.
Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Ahli arkeologi yang menyatakan bahawa Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan.
Abdul Hadi Haji Hassan
Ahli akademik yang berpendapat bahawa Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand.
Buku Ilmu Alam Melayu
Buku tulisan R. O. Winstedt yang digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu, menunjukkan bahawa istilah Alam Melayu telah digunakan oleh British.
Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Pendeta (Dr.) Ismail Hussein
Ahli bahasa dan budayawan yang menyatakan Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Alfred Russel Wallace
Sarjana Barat yang menyatakan Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea.
Profesor Dr. Ding Choo Ming
Pengkaji manuskrip Melayu yang menyatakan Dunia Melayu merupakan kawasan luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina.
Bahasa Austronesia
Kumpulan bahasa yang merangkumi antara 200 bahasa yang dipertuturkan di Alam Melayu.
Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar
Tokoh bahasa yang menyatakan bahawa bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai pertalian kekeluargaan dan perkaitan dengan bahasa etnik peribumi.
Sutan Takdir Alisjahbana
Tokoh bahasa yang menyatakan bahasa Melayu digunakan secara meluas sejak awal Masihi disebabkan sifat orang Melayu yang gemar belayar serta sifat bahasanya yang sederhana dan mudah dipelajari.
Melayu Polinesia
Istilah yang digunakan sebelum digantikan dengan istilah Austronesia.
UNESCO (1972)
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memilih istilah Melayu pada tahun 1972 bagi merujuk suku bangsa yang berbahasa Melayu di Asia Tenggara.
Budaya Serumpun
Kesamaaan kebudayaan penduduk Alam Melayu yang merangkumi aspek bahasa dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat.
Dato' A. Aziz Deraman
Budayawan yang menyatakan bahawa budaya di Alam Melayu berkembang maju melalui ciptaan asli seperti pembuatan gangsa, seni mempertahankan diri, gotong-royong, dan wayang kulit.
Silat
Seni mempertahankan diri ciptaan asli yang menjadi identiti budaya serumpun di Alam Melayu.
Kerajaan Funan
Kerajaan awal Alam Melayu yang muncul pada abad pertama di Lembah Sungai Mekong dengan pusat kerajaan di Vyadhapura.
Kerajaan Champa
Kerajaan awal Alam Melayu yang muncul pada abad kedua di selatan dan tengah Vietnam dengan pusat kerajaan di Indrapura.
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan awal Alam Melayu yang muncul pada abad ketujuh di Lembah Sungai Musi, Sumatera dengan pusat kerajaan di Palembang.
Kerajaan Angkor
Kerajaan awal Alam Melayu yang muncul pada abad kesembilan di Lembah Sungai Mekong dengan pusat kerajaan di Hariharalaya.
Kerajaan Majapahit
Kerajaan awal Alam Melayu yang muncul pada abad ke-13 di Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur dengan pusat kerajaan di Kota Trowulan.
Kerajaan Kedah Tua
Kerajaan awal Alam Melayu yang muncul pada abad kelima di Sungai Mas dan Sungai Bujang dengan pusat kerajaan di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.
Kerajaan Gangga Nagara
Kerajaan awal Alam Melayu yang muncul pada abad keenam di pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu dengan pusat kerajaan di Pangkalan.