AL

Pembangunan Politik dan Hubungan Etnik Flashcards

HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS POLITIK MALAYSIA

  • Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha diteruskan untuk memupuk semangat kerjasama dan penyatuan dalam kalangan berbilang kaum dalam pembangunan politik negara.
  • Sabah & Sarawak: Proses politik diwarnai dengan penubuhan parti-parti politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu sejak penghujung tahun 1950-an.
    • Pada masa yang sama usaha untuk memupuk perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut dijalankan.

SEJARAH HUBUNGAN ETNIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA

ZAMAN PENJAJAHAN

  • BRITISH menguasai:
    • Pulau Pinang pada tahun 1786 (Francis Light)
    • Seberang Prai pada tahun 1800
    • Singapura pada tahun 1819
    • Melaka pada tahun 1824
    • Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896
    • Negeri-negeri Melayu Utara pada tahun 1909 (Perjanjian Bangkok)
    • Johor pada tahun 1914
  • British membawa masyarakat pelbagai etnik bagi menjana ekonomi British di perlombongan bijih timah dan perladangan getah.
  • British mengasingkan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan.
  • Sukar bagi kaum Cina dan India berinteraksi dengan kaum Melayu.
    • Hidup berkelompok tetapi keadaan masyarakat masih tenteram, tiada konflik.
  • Pembahagian pekerjaan, penempatan dan sistem persekolahan:
    • MELAYU
      • PEKERJAAN: Ekonomi pertanian sara diri dan tradisional (petani, nelayan)
      • PENEMPATAN: Kawasan kampung
      • SISTEM PERSEKOLAHAN: Sekolah Agama, Sekolah Melayu
    • CINA
      • PEKERJAAN: Sektor perlombongan dan perniagaan
      • PENEMPATAN: Kawasan perlombongan, bandar, pekan dan kampung Cina
      • SISTEM PERSEKOLAHAN: Sekolah Cina
    • INDIA
      • PEKERJAAN: Buruh estet
      • PENEMPATAN: Kawasan estet
      • SISTEM PERSEKOLAHAN: Sekolah Tamil
  • JEPUN: menggariskan pembahagian yg jelas dalam dasar pentadbirannya terhadap kaum-kaum utama (Melayu, Cina, India).
    • Jepun menjalankan dasar berbaik-baik dengan orang Melayu dan India atas kepentingan sendiri.
    • Namun, dasar pemerintahan Jepun terhadap orang Cina adalah lebih buruk (40,000 mangsa Operasi Sook Ching).
      • Semangat anti-Jepun oleh Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu gerakan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA).
  • Kesan penjajahan Jepun telah meningkatkan permusuhan antara etnik dan mencetuskan pergaduhan Melayu-Cina.
  • JEPUN:
    • Kesatuan Melayu Muda (KMM) Ibrahim Yaakob dll dibebaskan
      • Pasukan Pembela Tanah Air (PETA)
      • Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS)
    • Galakan penubuhan parti India:
      • Liga Kemerdekaan India (IIL)
      • Tentera Nasional India (INA)
    • Kesan penindasan terhadap kaum Cina
      • Parti Komunis Malaya (PKM)
      • Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)

SELEPAS PERANG

  • Rancangan Malayan Union 1 April 1946 untuk menggabungkan kesemua 9 negeri Melayu dan 2 negeri Selat dalam satu unit pentadbiran diketuai Gabenor British.
    • Diterima orang Cina dan India (kerakyatan-Jus Soli)
    • Dibantah oleh orang Melayu bimbang hak kewarganegaraan yang longgar akan menjejaskan kedudukan dan hak istimewa serta kepentingan politik Melayu, kehilangan kuasa Raja-raja Melayu.
    • Timbul konflik antara orang Melayu-orang bukan Melayu.
  • UMNO ditubuhkan 11 Mei 1946 bagi menentang Malayan Union dan Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu Februari 1948.
    • Orang Cina menentang kewarganegaraan Persekutuan kerana syarat penguasaan bahasa Melayu sebagai keperluan untuk memohon menjadi warganegara.
    • Orang Melayu setuju syarat kewarganegaraan diperketat kepada kaum bukan Melayu dan pengembalian kuasa raja-raja Melayu.

ZAMAN DARURAT SEHINGGA PEMBENTUKAN MALAYSIA

  • Hubungan etnik semakin tegang pada zaman Darurat Tanah Melayu 16 Jun 1948 – 31 Julai 1960 (komunis PKM & MPAJA menentang Jepun).
    • Lebih memburukkan keadaan, British: rancangan penempatan semula.
      • Pergaulan Cina-Melayu terbatas.
  • Penguasaan ekonomi Tanah Melayu oleh kaum pendatang, penglibatan orang Cina dalam politik (gabungan UMNO- MCA) dan perjuangan setiap etnik dalam mempertahankan budaya, bahasa dan pendidikan masing-masing mengeruhkan lagi keadaan.
  • Pakatan kerjasama orang Melayu, Cina, India melalui Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC telah meyakinkan British dan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
  • Kerajaan Perikatan memupuk penyatuan etnik menerusi Sistem Pelajaran Kebangsaan – melantik Jawatankuasa Rahman Talib 18 Februari 1960. Menjadi Akta Pelajaran 1961.
    • Melahirkan persefahaman dan perpaduan etnik (penggunaan bahasa kebangsaan dlm peperiksaan awam)
  • kerjasama orang Melayu, Cina dan India melalui Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC telah Berjaya memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
  • Kerajaan mengurangkan jurang perbezaan kemajuan dan pembangunan antara penduduk bandar (bukan Melayu) dan penduduk luar bandar (Melayu) melalui Rancangan Tanah Melayu Pertama (1956-1960).
    • Pembangunan sektor luar bandar (sektor pertanian secara komersial)
  • Politik negara stabil di bawah kerajaan Perikatan selepas darurat disytihar berakhir pada 31 Julai 1960.
  • Pada 27 Mei 1961, TAR mencadangkan pembentukan Malaysia.
  • Pada 16 September 1963 Persekutuan Malaysia telah dibentuk (Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah/Borneo Utara, Singapura-berpisah pada tahun 1965).

DARI MALAYSIA HINGGA KINI

  • Pembangunan negara dan ekonomi melalui Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
    • Penerokaan tanah dan pembangunan pertanian
    • TIDAK menekankan soal mewujudkan interaksi, kerjasama atau memupuk kesefahaman antara etnik.
  • Konflik etnik 13 Mei 1969 kerana jurang perbezaan sosioekonomi antara etnik, ketidakfahaman, perasaan percaya belum wujud, isu sensitif (bahasa, pendidikan dan kepentingan etnik) dan PR (pilihan raya) 1969.
  • 13 Mei 1969: PR 1969 Parti Perikatan hilang sokongan kepada DAP dan Gerakan serta PPP (People’s Progressive Party) di Perak.
    • 12 Mei berlaku perarakan kemenangan DR. Tan Chee Khoon (Gerakan) dan penyokongnya melanggar syarat perarakan dan memasuki kawasan penempatan orang Melayu di Kg Baharu.
      • Mengejek orang Melayu
    • Orang Melayu berkumpul di kediaman MB Datuk Harus Idris di Kg. Baharu dan bergerak ke Jalan TAR, berlaku rusuhan kaum.
      • Berlaku serangan di antara orang Melayu dan Cina
      • 6,000 hilang kediaman, 184 kematian, 211 kenderaan musnah, 753 bangunan dirosakkan
    • Undang-undang Darurat diisytihar 15 Mei 1969.
  • Peristiwa Kampung Medan Mac 2001 dan Peristiwa 5 Mac 2001.
    • Konflik di antara orang India - orang Melayu
    • 5 kematian, 37 cedera dan 153 orang ditahan
  • Timbul kesedaran untuk menyemai perpaduan etnik.
  • Memupuk perpaduan dengan penubuhan;
    • Majlis Gerakan Negara
    • Majlis Perundangan Negara
    • Majlis Muhibah Negara
    • Majlis Perpaduan Negara
    • Jabatan Perpaduan Negara
    • Kementerian Perpaduan Negara
  • Hubungan etnik berada di tahap yang memuaskan.

SEJARAH HUBUNGAN ETNIK DI SABAH DAN SARAWAK

SABAH

  • Taburan penduduk di Sabah tidak seimbang.
  • Perhubungan etnik berdasarkan penempatan;
    • Penduduk Bumiputera Islam
      • PEKERJAAN: Pencarian hasil laut
      • PENEMPATAN: Kawasan pesisiran pantai
      • KUMPULAN ETNIK: Bajau, Idahan, Sulu, Orang-Sungai, Iranun, Bisaya, Melayu- Brunei
      • KEPERCAYAAN: Islam
    • Penduduk Bumiputera Bukan Islam
      • PEKERJAAN: Bercucuk tanam dan memburu binatang
      • PENEMPATAN: Kawasan pendalaman
      • KUMPULAN ETNIK: Kadazan Dusun, Murut, Rungus
      • KEPERCAYAAN: Animisme, Kristian
    • Penduduk Bukan Bumiputera
      • PEKERJAAN: Perniagaan
      • PENEMPATAN: Kawasan bandar
      • KUMPULAN ETNIK: Cina
      • KEPERCAYAAN: Buddha
  • Hubungan yang harmoni di Sabah kerana penduduk lebih meletakkan keutamaan kepada kebudayaan dalam urusan kehidupan bermasyarakat berbanding perbezaan agama.
  • Hubungan etnik di Sabah lebih harmoni dengan adanya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
    • Mementingkan ikatan kekeluargaan berbanding agama

SARAWAK

  • Perhubungan etnik di Sarawak adalah keadaan yang dingin, kesan dasar pentadbiran Raja Brooke yang mengasingkan kumpulan etnik mengikut kepentingan mereka (penempatan dan pekerjaan).
    • Penduduk Bumiputera Islam (Melayu)
      • DASAR RAJA BROOKE: Membantu pentadbiran Brooke
      • PENEMPATAN: Kawasan pesisiran sungai, kampung Melayu
    • Penduduk Bumiputera Bukan Islam
      • DASAR RAJA BROOKE: Orang Dayak: Pertahanan dan perluasan kuasa Brooke di Sarawak
      • PENEMPATAN: Di rumah panjang, kampung terpencil
    • Penduduk Bukan Bumiputera (Cina)
      • DASAR RAJA BROOKE: Pembangunan ekonomi
      • PENEMPATAN: Kawasan bandar, pekan, kampung Cina
  • Hubungan etnik di Sarawak semakin baik di bawah pentadbiran British
    • Wujud ruang interaksi antara kaum
    • Kemajuan dalam aspek sosial dan ekonomi
  • Sehingga kini hubungan etnik di Sarawak lebih harmoni melalui;
    • Perkahwinan campur
    • Toleransi agama
    • Kesedaran melalui pendidikan
  • Hubungan politik di Sabah dan Sarawak mula dikesan menjelang pembentukan Malaysia.
  • Pembentukan Malaysia 1963, Berjaya memberi Kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura

USAHA KE ARAH PEMUPUKAN KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK

  • CLC (Communities Liaison Committee)
  • IMP (Independence of Malaya Party) – Dato’ Onn
  • MCA (Malayan Chinese Association) & UMNO
  • PERIKATAN UMNO-MCA-MIC/ BN
  • PAKATAN RAKYAT
  • PAKATAN HARAPAN
  • GAGASAN SEJAHTERA
  • Parti-parti di Sabah
  • Parti-parti di Sarawak

CLC (JAWATANKUASA PERHUBUNGAN KAUM)

  • Communities Liaison Committee (CLC)
  • Januari 1949 Dato’ Onn Jaafar dan Sir Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara) – menubuhkan badan berbilang etnik dgn tujuan untuk mewujudkan kesefahaman dan kerjasama yg lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik. (PENASIHAT)
  • Dianggotai
    • 5 orang pemimpin Melayu
    • 4 orang wakil Cina
    • 1 wakil India, Serani, Ceylon
    • 1 wakil Eropah
    • Penasihat/pegawai perantara CLC-Kerajaan British (Malcolm MacDonald) E. E. C. Thuraisingham (PENGERUSI) Sir Roland Braddell Tun Tan Cheng Lock
  • CLC:
    • Sepakat sistem pendidikan bukan bercorak perkauman (guna BI/BM di Sekolah Rendah Kerajaan)
    • Setuju hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli harus diperluas kepada orang bukan Melayu.
    • Meningkatkan kerjasama ekonomi antara orang bukan Melayu dengan orang Melayu. Kerajaan sedia kemudahan latihan, pendidikan dan bantuan (RIDA-1950).
    • Sebulat suara setuju orang Melayu wajar mempunyai kedudukan istimewa di negara ini
    • Wujud dasar sama rata antara semua etnik dalam politik negara dengan berteraskan demokrasi dan hak asasi manusia.
      • Beri latihan dalam pentadbiran
      • Buka peluang bagi kaum bukan Melayu dalam sektor perkhidmatan awam serta politik.
  • CLC tidak dapat mengembangkan usahanya kerana CLC terkubur.
    • Krisis Dato’ Onn Jaafar – UMNO.
      • Dato’ Onn menubuhkan IMP (Independence of Malaya Party).

Independence of Malaya Party (IMP)

  • 16 September 1951, presiden UMNO pertama, Dato’ Onn Jaafar meninggalkan parti UMNO dan menubuhkan IMP.
    • Keahlian IMP dibuka kepada semua kumpulan etnik dengan matlamat utama untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dalam masa 10 tahun.
    • IMP berjaya membentuk parti pelbagai etnik, namun kurang mendapat sambutan.
      • Komuniti etnik berlainan ini masih tidak bersedia untuk bekerjasama dalam satu parti.
  • IMP, parti berbilang etnik:
    • Pembentukan kerajaan dan Negara merdeka dalam lingkungan Komanwel.
    • Pengiktirafan hak perdagangan bebas dan kemudahan untuk semua serta perlindungan untuk pelabur.
    • Persamaan peluang dan ganjaran tanpa mengira jantina dan peluang yg sama untuk golongan muda.
    • Kerakyatan umum dan hak mengundi untuk orang dewasa.
    • Hasil yg terbaik daripada demokrasi dan kebebasan asasi serta suasana kehidupan yg menjadikan hidup lebih penting dan produktif.
  • IMP berjaya membentuk parti pelbagai etnik, namun kurang mendapat sambutan.
    • Komuniti etnik berlainan ini masih tidak bersedia untuk bekerjasama dalam satu parti.
    • Orang Cina lebih berminat terhadap MCA
    • Orang India menganggotai MIC kerana inginkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan segera
      • Dasar politik Dato’ Onn, penduduk perlu dilengkapkan dengan pendidikan, pengetahuan dan kematangan politik sebelum mencapai kemerdekaan
    • Orang Melayu kurang yakin dengan konsep berbilang kaum oleh IMP.
  • IMP gagal diteruskan tetapi membawa perubahan besar dalam corak politik Negara (idea politik gabungan).
  • Dato Onn Jaafar meneruskan perjuangan dalam Parti Negara.

PARTI PERIKATAN

  • PERIKATAN UMNO-MCA
  • PERIKATAN UMNO-MCA-MIC
  • BARISAN NASIONAL

United Malays National Organization (UMNO)

  • UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar (Presiden UMNO pertama sehingga 1951).
  • Objektif:
    • Menentang Malayan Union
    • Menyatukan orang Melayu dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dengan slogan Hidup Melayu.
    • Sehingga 1951, 39 bahagian UMNO ditubuhkan dengan keahlian seramai 100,375.
    • 2 bahagian utama:
      • Pemuda UMNO - 1949
      • Puteri UMNO - 1947
  • Parti yang mewakili orang Melayu dan memainkan peranan penting dalam kemerdekaan Tanah Melayu.

Malayan Chinese Organization (MCA)

  • Idea Tun Tan Cheng Lock
  • 27 Februari 1949 di bawah tajaan 16 pemimpin Cina.
    • Tun Tan Cheng Lock = Presiden MCA
    • Yong Shook Lin = Setiausaha Kehormat MCA
    • Khoo Teck Ee = Bendahari Kehormat MCA
  • Objektif asas:
    • Untuk menjalin dan memelihara kebajikan dan keharmonian antara etnik.
    • Untuk menggalakkan dan melindungi kepentingan sosial, ekonomi, politik dan budaya orang Cina.
    • Untuk memajukan dan membantu mengekalkan suasana aman damai.
  • MCA sbg sebuah parti politik yang mewakili orang Cina di Tanah Melayu pada tahun 1952 – Perikatan UMNO-MCA.

The Malayan Indian Congress (MIC)

  • MIC ditubuhkan pada 8 Ogos 1946
  • Presiden MIC yang pertama: John A. Thivy
  • Pemimpin MIC tersohor: Tun Sambathan
  • Objektif:
    • Untuk melindungi kepentingan sosial, ekonomi, politik dan budaya komuniti India di Malaya.
    • Untuk memperjuangkan hak politik di seluruh Malaya.
    • Mewakili komuniti India dalam menyuarakan pendapat terhadap kerajaan.
  • Pada April 1954, MIC menyertai Parti Perikatan bersama UMNO dan MCA.
  • 7,000 keahlian MIC pada 1949; 20,000 pada 1955.

PERIKATAN UMNO-MCA-MIC

  • Januari 1952 UMNO dan MCA perkongsian kuasa politik antara parti politik (Perikatan UMNO-MCA).
    • Menang 9 kerusi PR Majlis Perbandaran KL 1952, penduduk mula menerima kerjasama etnik dalam proses politik negara.
  • MIC turut serta pada Oktober 1954 (Perikatan UMNO-MCA-MIC) untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
    • Menang 51 (dari 52 kerusi) PR Persekutuan pertama 1955. Perikatan layak membentuk kerajaan.
    • Berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan mendapat sokongan ramai dari pelbagai etnik di Tanah Melayu.
  • 1974: Perikatan telah ditukar kepada BARISAN NASIONAL.

BARISAN NASIONAL

  • Perikatan UMNO-MCA-MIC. Kemudian BN selepas didaftarkan pada 1 Jun 1974.
  • 13 anggota parti komponen BN – sehingga pertengahan tahun 2018
  • SENARAI PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL
    • Barisan Nasional (BN)
      • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
      • Persatuan Cina Se-Malaysia (MCA)
      • Persatuan India Se-Malaysia (MIC)
      • Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
      • Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)
      • Parti Liberal Demokratik (LDP)
      • Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
      • Parti Bersatu Sabah (PBS)
      • Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP)
      • Parti Rakyat Sarawak (PRS)
      • Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
      • Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
      • Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
  • Kerajaan mahu menjuruskan dasar-dasarnya kepada perpaduan etnik dalam proses politik di Malaysia.
  • Objektif BN:
    • Memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yg harmoni dan bersatu padu.
    • Berusaha mencapai pembangunan jasmani dan rohani dan mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan, dan menegakkan dan mengamalkan prinsip Rukun Negara.
    • Berusaha mewujudkan satu masyarakat adil dan saksama.
    • Berusaha utk mengeratkan perhubungan dlm kalangan parti anggota.
  • Sehingga 23 Jun 2018, hanya tinggal tiga parti komponen dalam BN:
    • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
    • Persatuan Cina Malaysia (MCA)
    • Kongres India Malaysia (MIC)

PAKATAN RAKYAT

  • Dahulu Barisan Alternatif (1999-2004)
  • People’s Pact/People’s Alliance – 1 April 2008
  • Pakatan Harapan - 22 September 2015
  • Terdiri daripada:
    • Parti Keadilan Rakyat (PKR) - 1999
    • Democratic Action Party (DAP) -1965/66
    • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - 1951
  • Mencapai kerjasama politik bagi menentang BN dlm PRU 12 (2008).
  • Berjaya memenangi sokongan rakyat dan mengakibatkan BN hilang majoriti 2/3 PRU 2008.
    • Menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
  • Ideologi Pakatan Rakyat:
    • Keadilan sosial
    • Kemajuan
    • Demokrasi sosial
    • Kebajikan awam
  • Membela rakyat terpinggir.
  • Memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira etnik spt yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
  • 16 June 2015, Lim Guan Eng mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat atas tiada kerjasama antara satu parti (PAS) dengan satu parti komponen yang lain.
  • Pakatan ini dikatakan diganti dengan Pakatan Harapan.
  • Pakatan Harapan
    • 1. Parti Keadilan Rakyat (Keadilan/PKR)
    • 2. Parti Tindakan Demokratik (DAP)
    • 3. Parti Amanah Negara (Amanah)
    • 4. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
    • 5. Parti Warisan Sabah (Sabah)
  • Gagasan Sejahtera
    • 1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
    • 2. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)
    • 3. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa)

PAKATAN HARAPAN

  • Pakatan Harapan - 22 September 2015
  • Parti campuran ini ditubuhkan pada 22 September 2015, terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.
  • Parti Pekerja-Pekerja Malaysia diganti oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah mengesahkan status permohonannya.
  • Pakatan Harapan berjaya menewaskan parti yang dahulunya dikatakan parti kerajaan di Malaysia iaitu Barisan Nasional.
  • PRU-14 Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
    • Tun Dr.Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7
    • Dato' Seri Dr.Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  • PAKATAN HARAPAN
    • Ketua Umum: Anwar Ibrahim (PKR)
    • Pengerusi: Mahathir Mohamad (PPBM)
    • Presiden: Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
    • Timbalan Presiden:
      • Muhyiddin Yassin (PPBM)
      • Lim Guan Eng (DAP)
      • Mohamad Sabu (AMANAH)

PERIKATAN NASIONAL

  • PERIKATAN NASIONAL
    • Malaysian United Indigenous Party
      • BERSATU
      • Malay
      • Centre-right
      • Muhyiddin Yassin
    • Malaysian Islamic Party
      • PAS
      • Islamism
      • Far-right
      • Abdul Hadi Awang
    • Malaysian People's Movement Party
      • GERAKAN
      • Liberalism
      • Centre
      • Dominic Lau Hoe Chai

PARTI PERIKATAN SABAH

  • Parti Perikatan Sabah (UNKO, USNO, Pasok Momogun, SANAP)
  • United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO): Gabungan UNKO dan Pasok Momogun (B/P bukan Islam)
  • Konflik USNO vs UPKO (USNO bergabung SCA)
  • Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) ditubuhkan (gabung USNO) – ditentang Parti Bersatu Sabah (PBS)
  • PBRS, PBS, SAPP, UPKO pernah menyertai parti komponen BN
    • Penduduk Bumiputera Islam
      • PARTI POLITIK: United Sabah National Organisation (USNO)
    • Penduduk Bumiputera Bukan Islam
      • PARTI POLITIK: United National Kadazan Organization (UNKO)
    • Penduduk Bukan Bumiputera
      • PARTI POLITIK: SANAP/Parti Kebangsaan Borneo Utara; kini dikenali sbg SCA Pasok Momogun
      • Parti Bersatu Sabah (PBS)

PARTI PERIKATAN SARAWAK

  • Parti Perikatan Sarawak (PANAS SNAP, BARJASA, PESAKA, SCA) - SUPP parti pembangkang
  • PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB) (PANAS, BARJASA, PESAKA) – gabungan Bumiputera
  • PBB, SNAP, SUPP pernah menyertai parti komponen BN
    • Penduduk Bumiputera Islam (Melayu)
      • PARTI POLITIK: Parti Negara Sarawak (PANAS) 1960
      • Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
    • Penduduk Bumiputera Bukan Islam
      • PARTI POLITIK: Sarawak National Party (SNAP) 1961
      • Parti Pusaka Anak Sarawak (PESAKA)
    • Penduduk Bukan Bumiputera (Cina)
      • PARTI POLITIK: Sarawak United People’s Party (SUPP) 1959 –Parti pertama
      • Sarawak Chinese Association (SCA)

USAHA KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA MADANI

DASAR SOSIAL

  • Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, ideologi kebangsaan dibentuk untuk menyatukan pelbagai etnik.
  • Dasar-dasar pembangunan dirangka oleh kerajaan
    • DEB
    • Prinsip Rukun Negara
    • PLKN
    • 1Malaysia

RUKUN NEGARA

  • Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
  • Oleh Majlis Perundangan Negara (MPN), diluluskan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
  • Setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
  • Sebagai ideologi nasional Malaysia.
  • Sebagai rujukan dan garis panduan penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan supaya perpaduan etnik dapat dicapai.
  • IKRAR RUKUN NEGARA
    • Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
      • Kepercayaan kepada Tuhan
      • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
      • Keluhuran Perlembagaan
      • Kedaulatan Undang-undang
      • Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan

  • Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
  • Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
  • Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
  • Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

  • Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
  • Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
  • Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

  • Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
  • Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
  • Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
  • Merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.

Kedaulatan Undang-Undang

  • Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang- undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.
  • Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
  • Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
  • Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Kesopanan dan Kesusilaan

  • Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
  • Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.
  • Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

  • Dicetuskan dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002.
  • Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) diluluskan oleh Kabinet, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Dilaksanakan pada 16 Februari 2004.
  • Objektif Program Khidmat Negara:
    • Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
    • Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
    • Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
    • Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
    • Melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri.
  • PLKN (Kerahan Tenaga) disertai oleh remaja berumur 18 tahun yang dipilih secara rawak.
  • Terdapat 2 modul latihan;
    • Teras (fizikal, kenegaraan dan karakter)
    • Tambahan (kerohanian, kebudayaan dan nilai)
  • PLKN 3.0 dilaksana dengan format baharu bermula Jun/Julai 2025
    • Terbahagi kepada:
      • FASA PRA PLKN
        • Pelajar tingkatan 4
        • Dilaksana di sekolah ketika kegiatan kokurikulum
      • FASA PLKN ASAS
        • Remaja 17 tahun dan ke atas
        • Mulai April 2026
        • Di 13 kem Askar Wataniah, 20 universiti awam dan politeknik terpilih