1/21
Kad imbasan perbendaharaan kata bagi topik Penyimpangan Akidah merangkumi latar belakang sejarah, isu-isu pemikiran, faktor penyimpangan, ajaran sesat, dan kesenian yang menyesatkan.
Name | Mastery | Learn | Test | Matching | Spaced | Call with Kai | Chat |
|---|
No analytics yet
Send a link to your students to track their progress
Penyimpangan Akidah (Sudut Bahasa)
Berpaling, menyimpang dan menjauh dari sesuatu arah atau jalan yang lurus.
Penyimpangan Akidah (Sudut Istilah)
Setiap bentuk kepercayaan yang menyalahi akidah para rasul dan nabi, khususnya Nabi Muhammad SAW, sama ada dengan menambah, mengurang atau menukar prinsip-prinsip asas keimanan yang bersumber daripada wahyu.
Golongan Mujassimah
Golongan yang mentasybihkan sifat Allah SWT dengan sifat manusia atau menyerupakan Allah dengan makhluk akibat terpengaruh dengan ajaran Yahudi.
Abdullah bin Saba'
Orang yang mula-mula menyebarkan ajaran yang menyamakan Saidina Ali sampai ke darjat Allah dan menyerupakan dengan zat Allah.
Al-Bayyinah
Pengikut kepada Bayan Ibn Sam'an yang mendakwa bahawa Tuhan mereka ialah manusia daripada cahaya yang kemudiannya membentuk manusia dan mempunyai anggota yang akan musnah kecuali muka.
Golongan Rafidah
Golongan yang menentang para sahabat yang memberi baiah kepada Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah, serta banyak mereka-reka hadis maudhu' demi kepentingan mereka.
Golongan Zindik
Golongan yang mencipta hadis maudhu' bertujuan untuk memburukkan agama Islam dan kesuciannya.
Qada'
Ketetapan Allah SWT sejak azali.
Qadar
Pelaksanaan ketetapan Allah SWT mengikut masa dan keadaan.
Jabariyyah
Aliran yang berpandangan bahawa manusia tiada pilihan (dipaksa) dalam tindakan mereka.
Qadariyyah / Muktazilah (Isu Qada' & Qadar)
Aliran yang berpandangan bahawa manusia bebas sepenuhnya dalam perbuatan mereka.
Kasb
Konsep usaha manusia dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang percaya bahawa Allah SWT menentukan dan manusia berusaha.
Dosa Besar
Maksiat yang diancam hukuman berat seperti zina, membunuh, mencuri, dan seumpamanya.
Khawarij (Isu Dosa Besar)
Aliran yang berpandangan bahawa pelaku dosa besar adalah kafir.
Murji'ah
Aliran yang berpandangan bahawa pelaku dosa besar tetap mukmin dan hukumnya diserahkan kepada Allah SWT.
Manzilah Baina Manzilatain
Pegangan aliran Muktazilah yang meletakkan kedudukan pelaku dosa besar berada di antara mukmin dan kafir.
Mukmin Fasik
Kedudukan pelaku dosa besar mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu tidak kafir dan berada di bawah kehendak Allah SWT.
Aliran Batiniah
Aliran yang menafsir Islam secara batin (tersembunyi) tanpa dalil sahih, menolak syariat zahir, serta mendakwa imam atau guru mempunyai ilmu rahsia dan maksum.
Ajaran Sesat
Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Ajaran Bhai
Ajaran sesat yang beritikad bahawa kitab sucinya iaitu al-Bayan memansuhkan kitab samawi dan mendakwa menyatukan semua agama.
Ketaasuban kepada Ketua
Faktor penyimpangan akidah yang meletakkan sheikh atau ketua melebihi had kebiasaan manusia sehingga mencecah ke tahap dewa, wali, atau nabi.
Kesenian yang Menyesatkan
Seni seperti lirik lagu, seni lakon, dan animasi yang mengandungi unsur syirik, melalaikan daripada mengingati Allah, menggalakkan maksiat, bertentangan dengan akidah dan syariah, serta mengangkat nilai negatif.