BAB 6 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI & WAHANA ETIKA PERADABAN

  • PENGENALAN

  • wujudkan pengisian dalam tapak integrasi

  • contoh tapak integrasi - perlembagaan persekutuan, malayan union, pilihan raya majlis tempatan, rukun negara, wawasan 2020, program 1malaysia

  • tapak integrasi di malaysia berasaskan host society bukannya settler society

  • MAKSUD TAPAK INTEGRASI

  • tapak integrasi - ruang abstrak & ruang nyata pelbagai pihak yang berbeza etika peradaban bertemu & berikhtiar cari persetujuan secara aman & harmoni

    • medan tempat rakyat jadikan kehidupan harmoni, saling memahami siapa mereka, bagaimana harus mengurus kehidupan dalam negara yang ada panduan (perlembagaan persekutuan)

  • pendekatan : perakukan perbezaan namun bergerak dalam suasana kesepaduan sosial & kontrak sosial (keistimewaan tertentu dalam kaum)

  • KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN DALAM TAPAK INTEGRASI

  • 3 tahap integrasi : makro (atas ke bawah), meso (bawah ke atas),

    mikro (inisiatif akar umbi)

    • makro = pengasasan negara hingga pengisian pentadbiran negara

      • perlembagaan persekutuan berkedudukan tinggi (bersifat menyeluruh & menyentuh semua perkara dasar)

    • meso = agen penyokong integrasi melibatkan kumpulan NGO (membantu kepincangan sosial jadi wakil pihak yang teraniaya & fokus kepada bidang melibatkan agama)

    • mikro = penglibatan rakyat menjayakan objektif JPNIN

      • JPNIN (jabatan perpaduan negara dan integrasi nasional) rangka dasar & jalankan program bertujuan integrasi peringkat kebangsaan, negeri, daerah

  • ASAS TAPAK INTEGRASI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

  • 2 aspek pembinaan berasaskan kependudukan :

    • masyarakat pemastautin - australia, USA, kanada (menjajah)

    • penduduk asal - indonesia, malaysia, india (dijajah)

  • asas tapak integrasi :

    • masyarakat melayu sebagai penduduk asal

    • adat (institusi diraja), adab (keluhuran budi bahasa), agama (islam) masyarakat melayu jadi tapak integrasi malaysia merdeka

    • terkandung dalam : kesultanan melayu, tunggak adat & adab

  • perlembagaan persekutuan secara umum : undang undang

    • kawal tingkah laku masyarakat

    • sediakan garis panduan/ tatacara kelakuan masyarakat

    • sumber rujukan untuk buat & laksanakan polisi

  • DEFINISI & KONSEP PERLEMBAGAAN

  • perlembagaan - kumpulan peraturan berkaitan pentadbiran negara

  • 3 institusi : perundangan, eksekutif, kehakiman

  • perlembagaan dalam konteks malaysia

    • perlembagaan persekutuan - dokumen bertulis diluluskan melalui proses perundangan & undang undang tertinggi

    • menunjukkan negara yang merdeka & berdaulat

    • mempunyai peruntukan diasaskan kepada penerimaan masyarakat termasuk peruntukan berkaitan budaya, salasilah etnik, ketenteraman awam

    • diluluskan oleh parlimen british & majlis perundangan persekutuan & badan perundangan negeri negeri

  • UNDANG UNDANG SEBELUM KEDATANGAN PENJAJAH

  • tanah melayu ada pemerintahan sendiri

  • negeri negeri melayu ada peraturan sendiri & dipengaruhi peraturan dari syariah islam

  • malayan union

    • negeri dibahagikan 2 : negeri melayu bersekutu & tak bersekutu, negeri selat

    • perasaan anti melayu wujud dalam pemerintah inggeris (melayu kerjasama dengan jepun) & tubuhkan malayan union

      • hapuskan pengaruh raja raja melayu & lemahkan orang melayu

    • kedaulatan raja melayu dihapuskan kecuali agama islam & adat istiadat melayu

  • ciri malayan union

    • beri kerakyatan yang sama kepada semua orang tanpa ambil kira taraf penduduk (asal/ pendatang)

      • warganegara diberi kepada siapa siapa je

  • faktor tentangan orang melayu terhadap malayan union

    • kedaulatan raja raja melayu tercemar

    • hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli

    • hak sama rata kepada semua warganegara

    • harold macmichael dapatkan tandatangan raja raja melayu guna cara paksaaan & ugutan

  • penubuhan PTM 1948

    • jawatankuasa kerja ditubuhkan (4 wakil raja raja, 2 wakil UMNO, 6 pegawai british) - bertanggungjawab rangka sebuah perlembagaan baru

    • british tubuhkan jawatankuasa perundingan 1947 - dapatkan pandangan orang bukan melayu tentang perlembagaan PTM

    • ciri utama perlembagaan PTM :

      • 9 negeri melayu termasuk pulau pinang & melaka. singapore kekal tanah jajahan

      • kerajaan persekutuan diketuai pesuruhjaya tinggi british ; majlis undangan persekutuan & majlis mesyuarat kerajaan persekutuan bantu

      • majlis mesyuarat persekutuan (17 ahli, 7 ahli rasmi, 7 ahli tak rasmi, 3 ahli ex officer)

      • sultan ada hak & kuasa memerintah dengan nasihat majlis mesyuarat kerajaan negeri & majlis undangan negeri

      • syarat kewarganegaraan diketatkan (pemohon tanah melayu = 8-12 tahun & pemohon asing = 15 tahun)

      • orang melayu ada hak istimewa sebagai kaum bumiputera

  • KERJASAMA ANTARA ETNIK KE ARAH KEMERDEKAAN

  • penubuhan jawatankuasa perhubungan masyarakat 1949 (CLC)

    • selesaikan masalah perundangan, perlembagaan, politik

    • bincang pelbagai isu (kewarganegaraan & kedudukan khas orang melayu)

    • tokoh : onn jaafar, abdul wahab abdul aziz, tan cheng lock, eec thuraisingham

    • perluas kerjasama antara kaum - pilihan raya umum 1955

    • 3 faktor mendorong pembentukan parti perikatan :

      • pelbagai kumpulan perlu tunjukkan kerjasama secara harmoni

      • tunjuk bahawa alternatif terbaik dapat ditunjukkan

      • UMNO mengalami kemunduran dengan konflik onn jaafar

    • MIC join parti perikatan : 1954 sebelum pilihan raya umum

  • suruhanjaya perlembagaan (suruhanjaya reid)

    • suruhanjaya bebas yang diperkenan oleh baginda ratu & raja melayu untuk rangka perlembagaan PTM

    • pengerusi : lord william reid

    • ahli : ivor jenning, william makell, hakim b. malik , hakim abdul hamid

  • jawatankuasa kerja perlembagaan

    • kaji semula & menghalusi draf perlembagaan (beri kelebihan kepada kaum melayu)

    • ahli : 11 orang (pesuruhjaya tinggi british, ketua setiausaha, peguam negara, 4 wakil raja melayu, 4 wakil parti perikatan)

    • 23 pertemuan dilakukan (22/2/1957-27/4/1957)

  • pengisytiharan kemerdekaan

    • umum tarikh kemerdekaan atas faktor :

      • peringati peristiwa pengorbanan rakyat bagi membolehkan rombongan ke london (rakyat beri wang/ barang kemas)

      • simbolik kebebasan dari cengkaman penjajah

  • KERANGKA ASAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

  • negara persekutuan

    • ciri ciri :

      • perlembagaan dipakai semua

      • layanan sama rata

      • perkongsian kedaulatan

      • negeri ada kuasa autonomi

      • mahkamah paling tinggi untuk tafsir perlembagaan

  • islam agama bagi persekutuan

    • kuasa untuk peruntukkan perbelanjaan perkara berkaitan agama islam (peruntukan kewangan untuk urus & pembangunan)

  • perlembagaan undang undang tertinggi - ada 183 perkara

  • elemen warisan : institusi berajal, agama islam sebagai agama rasmi, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, keistimewaan melayu

  • kewarganegaraan yang sama (naturalization act 1867 - keistimewaan kewarganegaraan diberi untuk orang negeri selat)

    • kelucutan warganegara : warga asing, derhaka kepada kerajaan, terbukti tidak setia dengan negara

  • kebebasan asasi - semua hak kebebasan (berhimpun, bersuara, tubuh persatuan)

  • pindaan perlembagaan ada 2 : persekutuan & negeri

    • melalui parlimen & dewan undangan negeri

  • perkara subversif & darurat

    • parlimen diberi kuasa untuk ambil tindakan ke atas pihak menganggu ketenteraman awam

  • unsur unsur tradisi dalam perlembagaan persekutuan

    • peruntukan yang dimasukkan dalam perlembagaan oleh suruhanjaya

  • kesultanan & pemerintahan beraja (monarki mutlak)

    • institusi beraja penting = YDPA jadi tambang perpaduan masyarakat malaysia & raja/sultan jadi tambang perpaduan masyarakat kat negeri masing masing

  • agama islam

    • ada peruntukan khas tapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas

  • kedudukan istimewa orang melayu

    • YDPA jamin kedudukan istimewa orang melayu & lindung hak kaum lain

  • bahasa melayu - bahasa kebangsaan

  • diskriminasi perlindungan

    • undang undang yang beri perlindungan & keistimewaan kepada golongan dalam sebuah negara & tak menafikan hak etnik lain

  • PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

  • pindaan bersangkut paut dengan perkenan raja raja melayu & YDPN

  • hanya boleh dipinda oleh parlimen sekiranya dapat 2/3 dari jumlah bilangan ahli parlimen pada bacaan kedua/ketiga

  • undang undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan boleh dibatalkan

  • PERLEMBAGAAN NEGERI

  • ada kuasa untuk buat undang undang untuk negeri sendiri tapi tak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan

  • CABARAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI

  • cabaran ada 2 peringkat : tempatan & global

    • tempatan - tafsiran pelbagai terhadap peruntukan tertentu dalam perlembagaan persekutuan

      • dilakukan kerana kepentingan berkaitan dengan taraf kewarganegaraan, hak asasi, isu keluarga

      • orang yang tafsir bukan pakar : influencer boleh datangkan keadaan tak harmoni dalam masyarakat

      • kekalkan sistem negara berpersekutuan

      • kekalkan kelangsungan elemen tradisi dalam perlembagaan (tiang seri perlembagaan - penanda sempadan)

      • kekalkan kedudukan agama secara umum & islam sebagai agama negara

      • kekalkan kestabilan negara dengan jaga kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik

    • global

      • kekalkan keamanan negara dengan kawal & hapuskan aktiviti subversif & jenayah terancang

      • menghadapi gelombang hak asasi & order baru dunia (new world order) - pengisytiharan hak asasi manusia sejagat 1948, perjanjian antarabangsa hak hak sivil & politik 1966, perjanjian antarabangsa hak hak ekonomi, sosial & kebudayaan 1966