BAHASA MELAYU (Asal-Usul Melayu)
Konsep Awal dan Istilah Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
Merujuk kepada orang dan bangsa penduduk pribumi di Asia Tenggara.
Catatan awal dari Cina pada tahun 644-645 M mengenai ‘Mo-lo-yue’.
Hipotesis tentang Tempat Asal
Teori menyatakan asal dari Asia Tengah dan Nusantara.
Definisi berdasarkan Bangsa
Orang Melayu berasal dari Asia Tengah dan berpindah ke selatan sekitar 2500 SM.
Perpindahan berlaku dalam dua kumpulan: Melayu-Proto (2500 SM) dan Melayu-Deutro (1500 SM) dari Yunan.
Menurut UNESCO (1972), istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu yang mendiami Semenanjung, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
Di Malaysia, istilah Melayu merujuk kepada bangsa dan bahasa, di mana bahasa Melayu diwakili oleh bangsa Melayu.
Bukti Konkrit
Bukti pertama tentang bahasa Melayu ditemui melalui batu bersurat yang bertarikh 683 Masihi.
I-Tsing, pengembara Cina, mencatatkan bahawa bahasa Melayu digunakan secara meluas di Palembang pada 672 Masihi.
Godinho de Erachia, pengembara Portugis, menyatakan bahasa Melayu digunakan sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu.
Kerajaan Melayu Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan di Kepulauan Melayu dan dengan orang asing.
SalaSilah Bahasa Melayu
Bahasa Melayu berasal daripada induk bahasa Austronesia.
Rumpun bahasa Austronesia tersebar dari Formosa (utara) hingga New Zealand (selatan), dan dari Madagaskar (barat) hingga Kepulauan Easter (timur).
Pengkaji bahasa menggunakan faktor usia untuk menentukan perkembangan bahasa.
Pemeringkatan bahasa dibahagikan kepada tiga: filum, rumpun, dan keluarga bahasa.
Bahasa Austronesia
Bahasa Austronesia adalah rumpun dalam filum bahasa Austris.
Rumpun lain dalam filum ini termasuk Austronesia dan Tibet-China.
Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada 4 keluarga:
Kepulauan Melayu (Nusantara).
Polinesia (contoh: Hawaii, Tonga, Maori).
Melanesia (contoh: Fiji, New Guinea, New Caledonia, Irian).
Mikronesia (contoh: Kepulauan Mariana, Marshall, Corolina, Gilbert).
SalaSilah Bahasa Melayu (Etimologi)
Etimologi ialah kajian tentang asal-usul dan perubahan makna perkataan.
Zuber Osman: "Melayu" berasal daripada "Himalaya" (hima: salji, alaya: tempat), merujuk asal-usul dari pergunungan Himalaya.
Batu Bersurat Bukit Gombak: "Kota Melayu" atau Malayapura sebagai asal perkataan Melayu.
Bahasa Jawa Kuno: "Melayu" bermaksud "menyeberang" atau "bergerak".
Mohd Dahlan Mansoer: "Melayu" dari nama Sungai Melayu (disebut dalam Sejarah Melayu).
Van der Tuuk: "Melayu" bermaksud "menyeberang", merujuk kepada peralihan orang Melayu dari agama Hindu-Buddha kepada Islam.
Nusantara

Tanggapan Dan Kesimpulan
Pengaruh Luaran
Bahasa Melayu menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu jadi sangat relevan dalam interaksi budaya.
Kemajuan Bahasa
Melalui proses pinjaman, evolusi dan pengembangan dari bahasa lain.
Hipotesis tentang Tempat Asal Bangsa dan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Penutur asal sederhana, tinggal di Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, dan Sumatera.
Bahasa Melayu menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu untuk pedagang Eropah, Asia Barat, China, dan India.
Menurut Ismail Hussein, pengaruh bahasa Sanskrit menyebabkan evolusi pertama bahasa Melayu.
Bahasa Melayu menjadi lingua franca kerana sifatnya yang sederhana dan mudah dipelajari.
Tiada perbezaan taraf dalam penggunaan bahasa Melayu.
Kawasan Asia Tengah
Orang Melayu berasal dari selatan China.
Melayu-Proto tiba di Nusantara sekitar 2000 SM.
Melayu-Deutro tiba di Nusantara sekitar 1500 SM.
Kawasan Nusantara
Asal usul penutur bahasa Melayu masih kabur, dikaitkan dengan nenek moyang orang Melayu.
Terdapat teori bahawa penutur bahasa Melayu berasal dari golongan Austronesia.
Teori Awal
Von Heine-Geldern: Orang Melayu dan bahasa Melayu berkait rapat dengan orang Mon-Khmer (Kemboja).
Hendrik Kern: Orang Melayu berasal dari Tanah Tinggi Yunan melalui dua gelombang migrasi.
Teori Terbaharu
Asal orang Melayu dari Pulau Borneo, kemudian tersebar ke:
Barat (Sumatera Utara)
Timur Laut (Kepulauan Filipina dan Taiwan)
Sulawesi, Kalimantan Timur, Sumatera Selatan dan Jawa Barat
Perjalanan mereka meluas ke:
Filipina, Guam, Kepulauan Mikronesia, Melanesia, Polinesia
Selatan: Pulau Borneo, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Nusa Tenggara hingga ke Madagaskar dan Afrika Timur.