Malay Oral Questions (Merdeka)

0.0(0)
Studied by 0 people
call kaiCall Kai
learnLearn
examPractice Test
spaced repetitionSpaced Repetition
heart puzzleMatch
flashcardsFlashcards
GameKnowt Play
Card Sorting

1/5

encourage image

There's no tags or description

Looks like no tags are added yet.

Last updated 11:10 PM on 10/6/26
Name
Mastery
Learn
Test
Matching
Spaced
Call with Kai
Chat

No analytics yet

Send a link to your students to track their progress

6 Terms

1
New cards

Bagaimanakah suasana sambutan Merdeka dapat menyatukan orang ramai yang tidak mengenali satu sama lain di tempat awam?


 Suasana sambutan Merdeka dapat menyatukan orang ramai kerana mereka berkongsi semangat patriotisme dan rasa cinta terhadap negara. Walaupun tidak mengenali satu sama lain, mereka boleh menyanyi lagu patriotik dan meraikan kemerdekaan bersama-sama. 

2
New cards

Pada pendapat anda, adakah sambutan seperti hari Merdeka dihayati oleh generasi kini? Mengapa?


Pada pendapat saya, ya, sambutan Hari Merdeka masih dihayati oleh generasi kini kerana ramai remaja masih menyertai aktiviti sekolah, memakai pakaian bertemakan Malaysia dan mengibarkan Jalur Gemilang. Namun, semangat ini perlu terus dipupuk supaya tidak semakin luntur.

3
New cards

Bagaimana kita dapat menyemai semangat Patriotrik di kalangan remaja?


Ibu bapa perlu mengajar anak-anak tentang kepentingan mencintai negara sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan sambutan Hari Merdeka seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik atau kuiz sejarah supaya remaja lebih memahami sejarah negara dan dapat memupuk semangat patriotik.

4
New cards

Bagaimanakah sekolah anda telah menyambut Hari Merdeka baru-baru ini?


Sekolah saya baru-baru ini menyambut Hari Merdeka dengan mengadakan perhimpunan khas dan menyanyikan lagu-lagu patriotik. Para pelajar juga memakai pakaian bertemakan Malaysia dan menyertai pelbagai aktiviti berkaitan kemerdekaan, seperti persembahan tarian tradisional dan pertandingan menghias kelas. 

5
New cards

Di manakah lokasi pilihan anda untuk menyambut ambang Merdeka (malam 30 Ogos) bersama keluarga atau rakan-rakan? Mengapa? 


Lokasi pilihan saya ialah Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. Tempat itu sangat meriah dengan pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan, dan perarakan. Saya juga dapat merasai semangat perpaduan bersama rakyat Malaysia yang lain. Selain itu, sambutan di sana juga memberikan pengalaman yang sangat bermakna dan tidak dapat dilupakan.

6
New cards

Kuala Lumpur menghadapi masalah jerebu semasa perarakan Merdeka tahun ini. Adakah ini menjejaskan sambutan Merdeka tahun ini?


Masalah jerebu memang sedikit menjejaskan sambutan Merdeka kerana cuaca kurang selesa dan kualiti udara tidak begitu baik. Namun begitu, ramai orang masih menghadiri perarakan kerana semangat patriotik mereka masih kuat. Oleh itu, saya rasa jerebu tidak menjejaskan sambutan Merdeka secara keseluruhan, tetapi hanya menyebabkan sedikit ketidakselesaan kepada orang ramai.