AL

Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik

Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP)

Dasar Transformasi Negara (2011-2020)

  • Mengekalkan tumpuan berpaksikan rakyat melalui Model Baru Ekonomi.
  • Model ini menetapkan matlamat untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang inklusif serta mampan.

Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

  • Menumpukan kepada pembinaan keutuhan dan daya saing negara.

Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

  • Memberikan tumpuan kepada pencapaian pembangunan yang seimbang antara sektor utama ekonomi dan wilayah serta mengurangkan jurang sosioekonomi antara masyarakat.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990)

  • Memberikan tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tanpa mengira etnik dan penghapusan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

  • Dilaksanakan selama 20 tahun (RMK2 – RMK5).
  • Kesan dari “Dasar Pecah dan Perintah” Inggeris:
    • Wujud jurang ekonomi antara kaum.
    • Politik perkauman dan prasangka antara kaum.
  • Situasi ini tidak berubah selepas negara merdeka sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
  • Tun Abdul Razak memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970.
  • Matlamat:
    • Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
    • Menyusun semula masyarakat.

Tragedi 13 Mei 1969

  • Merupakan satu titik hitam kepada Malaysia.
  • Rusuhan kaum yang berlaku merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia.
  • Mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda berkait rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969".
  • Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 menyentuh emosi dan sentimen.
  • Menimbulkan perasaan tidak puas hati dan saling syak mengesyaki antara kaum.

Strategi Dasar Ekonomi Baru

  1. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan miskin desa melalui pembukaan tanah baru dan penempatan petani. Contoh: FELDA (kelapa sawit).
  2. Mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor perkilangan. Contoh: Operator pengeluaran (Shah Alam).
  3. Memperbaiki infrastruktur (jalan raya, pengairan). Contoh: Projek Lebuhraya (PLUS), Rancangan pengairan MUDA.
  4. Membaiki kemudahan awam (kesihatan, telefon dll). Contoh: Hospital kerajaan, Telekom Malaysia.
  5. Meluaskan peluang-peluang pekerjaan kepada semua kaum. Contoh: Jawatan doktor, jurutera, peguam kepada semua kaum.
  6. Mengalakkan penglibatan semua kaum dalam semua jenis aktiviti ekonomi, sosial dan politik. Contoh: Sektor ekonomi seperti IKS, usahawan.
  7. Memodenkan suasana hidup luar bandar. Contoh: Menyalurkan bekalan elektrik, air.

Wawasan 2020

  • Terkandung dalam ucapan dasar Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991.
  • Dalam kertas kerja “Malaysia melangkah ke hadapan”, Tun Dr. Mahathir mengemukakan pandangan tentang arah pembangunan negara.
  • Langkah-langkah perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. *Wawasan 2020 ada kaitan rapat dengan dokumen lain yang membicarakan pembangunan negara, iaitu :
    • RRJP2 atau Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1990 - 2000)
    • Rancangan Malaysia ke-6 (1991 - 1995)
    • Rancangan Malaysia ke-7 (1996 - 2000)
    • RRJP3 / Dasar Wawasan Nasional (2001 - 2010)
    • RRJP4 / Model Baru Ekonomi (2011-2020)
  • Matlamat menjadikan Malaysia negara maju dan industri tidak akan tercapai sehingga rakyat dan negara mengatasi sembilan cabaran asasi yang strategis.
  • Wawasan 2020 bolehlah dianggap sebagai memberi kerangka atau formula untuk mencapai sasaran sosioekonomi yang tertentu dalam masa tiga puluh tahun.

9 Cabaran Wawasan 2020

  1. Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu.
  2. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
  3. Membangunkan masyarakat demokrasi yang matang.
  4. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya.
  5. Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran.
  6. Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif.
  7. Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.
  8. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya.
  9. Mewujudkan masyarakat yang makmur.

Cabaran 1: Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu

  • Perpaduan bukan sekadar mewujudkan integrasi di kalangan kelompok etnik dan wilayah, tetapi lebih dari itu.
  • Dicirikan oleh kesejahteraan - rakyatnya menikmati bersama suasana kehidupan yang sejahtera dan persamaan hak serta keadilan.
  • Rakyat Malaysia harus menyedari dan berazam menerima negara Malaysia sebagai negara kita.
  • Sebuah negara bangsa yang bersatu padu hanya boleh dicapai apabila rakyatnya semua hidup sejahtera dan berkongsi persamaan hak dan keadilan.
  • Pembentukan bangsa Malaysia - satu identiti Malaysia.

Cabaran 2: Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri

  • Prasyarat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
  • Anggota masyarakat mestilah dididik dan dilatih dengan baik.
  • Melalui latihan dan didikan, keyakinan diri dapat diperteguhkan dan ini dapat membantu mewujudkan negara yang dinamik serta mampu menghadapi segala cabaran dan halangan.

Cabaran 3: Membangunkan masyarakat demokrasi yang matang

  • Masyarakat Malaysia perlu dibentuk untuk menjadi sebuah masyarakat demokrasi yang matang.
  • Mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang.
  • Demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

Cabaran 4: Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya

  • Budi pekerti yang luhur, nilai-nilai moral,etika, keagamaan dan kerohanian yang utuh adalah tunjang kepada pembentukan sebuah negara bangsa yang bersatu-padu.
  • Pembentukan masyarakat yang diidamkan tidak akan tercapai jika nilai-nilai ini tidak ditanam di dalam jiwa rakyat secara berterusan tanpa mengira latarbelakang budaya atau agama.
  • Pembangunan yang seimbang pula mengambil kira soal moral dan etika anggota masyarakatnya.

Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran

  • Sifat toleran merupakan prasyarat utama untuk mengekalkan perpaduan di kalangan kelompok etnik.
  • Rakyat mesti dengan ikhlas dan penuh toleran menerima dan melindungi hak mereka yang bukan seagama dan sebudaya dengannya mengamalkan kebudayaan serta kepercayaan masing-masing.

Cabaran 6: Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif

  • Sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam membawa kemajuan ekonomi dan material ke dalam sesuatu masyarakat.
  • Malaysia mesti membentuk sebuah 'masyarakat sains' yang progresif.
  • Apabila Malaysia berjaya menjadi negara pengguna teknologi dan pencipta teknologi baru akan terbentuk satu masyarakat yang bersifat sains yang progresif seperti yang dicitakan oleh Perdana Menteri.

Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang

  • Peranan komuniti dan masyarakat dalam menjaga kebajikan rakyat perlu disuburkan kembali.
  • Sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri mesti dibentuk dan akhirnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berbudi dan penyayang.

Cabaran 8: Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya

  • Pertumbuhan ekonomi yang pesat tanpa pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama bukanlah ciri negara yang benar-benar maju.
  • Pengagihan kekayaan secara adil dan saksama dikalangan rakyat perlu diteruskan.
  • Rakyat juga perlu diberi dan sedia menerima latihan yang cukup untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil ekonominya.
  • Masyarakat yang adil ekonominya tidak akan terbentuk selagi terdapat unsur-unsur penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok etnik yang tertentu.

Cabaran 9: Mewujudkan masyarakat yang makmur

  • Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara lain yang sedang berlumba-lumba mencapai kemakmuran untuk rakyatnya.
  • Untuk berjaya dalam persaingan ini dan mencapai kemakmuran untuk rakyat adalah wajar bagi Malaysia mewujudkan suatu ekonomi yang bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.
  • Pengkorporatan Malaysia (Malaysian Onccorporation) adalah satu usaha untuk mencapai matlamat ini, iaitu untuk mewujudkan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, tangkas dan berdaya tahan sebagai satu prasyarat kepada pembentukan masyarakat yang makmur.

Dasar Pandang ke Timur (DPKT)

  • Diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 8 Februari 1982.
  • Mengkaji, meneliti dan memilih contoh dan teladan terbaik dari Jepun dan Korea Selatan dan menyesuaikan dengan situasi di Malaysia.

Rasional

  • Jepun dan Korea Selatan dua negara pesat membangun di Asia Timur
  • Dua negara dijadikan contoh dan untuk mencapai matlamat pembangunan negara dalam pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta

Objektif

  • Meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan negara dan wujud nilai dan etika kerja yang positif
  • Tumpuan kepada kerajinan dan disiplin bekerja, keutamaan kumpulan, produktiviti dan kualiti, dan peningkatan kecekapan
  • Memperluaskan hubungan dagangan dengan rakan bukan tradisi

Strategi dan Program DPKT

  1. Perubahan Stuktur
    • Kad perakam waktu kerja (punch card)
    • Penggunaan name tag
    • Pejabat terbuka
    • Fail meja dan manual prosedur kerja
    • Penubuhan QCC (Quality Control Circle)
  2. Perubahan Sikap
    • Perkhidmatan cemerlang
    • Konsep bersih, cekap dan Amanah (BCA)
    • Kepimpinan melalui teladan
    • Nilai-nilai dan etika kerja
  3. Latihan dan Kursus
    • Latihan Perindustrian dan Teknikal
      • Tujuan program bagi melatih pekerja bidang teknikal untuk tinggikan kecekapan dan nilai kerja positif.
    • Program Pengajian Akademik
      • Beri peluang pelajar tuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Korea
    • Program Pengajian Teknikal
      • Peluang latihan teknikal lanjutan di Jepun dan Korea kpd pelajar lepasan SPVM dan Politeknik
    • Program Kemajuan Eksekutif
      • Latihan kpd eksekutif dalam bidang pengurusan Sogoshosha, perjawatan.
      • Skim Latihan Pembangunan Usahawan

DPKT 2.0

  • Jepun komited bantu laksanakan Dasar Pandang ke Timur
  • Jepun bersetuju untuk terus membantu Malaysia meneruskan Dasar Pandang ke Timur.

Kesimpulan

  • Kerajaan telah melaksanakan dasar-dasar ekonomi untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
  • Dasar ekonomi merangkumi Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Penswastaan, Dasar Perindustrian, Dasar Pertanian, Dasar Pensyarikatan dan Dasar Pandang Ke Timur serta Wawasan 2020.
  • Dasar yang telah dilaksanakan memberikan kesan kepada pembanguan ekonomi negara dan memacu negara ke arah negara maju.