1/3
Looks like no tags are added yet.
Selain pencapaian akademik, apakah kemahiran yang perlu dikuasai oleh remaja untuk menghadapi dunia pekerjaan?
Remaja perlu menguasai kemahiran berkomunikasi supaya mereka dapat menyampaikan idea dengan jelas dan mengelakkan salah faham.
Dalam dunia pekerjaan, mereka perlu berinteraksi dengan rakan sekerja dan pelanggan yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
Kemahiran ini boleh diasah melalui pembentangan di dalam kelas dan aktiviti perbahasan.
Kemahiran bekerjasama juga penting kerana banyak tugasan memerlukan usaha bersama. Remaja perlu belajar membahagikan tugas, mendengar pandangan orang lain, dan menyelesaikan perselisihan secara matang.
Remaja perlu mampu menyelesaikan masalah tanpa sentiasa bergantung pada arahan orang lain.
Apabila menghadapi cabara, mereka harus mengenal pasti puncanya dan mempertimbangkan beberapa penyelesaian.
Apakah kebaikan dan keburukan bekerja sambilan semasa belajar?
Bekerja sambilan memberikan pengalaman sebenar tentang dunia pekerjaan
Pelajar dapat menepati masa, mematuhi arahan, dan berurusan dengan pelanggan
Contohnya, bekerja di kedai mengajar mereka untuk melayan pelanggan dengan sabar, termasuk ketika menerima aduan → meningkatkan keyakinan diri
Pendapatan sendiri membantu pelajar memahami nilai wang dan menjadi lebih berdikari.
Mereka dapat belajar membezakan keperluan daripada kehendak serta menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka. Namun, mereka perlu merancang perbelanjaan supaya wang tersebut tidak dibazirkan
Walau bagaimanapun, waktu bekerja yang terlalu panjang boleh menjejaskan pelajaran dan kesihatan. Pelajar mungkin terlalu letih untuk menyiapkan tugasan atau mengulang kaji.
Oleh itu, mereka perlu mengehadkan waktu bekerja dan memilih jadual yang tidak mengganggu pembelajaran, misalnya bekerja semasa cuti sekolah
Mengapakah pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum?
Aktiviti kokurikulum memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan
Contohnya, seorang ketua kelab perlu membahagikan tugas dan memastikan semua ahli dapat menyumbang → melalui pengalaman ini, pelajar belejar membuat keputusan serta bertanggungjawab terhadap tindakan mereka
Membantu pelajar mengenali minat dan kebolehan sendiri
Pelajar yang menyertai kelab kewartawanan mungkin mendapati bahawa mereka gemar menulis atau menemu bual orang lain
Pengalaman tersebut boleh membantu mereka memilih bidang pengajian atau kerjaya yang sesuai pada masa hadapan
membuka peluang menjalin persahabtan dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang.
Apabila bekerjasama dalam sesuatu aktiviti, mereka dapat memahami pandangan yang berbeza dan belajar menghormati satu sama lain
Namun, pelajar perlu mengurus masa supaya penglibatan mereka tidak mengganggu pelajaran
*mengembangkan: develop
*kepimpinan: leadership
*bidang: field
*pengajian: studies
*kerjaya: career
Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh remaja ketika memilih kerjaya?
Remaja perlu mempertimbangkan minat dan kebolehan sendiri
Kerjaya yang sesuai dengan minat boleh meningkatkan motivasi, manakala kebolehan yang berkaitan membantu seseorang menjalankan tugas dengan baik
Oleh itu, remaja boleh menyertai program pengalaman kerja untuk memahami tugas sebenar sebulum membuat keputusan
gaji dan peluang pekerjaan juga perlu diambil kira kerana seseorang memerlukan pendapatan untuk memenuhi keperluan hidup
Walau bagaimanapun, gaji tinggi tidak seharusnya menjadi satu-satunya pertimbangan
Waktu bekerja, tekanan, dan masa bersama keluarga turut mempengaruhi kesejahteraan seseorang
remaja boleh mendapatkan nasihat daripada kaunselor kerjaya, guru, dan individu yang bekerja dalam bidang pilihan mereka. Nasihat ini membantu mereka memahami kelayakan serta kemahiran yang diperlukan
Ibu bapa pula perlu memberikan bimbingan sambil mengambil kira minat anak-anak
*memenuhi: fulfilling
*kelayakan: qualifications
*bimbingan: guidance