AL

Perlembagaan Malaysia

BAB 3: Perlembagaan Malaysia

  • Perlembagaan Malaysia adalah dokumen yang mengandungi himpunan undang-undang dasar.
  • Prinsip-prinsip asas yang dianggap penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
  • Prinsip-prinsip tentang perkaitan antara sebuah badan pemerintah dengan badan pemerintah yang lain.
  • Menentukan bagaimana sesuatu negeri itu diasas dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai.

3.1 Sejarah Perlembagaan di Malaysia

  • Hasil Pembelajaran:
    • Menjelaskan sejarah Perlembagaan di Malaysia.
    • Memahami Kontrak Sosial antara Melayu & Bukan Melayu.
    • Mengetahui tentang Hak Asasi (Perkara 5-13).

Definisi Perlembagaan

  • Satu dokumen yang mengandungi himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas yang dianggap penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
  • Prinsip-prinsip tentang perkaitan antara sebuah badan pemerintah dengan badan pemerintah yang lain.
  • Merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan bagaimana sesuatu negeri itu di asas dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai.

Jenis-jenis Perlembagaan

  • Perlembagaan Bertulis
    • Undang-undang perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu kanun atau naskhah.
    • Sukar dipinda KECUALI wujud peruntukan tertentu dalam perlembagaan yang membolehkan ia dipinda.
  • Perlembagaan Tidak Bertulis
    • Perlembagaan yang semua prinsip undang-undang perlembagaan tidak terkumpul dalam satu kanun/naskhah.
    • Adat resam dan tradisi, keputusan mahkamah, akta parlimen dan pandangan para ilmuan undang-undang terkemuka.

Ciri-ciri Perlembagaan

  • Bertulis: Mengandungi segala peraturan penting berkaitan negara, organ-organ dalam negara serta kuasa-kuasa mereka.
  • Undang-undang tertinggi (Perkara 4 (1)):
    • Memperuntukkan kuasa.
    • Menghalang penyalahgunaan kuasa.
    • Sukar dipinda (memerlukan persetujuan majoriti @ 2/3 dewan) – PERKARA 159
  • Di Malaysia, tiada satu institusi yang boleh mengatasi Perlembagaan.
    • Badan Kehakiman
    • Badan Perundangan
    • Badan Eksekutif
    • YDPA tertakluk di bawah ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
      Ianya perlu dipatuhi oleh setiap individu rakyat pelbagai kaum.

Organ-organ dalam negara

  • Eksekutif/Pentadbiran
    • PM + Kabinet/Jemaah Menteri (kewangan, Pendidikan, kesihatan, wanita, pembangunan, pertahanan, agama)
    • 5 tahun
    • Jaga bahagian masing/portfolio
    • MAJUKAN Negara > PEMBANGUNAN NEGARA (dasar2 dalam negara)
  • Legislatif/Perundangan
    • Parlimen (Dewan Negara 3 tahun (2x), Dewan Rakyat 5 tahun, YDPA)
    • Undang2 (sivil, jenayah)
  • Kehakiman/Judisiari
    • Ketua Hakim Negara (AGONG) + Mahkamah (Syariah, majistret 2/1/sesyen, 1 persekutuan, 2 rayuan, juvana, 3 tinggi)
    • Melaksanakan undang2

Ciri-ciri Perlembagaan

  • Prinsip-prinsip asas (fundamental)
    • Prinsip tentang corak pemerintahan, kuasa perundangan, kebebasan asasi dan perkara tentang pentadbiran negara dan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat.
  • Kedudukan tertinggi (supreme)
    • Undang-undang tertinggi dalam negara.
    • Peraturan/undang-undang yang digubal tidak boleh bertentangan atau melampaui bidang kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
  • Kukuh (rigid)
    • Tidak boleh diubah atau dipinda dengan sewenang-wenangnya, kecuali mengikut prosedur yang digariskan oleh perlembagaan.

Tujuan Perlembagaan

  • Menetapkan peraturan bagi mengawal pergerakan atau kebebasan rakyat dan kerajaan.
  • Menjadi garis panduan untuk menyelesaikan sesuatu pertikaian yang timbul.
  • Memelihara keamanan dan kestabilan politik.
  • Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada setiap warganegara dalam konteks perhubungan kaum.

Evolusi Sejarah Perlembagaan Persekutuan

  • Tanah Melayu 1948: Tanah Melayu dibentuk
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957: Tanah Melayu bebas merdeka
  • Perlembagaan Persekutuan Malaysia 16 September 1963: Malaysia dibentuk

Sejarah Perkembangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia

  • Bermula sejak abad ke-19 – penjajahan British
  • British:
    • Perlembagaan Malayan Union 1 Mac 1946
    • Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1 Februari 1948
    • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 31 Ogos 1957
    • Perlembagaan Persekutuan Malaysia 16 September 1963

Malayan Union (Kesatuan Tanah Melayu) 1946

  • Carta organisasi pentadbiran British di Tanah Melayu
    • Parlimen British
    • Gabenor Malayan Union
    • Majlis Eksekutif
    • Majlis Undangan
    • Majlis Melayu (Majlis Raja-Raja Melayu)
    • Pesuruhjaya Negeri-Negeri

Peralihan kepada Persekutuan Tanah Melayu

  • Malayan Union 1946 telah dibatalkan dan diganti dengan pemerintahan baharu yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Demokrasi perlu segera dilaksanakan

Pilihan Raya Persekutuan Pertama 1955

  • Kejayaan penyatuan Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC

Kabinet / Jemaah Menteri 1955

Perjanjian London 1956

  • 8 Februari 1956
    • Perjanjian London ditandatangani.
    • Penetapan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
    • Suruhanjaya Reid dibentuk untuk mengambil pandangan penduduk Tanah Melayu (131 memorandum bertulis dari individu dan pertubuhan).
  • 1 Januari 1956
    • Rombongan ke London untuk rundingan kemerdekaan.
    • Terdiri daripada Tunku Abdul Rahman beserta 4 wakil Parti Perikatan dan 4 orang raja.

Cadangan Suruhanjaya Reid (SR) 1956

  • Tujuan: Menggubal satu perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
  • Pengerusi: Lord Reid (Britain)
  • Ahli-ahli Suruhanjaya:
    • Sir Ivor Jennings (Britain)
    • Sir William Mckell (Australia)
    • Hakim B. Malik (India)
    • Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
  • SR membuat 118 tinjauan dan pertemuan di seluruh negara (individu, parti, persatuan, dll).
  • Suruhanjaya Reid mengumpulkan 131 memorandum bertulis dari wakil pelbagai golongan.
  • Cadangan-cadangan terbaik adalah dari 2 memorandum
    • Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC)
    • Raja-raja Melayu
  • Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada Mei 1957 (11 ahli SR) – semak laporan SR.
  • Suruhanjaya Reid merangka berpandukan syarat-syarat:
    • Membentuk sebuah negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kukuh.
    • Mengekalkan hak dan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai pemerintah berperlembagaan di negeri masing-masing.
    • Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah bagi kaum lain.
    • Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam.
    • Menubuhkan sebuah negara yang berasaskan prinsip-prinsip demokrasi.

Pengisytiharan Kemerdekaan

  • 8 Ogos 1957: Menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka di Kuala Lumpur
  • Rang Perlembagaan telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957.
  • Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.
  • PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (YANG MERDEKA) TERBENTUK PADA 31 OGOS 1957
  • Tunku Abdul Rahman: Perdana Menteri Tanah Melayu pertama
  • Tuanku Abdul Rahman: Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu pertama
  • 16 SEPTEMBER 1963: TANAH MELAYU TELAH BERGABUNG DENGAN SABAH, SARAWAK DAN SINGAPURA MEMBENTUK PERSEKUTUAN MALAYSIA.
    PEMBENTUKAN INI BERJAYA DILAKSANAKAN APABILA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963 BERJAYA DIBENTUK OLEH JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK) YANG DIKETUAI OLEH LORD LANSDOWNE.

Sistem Pemerintahan Malaysia

  • Persekutuan (Federalisme)
  • Raja Berperlembagaan
  • Demokrasi Berparlimen
  • Islam agama rasmi
  • Bahasa Melayu
  • Kedudukan istimewa Melayu/Bumiputera
  • Ketertinggian Perlembagaan
  • Pengasingan 3 Badan Tertinggi
  • Hak-Hak Asasi Rakyat

Ketertinggian Perlembagaan

  • YDPA
  • Badan Eksekutif
  • Badan Kehakiman
  • Badan Perundangan
  • Perlembagaan Persekutuan Malaysia 16 September 1963
    • 183 Perkara
    • 16 Bahagian
    • 29%

Perkara Yang Pernah Dipinda

  • Pemisahan Singapura
  • Mengenai gender
  • Kekebalan raja
  • Pengurusan bekalan air
  • Kes rogol
  • Penukaran had umur mengundi kepada 18 tahun

Senarai Persekutuan

  • Pertahanan
  • Hal-hal luar negeri
  • Keselamatan dalam negeri
  • Undang-undang jenayah dan sivil
  • Kewarganegaraan
  • Pilihan raya
  • Perdagangan, Perniagaan dan Industri
  • Kewangan
  • Pengangkutan
  • Perkapalan
  • Kerjaraya Persekutuan dan Tenaga
  • Kesihatan dan Ubat
  • Pelajaran
  • Kebajikan Orang Asli
  • Buruh dan Kebajikan Sosial
  • Pekerjaan Ikhtisas
  • Persatuan yang tidak ditubuhkan
  • Kawalan pes pertanian
  • Hari kelepasan am Persekutuan
  • Penapisan Penerbitan
  • Perumahan Persekutuan
  • Panggung wayang dan pusat hiburan awam (kecuali lesen)
  • Syarikat kerjasama

Senarai Tugas Negeri

  • Undang-undang orang Muslim, agama dan adat Melayu
  • Pertanian dan Perhutanan
  • Tanah
  • Perkhidmatan tempatan
  • Kerajaan Tempatan
  • Jentera Kerajaan Negeri
  • Hari kelepasan Negeri
  • Kerjaraya Negeri dan Air
  • Penyu dan penangkapan ikan di sungai

Senarai Bersama

  • Kebajikan Sosial
  • Perlindungan binatang liar, taman kebangsaan
  • Biasiswa
  • Perusahaan Ternakan
  • Perancangan bandar dan desa (kecuali WP)
  • Pengaliran dan pengairan
  • Kesihatan Awam, peraturan kesihatan
  • Pemulihan tanah perlombongan

3.2 Kontrak Sosial antara Melayu & Bukan Melayu

Konsep Kontrak Sosial

  • Bermula di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 dan dipelopori oleh tokoh seperti Rousseau, John Locke dan Thomas Hobbes.
  • Persetujuan bersama rakyat berkaitan hak dan tanggungjawab mereka.
  • Menglibatkan;
    • Trustor/pencipta kepercayaan
    • Trustee/pemberi kepercayaan
    • Beneficiary/penerima manfaat daripada kepercayaan itu
  • Hubungan saling mempercayai.

Kontrak Sosial di Malaysia

  • Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada hari ini merupakan hasil dari Kontrak Sosial yang telah dipersetujui antara etnik dalam proses pembentukan Negara (toleransi).
  • Melayu
  • Bukan-Melayu
  • Konsep win-win solution/ situation
  • Persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa
  • Sedia berkorban
  • Kontrak Sosial antara kaum (Pakatan Murni)
Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan
  • Institusi Beraja
  • Agama Islam
  • Bahasa Melayu
  • Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera
Pemberian Kewarganegaraan
  • Jus soli (tempat lahir)
  • Jus sanguinis (keturunan darah)
  • Perkahwinan
  • Bermastautin
  • Orang Melayu
  • Orang Bukan Melayu

Manfaat kepada Orang Melayu (Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan)

  • I. Institusi Beraja
  • II. Agama Islam
  • III. Bahasa Melayu
  • IV. Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera
  • Perkara 32, Perkara 38(4)
    • Kedudukan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara.
    • Dari sistem beraja mutlak berubah menjadi sistem Raja Berperlembagaan.
    • YDPA adalah ketua agama Islam di Malaysia.

Raja Berperlembagaan di Malaysia

  • Sistem pemerintahan: Raja Berperlembagaan
  • Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara.
  • Agong akan dipilih dalam kalangan sembilan Raja-raja Melayu.
  • Majlis Raja-raja akan membuat undian pemilihan Agong setiap 5 tahun / berlaku kekosongan jawatan.

Senarai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di Malaysia

  • 1957 - 1960: Abdul Rahman (Negeri Sembilan)
  • 1960 - 1960: Hishamuddin Alam Shah (Selangor)
  • 1960 - 1965: Syed Harun Putra from Perlis
  • 1965 - 1970: Ismail Nasirrudin Shah (Terengganu)
  • 1970 - 1975: Abdul Halim Mu'adzam Shah (Kedah)
  • 1975 - 1979: Yahya Putra from Kelantan
  • 1979 - 1984: Ahmad Shah al -Mustain Billah (Pahang)
  • 1984 - 1989: Mahmud Iskandar from Johor
  • 1989 - 1994: Azlan Muhibbudin Shah from Perak
  • 1994 - 1999: Ja'afar from Negeri Sembilan
  • 1999 - 2001: Salehuddin Abdul Aziz Shah (Selangor)
  • 2001 - 2006: Syed Sirajuddin from Perlis
  • 2006 - 2011: Mizan Zainal Abidin from Terengganu
  • 2011 - 2016: Abdul Halim Mu'adzam Shah (Kedah)
  • 2016 - Kini : Sultan Muhammad V (Kelantan)
  • 2019 – Kini : Al -Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al -Mustafa Billah Shah

Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya.

  • (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
  • (2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
  • (3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.

Institusi Beraja

  • Institusi beraja yang wujud di Malaysia hari ini dilindungi oleh perlembagaan melalui Perkara 38(4) iaitu TIADA pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
  • Di peringkat pusat, YDPA menjalankan tugasnya menurut nasihat Kabinet.
  • Di peringkat negeri, raja bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.

  • (1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.
  • (2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apa saraan.
  • (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersil.
  • (4) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan mana-mana undang-undang Negeri.
  • (5) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali semasa lawatan Negara ke suatu negara lain.

II. Islam Agama bagi Persekutuan

  • Perkara 3: Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Harus dibaca bersama-sama dengan Perkara 8, 11, 12, 160 dan kedudukan Agong dalam hal ehwal agama Islam.
  • Perkara 11 (1): Walaupun agama Islam dianggap sebagai agama rasmi, namun agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas dalam Persekutuan Malaysia.

Perkara-perkara Berkaitan Perkara 3

  • Perkara 11 (4): kawal dan sekat penyebaran agama lain kepada orang Islam.
  • Perkara 11 (5): kawal dan sekat penyebaran agama sekiranya mengancam keselamatan negara.
  • Perkara 160: memberi definisi Melayu (beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu).
  • Raja/Sultan merupakan Ketua bagi agama Islam di negeri baginda.
  • YdPA pula merupakan Ketua agama Islam di negeri baginda, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

III. Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu

  • Perkara 152(1): Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, namun penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak dihalang.
  • Tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain malah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
  • Cth: Penggunaan bahasa Cina dan Tamil di media cetak atau elektronik, di sekolah-sekolah, dan subjek seperti Bahasa Iban, Bahasa Kadazan, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di sekolah.
  • Bahasa pengantara negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
  • Sebelum Perang Dunia Kedua, BM digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi (mesyuarat, surat-menyurat, perundangan & kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya)
    • Memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum (Mohd Salleh 1984).
  • Bahasa kebangsaan untuk memenuhi keperluan bagi menyatupadukan pelbagai etnik melalui penggunaan satu bahasa yang sama.

Perkara 150 (6A)

  • Hal-hal yang berhubung dengan bahasa Melayu, walaupun dalam keadaan darurat adalah dilindungi oleh perlembagaan.
  • Perisytiharan darurat mempunyai kesan menggantung sebahagian besar peruntukan perlembagaan.

Perkara 10 (4)

  • Menjadikan bahasa Melayu adalah antara perkara sensitif yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.
    • Tidak dapat dipinda oleh Parlimen jika tidak mendapat sokongan 2/3 dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 159 (5).

IV. Kedudukan Istimewa Orang Melayu & Bumiputera Sabah dan Sarawak

  • Perkara 153: Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
  • Hak keistimewaan ini meliputi:
    • Perjawatan dalam perkhidmatan awam
    • Permit, lesen perniagaan
    • Pendidikan

Special Rights of the Bumiputeras

  • The YDPA must exercise his constitutional functions, and his executive functions under federal law, to:
    • Generally, safeguard the special position of bumiputras
    • Specifically, establish quotas for bumiputras in:
      • Federal public service positions
      • Federal scholarships etc.
      • Federal trade or business licences
      • Tertiary education enrollment

Perkara 89

  • Tanah rizab Melayu

Perkara 90

  • Pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta tanah orang Melayu di Terengganu.

Perkara 8 (5) (f)

  • Kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu di-Raja hanya diperuntukkan kepada orang Melayu.
    • Keempat-empat unsur tradisi ini dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948
      la dianggap perkara sensitif, dilarang menjadi perbincangan awam.