1/29
Flashcards perbendaharaan kata ini merangkumi definisi, elemen asas, strategi pedagogi, dan sistem pentaksiran dalam kerangka Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) di Malaysia.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai | Chat |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)
Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
Komunikasi
Berlaku interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.
Kolaboratif
Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.
Pemikiran Kritis
Berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Kreativiti
Berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.
Nilai Murni dan Etika
Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia.
Kurikulum Kebangsaan
Suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi.
Merungkai Kurikulum (Unpacking the Curriculum)
Menyusun semula Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi ke dalam RPT dan RPH mengikut keupayaan murid bagi mencapai objektif pembelajaran.
Standard Kandungan
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
Mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan melalui pemetaan topik berdasarkan jumlah minggu setahun.
Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Terjemahan RPT yang mengandungi maklumat seperti objektif, cara mencapai objektif (aktiviti) dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai (refleksi).
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah.
Pembelajaran Berasaskan Projek
Kaedah di mana murid mengkaji secara mendalam tentang sesuatu isu atau topik bagi menghasilkan sesuatu produk dengan menekankan suara dan pilihan murid.
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdP) yang mencabar pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah berdasarkan situasi sebenar melalui proses penentuan dan pemahaman masalah.
Pendekatan STEM
Strategi yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dengan membudayakan amalan inkuiri, penyelesaian masalah dan projek dalam konteks dunia sebenar.
Think-Pair-Share
Aktiviti di mana murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu dan kemudian berkongsi dengan pasangan untuk menjana idea.
Round Table
Aktiviti di mana murid mencatat satu idea secara bergilir berdasarkan tajuk yang diberi untuk menggalakkan perkongsian maklumat dan pemikiran kreatif.
Gallery Walk
Aktiviti menampal hasil kerja di dinding untuk dipamer atau diberi ulasan oleh rakan lain menggunakan "sticky note" untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Hot Seat
Aktiviti di mana seorang murid menjadi "pakar" atau "watak" dan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain tentang sesuatu topik.

Stay-Stray
Kaedah pembentangan di mana seorang ahli kumpulan memberi penerangan manakala ahli lain bergerak untuk melihat atau menyoal hasil kerja kumpulan lain.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai aspek kognitif, psikomotor dan afektif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru berdasarkan tahap penguasaan murid melalui pertimbangan profesional.
Pertimbangan Profesional
Keputusan mengenai tahap penguasaan murid yang dibuat guru dengan mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman berdasarkan data pencapaian murid secara beretika.
PAJSK
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum yang merangkumi SEGAK, aktiviti kokurikulum dan ekstra kurikulum.
SEGAK
Bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan murid berumur 9 hingga 17 tahun berdasarkan kesihatan.
Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Kaedah sistematik mengumpul maklumat ciri, atribut atau tret psikologi murid untuk mengenal pasti kecerdasan, potensi dan kecenderungan melalui IKP dan IMK.
IKeP / IKP
Inventori Kecerdasan Pelbagai yang mengenal pasti sembilan konstruk kecerdasan seseorang murid seperti Verbal Linguistik, Logik Matematik dan Intrapersonal.
Inventori Minat Kerjaya (IMK)
Alat untuk mengenal pasti kecenderungan minat kerjaya murid berdasarkan kod seperti Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional.