ESEI SEJARAH STPM SEM2

Rangka Esei Sejarah STPM Penggal 2

  • Pendahuluan
    • Istilah jahiliah berasal daripada perkataan jahala bermaksud bodoh dan sesat.
    • Zaman jahiliah merujuk kepada zaman sebelum kedatangan Islam atau sebelum turunnya al-Quran.
    • Berlangsung selama tiga abad selepas keruntuhan kerajaan Saba’ hingga turunnya al-Quran atau selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW.
    • Masyarakat arab jahiliah hidup dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan, dan mundur dalam bidang ilmu pengetahuan.
    • Mengalami keruntuhan dari aspek agama, politik, ekonomi, sosial, dan ilmu pengetahuan.

Agama dan kepercayaan

  • Mengamalkan kepercayaan beragama dan kepercayaan animisme.
  • Terdiri daripada penyembahan berhala, pemujaan api, Nasrani, Yahudi dan agama Hanif.
  • Penyembahan berhala merupakan agama yang dominan.
  • Penganut agama Majusi melakukan pemujaan api.
  • Pemujaan api disertai dengan amalan korban manusia.
  • Penganut agama Majusi tinggal di Yaman dan Oman.
  • Penganut agama Nasrani terdiri daripada bani Israel.
  • Ajaran agama Nasrani telah dipesongkan dengan mengubah isi kandungan kitab Injil.
  • Contoh, kaum agama Nasrani seperti kaum Bakar dan Thalabah.
  • Ajaran agama Yahudi telah dipesongkan dengan mengubah isi kandungan kitab Taurat.
  • Contoh kaum agama Yahudi seperti bani Nadir.
  • Agama Hanif mengekalkan ajaran Tauhid dan mengesakan Allah.
  • Mengamalkan kepercayaan animisme seperti mempercayai roh dan kuasa ghaib.
  • Melakukan pemujaan unsur-unsur alam seperti bulan dan bintang.
  • Mempercayai kepercayaan karut seperti menilik nasib dan ilmu sihir.

Kegiatan ekonomi

  • Terdiri daripada pertanian, perdagangan, penternakan, pertukangan dan perniagaan.
  • Kegiatan pertanian mengalami kemerosotan selepas runtuhnya empangan Maarib.
  • Aktiviti perdagangan dieksploitasi oleh kaum Quraisy.
  • Telah memberi tekanan kepada golongan Badwi.
  • Golongan Badwi melakukan rompakan terhadap kafilah perdagangan kaum Quraisy.
  • Golongan Badwi menternak unta dan kambing serta hidup berpindah-randah.
  • Aktiviti ekonomi lain ialah mengukir patung berhala dan membuat senjata.
  • Masyarakat jahiliah mempunyai elemen chain of supply dalam sistem ekonomi mereka.

Politik dan intelektual

  • Mempunyai struktur pemerintahan yang teratur.
  • Kedudukan politik tergugat selepas dijajah oleh kuasa asing.
  • Tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang sesuai dengan zaman mereka.
  • Penyebaran ilmu pengetahuan yang terhad.
  • Tidak mewarisi ilmu daripada generasi sebelumnya menyebabkan mereka tidak dapat membina semula empangan Maarib.
  • Mereka buta huruf.
  • Tidak terdapat bahan bertulis pada zaman mereka.

Kesusasteraan

  • Mempunyai kemahiran bersyair, bersajak dan berkhutbah.
  • Contoh penyair, Imru al-Qais, Labid dan Antarah.
  • Karya yang bermutu dikenali sebagai al-Sab al-Muallaqat yang digantung di Kaabah.
  • Sebilangan syair mempunyai kata yang tidak sopan berkaitan dengan perempuan, arak dan judi yang dihasilkan untuk keseronokan semata-mata.
  • Karya berbentuk ilmiah jarang dihasilkan.
  • Kesusasteraan pada ketika itu tidak berjaya melahirkan masyarakat yang berbudaya murni

Sistem kabilah dan kedudukan kaum wanita

  • Sistem kabilah berfungsi mengawal sistem pentadbiran masyarakat.
  • Berlandaskan semangat assabiah.
  • Semangat assabiah bermaksud berbangga dan fanatik dengan kabilah mereka sendiri dan menghina kabilah lain.
  • Sanggup berperang dan membalas dendam untuk menuntut bela kabilah mereka yang mati.
  • Wanita kurang mendapat tempat yang sepatutnya.
  • Memandang rendah terhadap kaum wanita.
  • Contohnya, menanam bayi perempuan hidup-hidup.
  • Dilakukan kerana menganggap bayi perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.

Penutup

  • Zaman masyarakat jahiliah memperlihatkan ciri-ciri keruntuhan tamadun dari segi moral, akhlak, agama dan ilmu pengetahuan.
  • Zaman ini berakhir apabila Allah menurunkan kitab suci al-Quran sebagai petunjuk.
  • Istilah jahiliah berasal daripada perkataan jahala yang membawa maksud bodoh dan sesat.
  • Zaman jahiliah merujuk kepada zaman sebelum kedatangan Islam atau sebelum turunnya kitab suci al-Quran.
  • Zaman jahiliah berlangsung selama tiga abad iaitu selepas keruntuhan kerajaan Saba’ hingga turunnya kitab suci al-Quran atau selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW.
  • Sebilangan masyarakat arab jahiliah hidup dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan, dan mundur dalam bidang ilmu pengetahuan.
  • Mengalami keruntuhan dari aspek agama, politik, ekonomi, sosial, dan ilmu pengetahuan.
  • Masyarakat jahiliah bukanlah masyarakat yang jahil semata-mata kerana mereka juga pernah mencapai pelbagai kemajuan dalam kehidupan mereka.

Kemajuan bidang politik dan pentadbiran

  • Mempunyai institusi pentadbiran mengurus tatacara dan perjalanan hidup masyarakat.
  • Institusi tersebut diberi nama Majlis Kabilah.
  • Berperanan memastikan setiap kabilah mempunyai bidang tugas masing-masing.
  • Melaksanakan pembahagian tugas bagi melicinkan pentadbiran.
  • Membentuk pelbagai majlis tertentu.
  • Antaranya seperti Majlis Siqayah yang menguruskan air jemaah haji.
  • Wujud Majlis Rifadah untuk mengendalikan urusan makanan jemaah haji.
  • Wujud Majlis Liwa untuk menyediakan dan memimpin tentera.
  • Ketua kabilah dipilih daripada ahli-ahli kabilah dan wajib dihormati.
  • Berjaya mendirikan beberapa buah kerajaan.
  • Antaranya seperti Main, Saba’ dan Himyar.
  • Masyarakat jahiliah mementingkan keseragaman dalam bidang pentadbiran.

Kemajuan bidang pertanian

  • Bergiat aktif dalam bidang pertanian.
  • Menetap di kawasan bandar dan mahir dalam bidang pertanian.
  • Wujud kebun-kebun anggur dan pokok-pokok tamar.
  • Terlibat dengan penanaman lain seperti buah zaitun dan delima.
  • Mempelajari pelbagai teknik pertanian di Syam.
  • Mampu mengenali kesesuaian tanah untuk jenis tanaman.
  • Mampu membina dan menggunakan tali air, terusan dan empangan.
  • Antara empangan yang berjaya dibina seperti Empangan Maarib.
  • Menggunakan ilmu pertanian secara holistik.

Kemajuan bidang perdagangan

  • Masyarakat yang tinggal di bandar terlibat dalam bidang perdagangan.
  • Berjaya menguasai beberapa jaringan jalan perdagangan utama.
  • Kegiatan perdagangan menjangkau sehingga ke Afrika.
  • Kota Makkah menjadi pusat perdagangan utama.
  • Wujud pasar-pasar utama seperti Ukaz dan Zul Majaz.
  • Menggunakan mata wang emas dan perak.
  • Berjaya mengubah sistem tradisional tukaran barang kepada sistem penggunaan mata wang.
  • Berjaya mengadakan hubungan antarabangsa seperti India dan Mesir.
  • Mempunyai pengetahuan mengenai dunia luar.

Kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan

  • Wujud ilmu geografi seperti ilmu kelautan dan bintang-bintang sebagai petujuk jalan.
  • Mempunyai ilmu perubatan.
  • Mahir mengenal pasti penyakit dan cara mengubatinya.
  • Mahir mengenal pasti ubat-ubatan dan cara penggunaannya.
  • Belajar melalui pengalaman, pemerhatian dan peniruan dari negara lain.
  • Antara tokoh perubatan terkenal seperti Zuhair bin Khabbab.

Kemajuan bidang kesusasteraan

  • Wujud ramai penyair jahiliah lelaki dan perempuan.
  • Antara penyair seperti Imru al-Qays dan Antarah.
  • Berjaya mencapai taraf sastera yang tinggi.
  • Idea mereka dianggap sebagai perutusan yang berunsur falsafah bermutu.
  • Wujud pertandingan syair.
  • Penyair yang menang akan mendapat penghormatan besar.
  • Karya mereka akan ditulis dengan tinta emas dan digantung di Kaabah.
  • Karya syair tersebut dikenali sebagai Mu’allaqat al-Sab.
  • Mu’allaqat al-Sab bermaksud antologi tujuh puisi.
  • Bijak dan matang dalam urusan duniawi mereka.

Penutup

  • Masyarakat jahiliah pernah mencapai ketamadunan dalam pelbagai bidang.
  • Kemajuan tersebut membuktikan bahawa masyarakat jahiliah mempunyai pengetahuan untuk berjaya dalam kehidupan mereka.
  • Fokus untuk mencapai kejayaan mereka dengan pelbagai cara.

Ketidaktamadunan Masyarakat Arab Jahiliah

  • Istilah jahiliah berasal daripada perkataan jahala yang membawa maksud bodoh dan sesat.
  • Zaman jahiliah merujuk kepada zaman sebelum kedatangan Islam atau sebelum turunnya kitab suci al-Quran.
  • Zaman jahiliah berlangsung selama tiga abad iaitu selepas keruntuhan kerajaan Saba’ hingga turunnya kitab suci al-Quran atau selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW.
  • Sebilangan masyarakat arab jahiliah hidup dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan, dan mundur dalam bidang ilmu pengetahuan.
  • Mengalami keruntuhan dari aspek agama, politik, ekonomi, sosial, dan ilmu pengetahuan.
  • Masyarakat jahiliah bukanlah masyarakat yang jahil semata-mata kerana mereka juga pernah mencapai pelbagai kemajuan dalam kehidupan mereka.

Akidah yang terpesong

  • Dianggap sebagai zaman keruntuhan agama dan akidah.
  • Dikatakan hilang pedoman dan jahil dalam agama.
  • Mempunyai nilai dan kepercayaan yang rendah.
  • Tiada nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk.
  • Terdapat agama yang menyembah berhala.
  • Agama Yahudi telah terpesong daripada mengesakan Allah.
  • Mengamalkan kepercayaan animisme.
  • Kepercayaan animisme seperti menyembah fenomena alam seperti bulan dan matahari.
  • Kepercayaan mereka dipenuhi unsur-unsur mitos dan tahyul.

Akhlak yang rendah dan buruk

  • Mengamalkan nilai-nilai buruk dalam kehidupan.
  • Antaranya seperti suka berperang, berdendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, semangat assabiyah yang tinggi dan membunuh kanak-kanak perempuan.
  • Mempunyai tingkah laku yang kasar.
  • Tidak mengikut hawa nafsu.

Sistem pemerintahan yang lemah

  • Mengamalkan politik yang berasaskan kabilah.
  • Melibatkan perebutan kuasa yang hebat.
  • Berlaku diskriminasi puak.
  • Memuja kuasa dan bersikap agresif ketika memerintah.
  • Ketua kabilah saling menindas kuasa antara ketua kabilah yang lain.

Ilmu pengetahuan yang rendah

  • Jumlah masyarakat yang tahu membaca dan menulis adalah sedikit.
  • Tiada tradisi menyebarkan ilmu pengetahuan.
  • Masyarakat secara majoritinya hidup dalam buta huruf.
  • Contohnya, 17 orang sahaja yang tahu membaca dan menulis.
  • Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan semata-mata.
  • Mereka tidak menyebarkan ilmu kerana mempunyai sikap saling membenci dan sombong antara satu sama lain.
  • Mempunyai sikap angkuh dan sombong yang tinggi.
  • Hal ini dikatakan demikian kerana mereka hidup secara berkabilah.
  • Mempunyai semangat assabiyah yang tinggi.

Kedudukan dan hak wanita

  • Masyarakat jahiliah akan berasa malu jika mereka dikurniakan anak perempuan.
  • Bayi perempuan yang baru lahir akan ditanam secara hidup-hidup.
  • Jika anak perempuan tersebut dibesarkan, mereka hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu.
  • Golongan wanita dipandang hina.
  • Golongan wanita dipandang hina dan berada pada hierarki yang amat rendah.

Penutup

  • Masyarakat arab jahiliah mempunyai sifat-sifat negatif yang menyebabkan mereka dilabel sebagai masyarakat yang tidak bertamadun.
  • Disebabkan sifat negatif tersebut, mereka jahil dan tidak maju terutama sekali dari aspek sosial dan politik.

Agama dan Kepercayaan yang Diamalkan oleh Masyarakat Jahiliah

  • Kepercayaan merupakan pegangan dan keyakinan terhadap kewujudan kuasa ghaib yang mampu memberi manfaat kepada seluruh hidup manusia.
  • Masyarakat jahiliah telah mengamalkan dua jenis kepercayaan iaitu agama dan adat.
  • Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat jahiliah.

Agama Hanif

  • Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
  • Diturunkan di kota Makkah.
  • Penganutnya digelar sebagai Hunafa.
  • Penekanan kepada mengesakan Tuhan yang satu.
  • Mereka mengamalkan amalan bersembahyang, berpuasa dan tawaf mengelilingi Kaabah.
  • Kemudiannya, agama ini telah diselewengkan daripada sumber asalnya.
  • Penyelewengan berlaku selepas kewafatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
  • Agama tersebut telah dicampuradukkan dengan penyembahan berhala.

Agama Yahudi

  • Agama ini telah diturunkan kepada Nabi Musa berserta kitab Taurat.
  • Agama ini telah diturunkan di Palestin.
  • Telah diamalkan di Madinah, Taima, Khaibar dan Yaman.
  • Agama berbaur sentimen perkauman.
  • Mereka anti dan benci dengan penganut agama lain.
  • Agama tersebut telah diselewengkan.
  • Buktinya, mereka beranggapan bahawa diri mereka sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia di dunia.

Agama Wathani

  • Juga dikenali sebagai agama penyembahan berhala.
  • Diamalkan oleh majoriti masyarakat Arab.
  • Menyembah pelbagai patung yang pelbagai saiz.
  • Menjadikan berhala sebagai pengantara mendekatkan diri dengan tuhan.
  • Berhala dipercayai mampu memberikan manfaat dan mudarat.
  • Antara jenis berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Manat, al-Uzza dan Hubal.
  • Terdapat 360 berhala yang diletakkan di sekitar Kaabah.

Agama Penyembahan Cakerawala

  • Percaya bahawa cakerawala di langit adalah sumber segala tenaga dan kekuatan.
  • Penganutnya terdapat di Utara dan Selatan Tanah Arab.
  • Anggap bahawa matahari sebahagian dan setara dengan malaikat, bulan dan bintang bergantung kepada belas kasihan matahari.
  • Matahari dianggap sebagai Tuhan lelaki dan bulan dianggap sebagai Tuhan Perempuan.

Kepercayaan Animisme

  • Percaya bahawa setiap objek di sekeliling manusia mempunyai kuasa tertentu yang mempengaruhi hidup manusia.
  • Diamalkan oleh masyarakat Badwi.
  • Mereka menyembah objek seperti pokok, batu besar, kawasan bekas memerah susu kambing.
  • Objek yang disembah merupakan objek yang mati dan bukan buatan manusia.

Kepercayaan Adat

  • Merupakan warisan tradisi masyarakat Arab jahiliah.
  • Mereka tidak boleh membunuh ular kerana bimbang ular membalas dendam.
  • Yakin untuk memakai azimat yang boleh menguatkan diri.
  • Roh yang mati boleh menjadi seekor burung Hammah.
  • Mempercayai alamat yang ditunjukkan oleh burung sebelum keluar rumah.

Penutup

  • Pelbagai agama dan kepercayaan yang telah diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah.
  • Antaranya seperti agama Hanif, agama Yahudi, agama Wathani dan kepercayaan adat.
  • Mereka telah mengamalkan agama tersebut kerana mereka sangat berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka.
  • Kedatangan agama Islam berjaya menghapuskan kejahilan tersebut dan mengarahkan masyarakat Arab kepada untuk mengesakan Allah.

Konsep dan Ciri-ciri Ummah Zaman Nabi Muhammad SAW

  • Perkataan ummah bermaksud seluruh warga Madinah iaitu masyarakat Islam daripada golongan muhajirin dan golongan ansar serta masyarakat bukan Islam.
  • Konsep ummah dalam konteks Piagam Madinah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam.
  • Terdapat pelbagai ciri ummah zaman Nabi Muhammad SAW.

Konsep Ummah

  • Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.
  • Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ummah merupakan masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah.
  • Ummah termasuklah orang Islam dan bukan Islam.
  • Dalam Islam, ummah bermaksud masyarakat universal yang dianggotai oleh pelbagai jenis kaum dan bangsa disatukan oleh komitmen terhadap Islam.
  • Tidak berlandaskan kepada warna kulit, bahasa dan bangsa.
  • Dapat membentuk ummah yang aman damai dan gemilang.

Ummah yang Berilmu

  • Ummah Islam dibina berdasarkan ilmu yang sesuai dengan prinsip Islam.
  • Islam meletakkan ilmu sebagai asas keimanan dan ibadah.
  • Nabi Muhammad SAW menerapkan kepentingan berilmu sejak permulaan dakwah.
  • Menjadikan rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam sebagai markas untuk menyampaikan ilmu dan akidah Islam.
  • Mengutuskan Mus`ab bin Umair untuk menjadi guru al-Quran kepada penduduk Madinah selepas perjanjian Aqabah pertama.

Ummah Wassatiyyah

  • Bermaksud ummah yang mengamalkan kesederhanaan dalam semua perkara yang berlandaskan kehidupan.
  • Ummah yang adil terhadap seluruh manusia dan tidak bersikap melampau dalam kehidupan.
  • Bersikap sederhana dalam menjalani aktiviti kehidupan dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
  • Memerlukan keseimbangan dalam memenuhi keperluan rohani dan jasmani.
  • Nabi Muhammad SAW melarang seorang sahabat baginda yang terlalu gemar membaca al-Quran sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan kesihatan diri.
  • Baginda menasihatinya dengan menyatakan bahawa setiap sesuatu ada hak yang dipenuhi iaitu hak kepada Allah, hak kepada isteri, hak kepada tubuh badan dan sebagainya.

Ummah Ukhuwwah

  • Bermaksud umat Islam adalah saling bersaudara antara satu sama lain.
  • Semangat bersaudara yang sanggup berkorban jiwa, tenaga dan harta untuk saling membela dan mempertahankan antara satu sama lain.
  • Semangat bersaudara yang sanggup susah dan senang bersama.

Ummah yang Berjihad

  • Nabi Muhammad SAW mendidik generasi sahabat agar sanggup berkorban untuk mempertahankan dan mendaulatkan Islam.
  • Islam merupakan agama keamanan yang menghormati agama lain.
  • Peperangan merupakan jalan terakhir yang disyariatkan untuk mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan.

Penutup

  • Pelbagai makna dan konsep ummah yang menunjukan masyarakat yang bersatu.
  • Terdapat pelbagai ciri-ciri ummah yang merupakan sifat-sifat positif yang perlu ada dalam setiap ummah sama ada umat Islam atau bukan Islam.

Usaha Penyatuan Ummah oleh Nabi Muhammad SAW

  • Perkataan ummah bermaksud seluruh warga Madinah iaitu masyarakat Islam daripada golongan muhajirin dan golongan ansar serta masyarakat bukan Islam.
  • Konsep ummah dalam konteks Piagam Madinah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negaraIslam.
  • Penyatuan ummah telah disatukan oleh Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, pelbagai usaha baginda dalam menyatukan ummah di Madinah.

Menyatukan Kaum Aus dan Khazraj

  • Kaum Aus dan kaum Khazraj merupakan kaum yang saling bermusuhan dan sentiasa melakukan peperangan.
  • Nabi Muhammad telah menyatukan kaum aus dan khazraj menjadi kaum Ansar.
  • Semua persengketaan dihapuskan setelah mereka memeluk Islam.
  • Persaudaraan Islam yang dibina telah menghapuskan semangat assabiyah.
  • Penyatuan kaum ini berdasarkan ikatan aqidah Islam yang sama.

Mempersaudarakan Kaum Ansar dan Muhajirin

  • Mempersaudarakan melalui semangat persaudaraan Islam.
  • Mereka semakin tidak merasakan perbezaan antara kaum ansar dan muhajirin.
  • Mereka bergaul dan bermesra seperti saudara-mara.
  • Contoh, Nabi Muhammad mempersaudarakan Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Harith.
  • Penyatuan ini memudahkan pembentukan ummah.
  • Kesannya, umat Islam menjadi golongan majoriti di Madinah.

Masjid sebagai Pusat Penyatuan

  • Mendirikan masjid Quba dan masjid Nabawi.
  • Berfungsi sebagai pusat ibadat.
  • Menjadi tempat pertemuan masyarakat bagi membincangkan hal-hal semasa.
  • Berbincang mengenai hal ekonomi, politik, sosial dan keagamaan.
  • Masjid berperanan sebagai tempat asas pertemuan dalam pembentukan ummah di Madinah.
  • Kewujudan masjid di Madinah penting.

Asas al-Quran dan Hadis

  • Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai asas penyatuan ummah.
  • Sebagai dasar dan perpaduan dalam mentadbir negara.
  • Keadilan dijadikan asas dalam segala hal tindakan.
  • Dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
  • Al-Quran dan hadis merupakan panduan dalam pembentukan masyarakat.

Piagam Madinah

  • Menggubal dan menguatkuasakan piagam Madinah.
  • Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang digubal di Madinah.
  • Perlembagaan tersebut mampu memperkukuh perpaduan sebagai kaum.
  • Undang-undang menjadi asas dalam pemerintahan dan pembentukan masyarakat.
  • Piagam Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah.
  • Perlembagaan mampu membentuk nilai-nilai moral yang positif.

Penutup

  • Kejayaan dalam menyatukan ummah mencerminkan kewibawaan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pemimpin dalam menyatukan penduduk Islam Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
  • Pelbagai usaha yang dilakukan oleh baginda dalam mewujudkan perpaduan di Madinah.
  • Perpaduan tersebut berterusan sehingga wujud pemerintahan khalifah zaman Khulafa al-Rasyidin.

Peranan Golongan Muhajirin dan Ansar

  • Umat Islam di Madinah terdiri daripada dua golongan utama iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar.
  • Mereka sentiasa menyokong perjuangan Nabi Muhammad dan sanggup mempertahankan Islam.
  • Golongan Muhajirin merupakan warga asal kota Makkah dan dikenali sebagai masyarakat Quraisy.
  • Mereka merupakan kelompok terawal yang memeluk Islam. Golongan ini kemudiannya berhijrah ke Madinah kerana penentangan oleh kaum musyrikin Makkah. Di Madinah, mereka digelarkan sebagai golongan Muhajirin.
  • Golongan Ansar merupakan warga asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang menganut agama Islam hasil pertemuan mereka dengan Nabi Muhammad di Makkah melalui perjanjian Aqabah.
  • Penduduk Madinah terdiri daripada orang Islam, kaum Yahudi, munafiqin dan musyrikin selepas kedatangan Islam.
  • Pelbagai peranan yang telah dilakukan oleh golongan Ansar dan Muhajirin dalam membantu Nabi Muhammad SAW mengukuhkan negara Islam Madinah.

Membantu Nabi Muhammad SAW

  • Golongan Muhajirin sebagai ahli majlis syura tertinggi.
  • Pembantu utama Nabi Muhammad dalam jentera pentadbiran.
  • Contoh, Abu Bakar as-Siddiq.
  • Syura ialah konsep perbincangan dan rundingan dalam Islam.
  • Bertujuan untuk membincang dan menyatakan pendapat dalam membuat keputusan.
  • Terlibat dalam penggubalan Piadam Madinah.
  • Piagam Madinah dikenali sebagai Sahifah Madinah.
  • Piagam Madinah merupakan asas perlembagaan negara Islam Madinah.
  • Golongan Ansar sanggup menerima Islam dalam keadaan golongan kafir menentang mereka.
  • Berikrar untuk berjuang bersama Nabi Muhammad.
  • Menghormati dan mempercayai perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Mempertahankan Agama dan Negara

  • Golongan Muhajirin berganding bahu dengan golongan Ansar dalam mempertahankan agama dan negara Islam seperti yang termaktub dalam Piagam Madinah dalam fasal 18 dan 19.
  • Menjalankan ekspedisi peperangan seperti perang Badar dan Uhud.
  • Membanteras golongan munafik yang memecahbelahkan umat Islam.

Peranan dalam Urusan Dakwah dan Hubungan Diplomatik

  • Golongan Muhajirin dan golongan Ansar menjadi guru agama dan pendakwah.
  • Mereka juga menyebarkan agama Islam ke luar kota Madinah.
  • Sebahagian mereka telah dilantik sebagai utusan dakwah dan utusan diplomatik.
  • Bertujuan untuk memperkenalkan Islam kepada para pemimpin di luar semenanjung Arab sekali gus menjalinkan hubungan diplomatik.
  • Contoh, Amru bin Umayyah dan Abdullah bin Huzaifah

Menyumbang Harta Benda dan Buah Fikiran

  • Golongan Muhajirin sanggup berkorban harta untuk perkembangan Islam dan demi mempertahankan umat Islam Madinah.
  • Contoh, Saidina Uthman bin Affan telah menyumbang 100 ekor unta dan 1000 dinar ketika perang Tabuk.
  • Golongan Ansar menyumbang harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam termasuk menyertai peperangan jihad.
  • Contoh, Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam perang Khandak.
  • Perang Khandak juga dikenali sebagai perang Al-Ahzab.
  • Menyumbangkan nyawa dan harta benda dalam menghadapi serangan musuh dan siri peperangan seperti Badar, Uhud dan Khandak.

Mengukuhkan Ketenteraan Islam

  • Golongan Muhajirin menjadi tonggak utama dalam kekuatan tentera Islam.
  • Tokoh seperti Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Talib merupakan pejuang Islam dan berjasa dalam perkembangan Islam.
  • Dalam perang Uhud, seramai 70 orang tentera Islam telah mati syahid termasuklah bapa saudara nabi Muhammad iaitu Hamzah bin Abi Talib.
  • Sebahagian golongan Ansar muncul sebagai tokoh pahlawan Islam.
  • Tokoh seperti Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz

Penutup

  • Golongan Muhajirin dan Ansar mempunyai peranan tersendiri dalam mengukuhkan negara Islam.
  • Masing-masing menjadi gandingan mantap bagi memastikan kejayaan kepimpinan Nabi Muhammad.
  • Selepas kewafatan Nabi Muhammad, peranan golongan Muhajirin lebih menyerlah apabila khalifah atau pengganti Nabi dilantik dalam kalangan golongan mereka.

Struktur Pemerintahan di Madinah pada Zaman Nabi Muhammad

  • Keperluan pemimpin yang adil amatlah diperlukan.
  • Pemimpin pertama dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran telah diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW.
  • Nabi Muhammad telah melaksanakan struktur pemerintahan dan pentadbiran di Madinah al-Munawarah.
  • Negara Madinah mempunyai dua golongan besar iaitu Arab dan Yahudi.
  • Golongan Arab terdiri daripada Ansar dan Muhajirin.
  • Golongan Ansar merupakan penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku aus dan khazraj manakala golongan Muhajirin merupakan penduduk asal Makkah yang berhijrah ke Madinah.
  • Yahudi pula terdiri daripada bani Qunaiqah, Quraizah dan Nadir.
  • Semua penduduk Madinah ini harus dijaga oleh Nabi Muhammad dengan tertibnya.
  • Pelbagai struktur pemerintahan dan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad SAW sebagai Ketua Negara

  • Nabi Muhammad memegang pelbagai jawatan yang tertinggi.
  • Jawatan seperti ketua hakim, ketua agama, ketua panglima perang dan ketua ekonomi.
  • Sebagai ketua negara baginda telah mewujudkan piagam Madinah.
  • Piagam Madinah dikenali sebagai Sahifah Madinah.
  • Digunakan sebagai garis panduan dalam pemerintahan dan pentadbiran.
  • Bersesuaian sama ada kepada orang Islam dan bukan Islam.
  • Terdapat 47 fasal yang terbahagi kepada dua iaitu 23 fasal bagi orang Islam dan 24 fasal untuk orang bukan Islam.
  • Nabi Muhammad mementingkan konsep kesamarataan.
  • Menjadikan al-Quran sebagai garis panduan dalam pemerintahan supaya tidak bertentangan.

Masjid Nabawi sebagai Pusat Pentadbiran

  • Mendirikan Masjid Nabawi untuk melaksanakan pelbagai perkara.
  • Peranan masjid : tempat beribadah, pusat perbincangan, pusat perniagaan dan pusat rujukan.
  • Nabi Muhammad menerima wakil-wakil dari kerajaan asing di masjid.
  • Dalam masjid tersebut, terdapat suatu tempat yang dikenali sebagai Raudhah.
  • Raudhah merupakan tempat Nabi dan sahabat baginda menunaikan ibadah.
  • Merupakan institusi kerajaan pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad sebaik sahaja tiba di Madinah.
  • Sebagai lambang transformasi politik dan instrumen negara terpenting dalam melaksanakan projek khas untuk pembangunan ummah.
  • Masjid Nabawi dibina bersebelahan dengan rumah yang didiami oleh Nabi Muhammad setelah berhijrah ke Madinah.
  • Masjid merupakan institusi terpenting dan sebagai lambang perpaduan masyarakat di Madinah.
  • Merupakan badan penasihat tertinggi yang dianggotai oleh Nabi Muhammad dan sahabat terkanan.
  • Merupakan konsep perbincangan dan rundingan dalam Islam.
  • Untuk menyatakan pendapat untuk dibincangkan bagi membuat sesuatu keputusan.
  • Nabi Muhammad bersama dengan para sahabat dan ketua kabilah mengadakan rundingan dan perbincangan mengenai strategi perang di majlis Syura.
  • Nabi Muhammad tidak melaksanakan dasar pemusatan kuasa sebaliknya mengamalkan perbincangan.
  • Dapat mewujudkan kesefahaman dan sebulat suara.

Lantikan Pegawai

  • Melantik pembantu khulafa Rasulullah, mushir, khatib, wakil rasul, pegawai tugasan am dan pesuruhjaya.
  • Pelantikan Pasukan Penasihat (Mushir) seramai 14 orang sahabat setia Nabi Muhammad yang bersedia melaksanakan perintah.
  • Setiausaha (Khatib), menulis perjanjian rasmi dengan puak Yahudi, dan Nasrani serta penulisan surat itqa’ (penganugerahan tanah) kepada umum.
  • Contoh khatib, Shurahbil bin Hasanah al-Kindi.
  • Wakil Tempatan (Naqib), diwujudkan untuk membantu tugas kerasulan dalam menyebarkan dakwah Islam.

Struktur Pentadbiran Wilayah

  • Memperkenalkan sistem wazir.
  • Juga dikenali sebagai sistem Wali.
  • Jawatan tertinggi ialah gabenor.
  • Ditugaskan untuk mentadbir dan memerintah wilayah.
  • Faktor geografi diambil kira dalam pembahagian wilayah.
  • Contoh wilayah, Yaman, Oman, Najran, Bahrain dan Hadramaut.
  • Untuk berdakwah dan melicinkan pentadbiran.
  • Wali ialah gelaran untuk gabenor.
  • Nabi Muhammad merupakan seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh.

Penutup

  • Nabi Muhammad SAW sememangnya layak dikenali sebagai pemimpin Islam yang terhebat.
  • Nabi Muhammad juga mementingkan keseimbangan duniawi dan ukhrawi semasa pemerintahan.
  • Madinah kekal maju di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
  • Zaman Khulafa ar-Rasyidin merupakan zaman di mana pemerintah terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW.
  • Selepas kewafatan Nabi Muhammad, negara Madinah perlu mencari pemimpin yang selayaknya menggantikan tempat baginda. Oleh itu, berlakulah perbincangan sehingga wujudnya Khalifah ar-Rasyidin yang merupakan pemerintah negara Madinah.
  • Pada zaman Khulafa ar-Rasyidin, negara Madinah telah diperintah oleh seorang khalifah.
  • Khalifah bermaksud pengganti Nabi Muhammad SAW. Khalifah-khalifah ini telah memerintah masyarakat Madinah yang mempunyai pelbagai struktur.

Masyarakat Islam

  • Terdiri daripada bangsa Arab.
  • Berasal daripada keturunan Semitik.
  • Tinggal di kawasan lembah Sungai Tigris dan Furat.
  • Terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Arab Selatan dan Arab Utara.
  • Arab Selatan juga dikenali sebagai Arab Aribah.
  • Kelompok Arab Selatan terdiri daripada keturunan Qahtan.
  • Arab Utara dikenali sebagai Arab Mustaribah.
  • Kelompok Arab Utara terdiri daripada keturunan Adnan.

Golongan ar-Riddah

  • Merupakan golongan yang menentang Islam.
  • Terdiri daripada golongan yang murtad, enggan membayar zakat dan golongan yang mengaku sebagai nabi palsu.
  • Golongan ini telah ditentang secara habis-habisan oleh Khalifah Abu Bakar.
  • Usaha diplomasi telah gagal, maka Khalifah Abu Bakar menggunakan kekerasan.
  • Menyediakan angkatan tentera untuk memerangi golongan tersebut.
  • Tentera Islam menang dan berjaya menentang golongan tersebut.
  • Contoh, Panglima Akramah telah berjaya membunuh Musailamah yang merupakan golongan nabi palsu.
  • Kejayaan tentera Islam dapat dilihat apabila bani Bakar dan bani Qais memeluk Islam kerana gerun dengan tentera Islam yang berani dan kuat.
  • Kaum Mawali, kaum Syiah dan kaum Khawarij.

Kaum Mawali

  • Merupakan golongan hamba yang memeluk Islam.
  • Golongan Mawali dianggap sebagai golongan masyarakat kelas kedua.
  • Terdapat juga sebahagian mereka yang berjaya menaiki hierarki politik yang tinggi dan menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Kaum Syiah

  • Merupakan pengikut Khalifah Ali yang setia selepas peristiwa majlis Tahkim.
  • Ketika majlis Tahkim, Muawiyah bin Abu Sufyan telah memperdayakan Khalifah Ali.
  • Golongan Syiah menjadi kuat dan fanatik selepas kuasa sebagai Kahlifah yang disandang oleh Khalifah Ali bin Abi Talib telah diambil alih oleh Muawiyah bin Abu Sufyan.
  • Bagi golongan Syiah, mereka menganggap perjuangan mereka suci untuk mengembalikan hak khalifah kepada keuturunan Ali.
  • Bagi khalifah Uthmaniyah pula, golongan syiah adalah untuk puak pemberontak.

Golongan Khawarij

  • Merupakan bekas tentera daripada pasukan Khalifah Ali bin Abu Talib yang meninggalkan beliau kerana mereka menuduh