Ringkasan Kursus Integriti & Antirasuah (KIAR 2.0)

Kepentingan Tata Kelola Negara

  • Tata kelola baik penting untuk kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
  • Perancangan governans yang konkrit menghasilkan ketelusan, akauntabiliti, keterangkuman, dan keberkesanan.

Urus Tadbir

  • Merangkumi Tadbir Urus/Tata Kelola Korporat dan Tadbir Urus/Tata Kelola Keinsanan.

Tadbir Urus / Tata Kelola Korporat

  • Proses dan struktur untuk mengarah dan mengurus perniagaan syarikat bagi mempromosikan kemakmuran perniagaan dan akauntabiliti korporat.

Tadbir urus / Tata kelola keinsanan

  • Prinsip yang membimbing setiap manusia.

Etika Dalam Kehidupan

  • Etika adalah ilmu tentang benar dan salah, baik dan buruk.
  • Prinsip etika memandu dalam pembuatan keputusan.

Maksud Integriti

  • Kejujuran, ketelusan, kesempurnaan, dan keutuhan (Kamus Dewan).
  • Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi (PIN, 2004).
  • Sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni (Institut Integriti Malaysia).

Faktor Kemerosotan Integriti

  • Kelemahan Individu
  • Kelemahan Sistem dan Prosedur
  • Budaya Tidak Sihat
  • Kepimpinan Tidak Baik
  • Struktur dan Institusi

Kelemahan Individu

  • Integriti tidak menjadi budaya.
  • Lemah pertahanan diri.
  • Kurang penghayatan nilai-nilai murni.

Kepimpinan Yang Tidak Baik

  • Tidak memberi teladan yang baik.
  • Tidak menitik beratkan integriti.
  • Arahan melanggar prosedur.

Kelemahan Sistem dan Prosedur

  • Amalan yang lemah membuka ruang kepada rasuah.
  • Peraturan yang lapuk.
  • Kurang ketelusan dan penguatkuasaan.

Budaya Tidak Sihat

  • Kurang menitikberatkan integriti.
  • Sikap tidak ambil peduli.
  • Budaya 'angguk' dan 'mengampu'.

Struktur dan Institusi

  • Struktur organisasi tidak kemas.
  • Pertindihan skop, tugas, dan tanggungjawab antara institusi.

Punca Individu Terjebak Rasuah

  • Tiada integriti.
  • Ingin untung mudah.
  • Budaya organisasi memberi hadiah.

Kes Sebenar Perbuatan Tidak Berintegriti

  • Penyelewengan dalam subsidi baja padi.
  • Palsukan dokumen naik pangkat.
  • Mengambil kesempatan terhadap ibu tunggal.
  • Palsukan ijazah.
  • Pecah amanah.

Cabaran Integriti

  • Kurang motivasi, tiada kualiti, salah guna kuasa, rasuah, penyelewengan, dan lain-lain.

Bidang Berisiko Tinggi

  • Kontrak dan Tender: Percanggahan kepentingan, pilih kasih, membocorkan maklumat.
  • Pembelian dan Pembekalan: Pembelian berlebihan, barang bermutu rendah, harga dinaikkan.
  • Penguatkuasaan dan Penyeliaan: Menggunakan kuasa untuk faedah sendiri, ponteng kerja.
  • Harta dan Aset Pejabat: Kuantiti barang tidak cukup, barang bermutu rendah, kecurian.

Inisiatif Kerajaan

  • Pelbagai inisiatif untuk meningkatkan integriti perkhidmatan awam dari 1979 hingga 2019.