AL

Perlembagaan Malaysia, Kontrak Sosial, dan Hak Asasi

Perlembagaan Malaysia

Hasil Pembelajaran

  • Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat menjelaskan:

    • 3. 1 Sejarah Perlembagaan di Malaysia

    • 3. 2 Kontrak Sosial antara Melayu & Bukan Melayu

    • 3. 3 Hak Asasi (Perkara 5-13)

Kontrak Sosial

  • Manfaat kepada Orang Bukan Melayu

  • Kontrak Sosial antara kaum (Pakatan Murni)

    • Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan

      • Institusi Beraja

      • Agama Islam

      • Bahasa Melayu

      • Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera

    • Pemberian Kewarganegaraan

      • Jus soli (tempat lahir)

      • Jus sanguinis (keturunan darah)

      • Perkahwinan

      • Bermastautin

      • Orang Melayu

      • Orang Bukan Melayu

Manfaat kepada Bukan Melayu (Pemberian Kewarganegaraan)

  • Tertakluk kepada peruntukan dalam Bahagian 3, Perkara 14 - Perkara 22.

  • Perkara 23 - Perkara 28 pula menjelaskan mengenai penamatan kewarganegaraan.

  • Jus Soli (tempat lahir)

  • Jus Sanguinis (keturunan darah)

  • Perkahwinan

  • Bermastautin

Jus soli (tempat lahir)
  • Seseorang yg lahir antara Hari Merdeka dengan bulan Oktober 1962 akan terus menjadi warganegara tanpa mengambil kira kewarganegaraan ibunya.

  • Seseorang yg lahir selepas September 1965;

    • Semasa dilahirkan, salah seorang daripada ibu bapanya ialah warganegara.

    • Semasa dilahirkan, salah seorang daripada ibu bapanya ialah orang yang tinggal bermastautin secara kekal di Malaysia.

    • Semasa dilahirkan, dia tidak mempunyai kewarganegaraan mana-mana negara.

  • Seseorang yg lahir di Malaysia tidak akan diterima menjadi warganegara sekiranya;

    • Salah seorang daripada ibu bapanya bukan warganegara Persekutuan.

    • Salah seorang daripada ibu bapanya bukan bermastautin secara kekal di Malaysia.

    • Bapanya bukan warganegara Malaysia dan bebas daripada guaman dan perjalanan undang-undang.

    • Bapanya bukan warganegara Persekutuan dan merupakan musuh asing serta tempat kelahirannya diduduki musuh ketika itu.

    • Terkait dengan jus sanguinis.

Jus sanguinis (keturunan darah)
  • Seseorang yg berketurunan warganegara akan tetap menjadi warganegara walaupun dia dilahirkan di luar negara kerana mewarisi kewarganegaraan bapanya.

  • Seseorang yg lahir di luar negara, syarat (kepada setiap yg lahir sebelum atau selepas Hari Malaysia);

    • Bapanya sendiri dilahirkan di Malaysia.

    • Bapanya berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada peringkat pusat/negeri.

    • Kelahirannya didaftarkan di Pejabat Konsul Malaysia atau kerajaan Malaysia dalam tempoh satu tahun selepas kelahirannya, atau tempoh panjang, tertakluk pada kerajaan.

Bermastautin
  • Contoh: Orang yang berumur 18 tahun ke atas dan dilahirkan dalam Persekutuan sebelum Hari Merdeka dengan syarat;

    • Bermastautin selama 5 tahun dari 7 tahun terdahulu dari dan hingga tarikh permohonan.

    • Berniat untuk kekal bermastautin dalam Persekutuan.

    • Berkelakuan baik.

    • Berpengetahuan bahasa Melayu yang mudah.

  • Melalui dua kaedah;

    • Kaedah Pendaftaran

    • Kaedah Masukan

Perkara 19 Naturalisasi/Masukan
  • Individu atau warganegara asing yang berumur 21 tahun ke atas dan berminat untuk menjadi warganegara Malaysia dengan syarat:

    • Menetap di Persekutuan Malaysia 10-12 tahun

    • Berniat menjadi pemastautin tetap

    • Tingkah laku yang baik

    • Berpengetahuan BM

    • Sumpah taat setia dengan Malaysia

Perkahwinan
  • Seseorang wanita asing yg telah menjadi isteri kepada warganegara Malaysia boleh membuat permohonan untuk didaftarkan menjadi warganegara dengan syarat suami wanita itu telah menjadi warganegara pada awal Oktober 1962 dan perkahwinan masih kekal.

  • Atau didaftarkan dengan syarat-syarat;

    • Telah bermastautin di Persekutuan selama dua tahun sebelum permohonan dibuat dan berniat untuk kekal bermastautin di dalam Persekutuan.

    • Berkelakuan baik.

    • Jika perkahwinannya telah didaftarkan menurut undang-undang yg berkuat kuasa dalam Persekutuan.

Perkara 15-18 : Pendaftaran
  • Isteri dan anak warganegara Berkahwin dengan warganegara, mastautin 2 tahun sebelum tarikh permohonan dan kelakuan baik.

  • Seorang yang berumur kurang 21 tahun

    • Didaftarkan oleh ibu bapa atau penjaga jika salah satu pihak itu warganegara dan lahir sebelum Oktober 1962

  • Seorang yang berumur 18 tahun dan lebih dan lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka

    • Mastautin 5-7 tahun, berniat, fasih BM, kelakuan baik.

  • Seorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia

    • Mastautin sebelum hari Malaysia dan selepas hari Malaysia (7-10 tahun sebelum permohonan)

Perkara 22 Percantuman Wilayah
  • Penduduk Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila ketiga-tiga wilayah ini bercantum pada 16 September 1963.

Perkara 23-28 PELUCUTAN KEWARGANEGARAAN
  • Menolak kewarganegaraan atas sebab tertentu;

    • Mendapat kewarganegaraan asing

    • Menetap diluar negara melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftarkan diri di pejabat konsulat setiap tahun

    • Tidak taat setia kepada negara melalui percakapan atau perbuatan

    • Berkerjasama dengan negara musuh Malaysia

    • Mendapat kewarganegaaran secara pendaftaran tetapi melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang hingga disabitkan kesalahan.

3.3 Hak Asasi (Perkara 5-13)

  • Laporan Suruhanjaya Reid mencadangkan agar Perlembagaan 1957 memperuntukkan hak-hak asasi bg mewujudkan sebuah demokrasi dan bebas.

    • Tujuan diwujudkan adalah untuk :

      • Menjamin pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain.

      • Untuk menjamin akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dlm masyarakat demokratik.

HAK ASASI RAKYAT
  • Perkara 5 Kebebasan diri.

  • Perkara 6 Keabdian dan Kerja Paksa dilarang.

  • Perkara 7 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.

  • Perkara 8 Kesamarataan di sisi undang-undang.

  • Perkara 9 Larangan buang negeri, dan kebebasan bergerak.

  • Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.

  • Perkara 11 Kebebasan Agama.

  • Perkara 12 Hak-hak berkenaan dengan pelajaran.

  • Perkara 13 Hak terhadap pemilikan harta.

PERKARA 5 – Kebebasan Diri
  • Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.

  • Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau kepada mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah di sisi undang-undang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.

PERKARA 6: Keabdian dan Kerja Paksa Dilarang
  • Tiada sesiapa pun boleh ditahan sebagai abdi.

  • Segala jenis kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.

  • Kerja berkaitan dengan menjalankan hukum penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah tidak dikira sebagai kerja paksa dalam erti Perkara ini.

PERKARA 7: Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang
  • Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.

  • Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama (Double Jeopardy) kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah membebaskan atau mensabitkannya itu.

PERKARA 8: Kesamarataan di sisi undang-undang
  • Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

  • Tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan.

PERKARA 9: Larangan buang negeri, dan kebebasan bergerak
  • Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang mengenai keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah, tiap-tiap warganegara adalah berhak bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.

  • Selagi sesuatu Negeri lain ada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan ini berbanding dengan Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberi oleh Fasal (2) berkenaan dengan bergerak dan bermastautin.

PERKARA 10: Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
  • BERCAKAP: Terdapat sekatan demi menjaga kepentingan keselamatan negara, hubungan baik dengan negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral, serta menentang penghinaan mahkamah, fitnah

  • BERHIMPUN: Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata, perlu mendapat kebenaran polis 10 hari sebelum perhimpunan.

  • MENUBUHKAN PERSATUAN: Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

PERKARA 11: Kebebasan Agama
  • Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

  • Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

PERKARA 12: Hak-hak berkenaan dengan pelajaran
  • Dengan tidak menyentuh keluasan makna Perkara 8, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir – pihak berkuasa harus menyelenggara institusi pendidikan.

  • Setiap kumpulan agama berhak menubuhkan institusi pendidikan berasaskan agama masing-masing.

PERKARA 13: Hak terhadap pemilikan harta
  • Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

  • Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Kesimpulan

  • Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil dari semangat toleransi, pengorbanan dan permuafakatan generasi terdahulu dari pelbagai etnik. Kontrak sosial yang telah dipersetujui dan telah tercatat secara bertulis dalam perlembagaan yang harus dihormati oleh semua kaum di Malaysia, atas prinsip ketertinggian atau KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Rujukan

  • Zaid Ahmad, et al. (2017). Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

  • Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik. Bangi: Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia.