1/5
Looks like no tags are added yet.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai | Chat |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan penjajahan tidak akan berlaku lagi di negara kita? (4m)
Perkara yang akan saya lakukan untuk memastikan penjajahan tidak akan berlaku lagi di negara kita adalah dengan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi tenaga mahir. Saya akan membangunkan negara supaya menjadi negara maju. Selain itu, saya akan memastikan perpaduan kaum berkekalan. Hal ini kerana negara yang aman dapat mengelakkan campur tangan kuasa asing
Pada pendapat anda, apakah peranan generasi hari ini untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat. (8 m)
Pada pendapat saya, peranan generasi hari ini untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah. Hal ini kerana generasi muda boleh mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku. Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 berlaku kerana kurangnya perpaduan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. Kesannya, masyarakat akan hidup bersatu padu.
Selain itu, perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat dikukuhkan melalui sistem pendidikan. Contohnya, murid-murid belajar di sekolah satu aliran. Hal ini menyebabkan murid-murid pelbagai kaum dapat berinteraksi dengan lebih mudah. Mereka juga akan melakukan aktiviti sama ada di dalam kelas atau aktiviti kokurikulum bersama-sama. Kesannya, negara akan aman.
Pada pendapat anda, mengapakah bidang pertanian penting kepada sesebuah negara? (8 m)
Pada pendapat saya, bidang pertanian penting kepada sesebuah negara kerana bidang pertanian membekalkan sumber makanan. Kita tidak perlu mengimport makanan daripada negara luar. Harga bahan makanan akan menjadi lebih murah. (F/H/H)
Selain itu, bidang pertanian dapat memajukan ekonomi negara. Hal ini kerana kita boleh mengeksport hasil pertanian ke luar negara. Contohnya, Malaysia mengeksport sayur-sayuran yang ditanam di Tanah Tinggi Cameron ke Singapura dan Hong Kong. (F/H/C)
Seterusnya, rakyat boleh mendapat peluang pekerjaan daripada bidang pertanian. Contohnya, ladang sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameron memerlukan ramai pekerja. Hal ini menyebabkan kadar kemiskinan dapat dikurangkan. (F/C/H)
Pada pendapat anda, apakah kelebihan strategi British berbanding strategi Belanda? (4m)
Pada pendapat saya, kelebihan strategi British berbanding strategi Belanda ialah British menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita. Hal ini membolehkan British menyesuaikan strategi berdasarkan isu dan faktor setempat. Selain itu, strategi British lebih bersifat diplomasi berbanding strategi Belanda. Kesannya, membolehkan British meluaskan kuasa dengan lebih berkesan
Pada pendapat anda, apakah nilai yang perlu diamalkan oleh setiap warganegara Malaysia untuk mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum? (4m)
Pada pendapat saya, nilai yang perlu diamalkan oleh setiap warganegara Malysia untuk mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum ialah setiap warganegara perlu mengamalkan nilai toleransi dalam kehidupan masyarakat. Hal ini kerana kita perlu menghormati perbezaan agama, budaya dan adat resam antara kaum. Selain itu, kita perlu mengamalkan nilai kerjasama. Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum dan mengekalkan keharmonian masyarakat