Falsafah dan Isu Semasa - Bab 1
BAB 1 PENGENALAN ILMU FALSAFAH
- Perkataan falsafah timbul disebabkan kegiatan pesat menyelidik dan membahas rahsia alam, metafizik dan etika.
1.1 Etimologi dan Terminologi
- Falsafah dari Greek, philosophia, menjadi philosophy dalam Inggeris.
- Dalam Bahasa Melayu asalnya dari Bahasa Arab iaitu فلسفة.
- Berasal dari tamadun Greek, gabungan philo (cinta) dan sophia (kearifan/kebijaksanaan).
- Bermaksud "love of wisdom" atau cinta terhadap kebijaksanaan.
- Orang Arab dan Islam menggunakan philosophia dengan mengubah bunyi menjadi falsafah, ahli falsafah disebut failasuf.
- Perkataan philosophia mula digunakan abad ke-7 SM oleh Pythagoras.
- Plato memberikan takrif falsafah lebih khusus, meneliti hakikat yang mendasari sesuatu di sebalik sifat luaran.
- Takrif falsafah pelbagai mengikut pegangan dan pandangan hidup.
- Falsafah adalah pemikiran dasar/fundamental mengenai sesuatu.
- Cirinya ialah pemikiran mendalam dan menyeluruh, tidak terhad kepada subjek/topik.
- Contoh persoalan: makna kehidupan, sifat kewujudan (metafizik).
- Falsafah berperanan membuatkan kita berfikir mendalam.
- Dalam falsafah moden, ia menjelaskan konsep dan pemikiran asas.
- Memberi kejelasan tentang isu-isu yang mendasari pelbagai bidang ilmu dan sistem pemikiran.
- Prof Hazim Shah (UUM): Falsafah menjelaskan konsep dan pemikiran mendalam.
- ARISTOTLE: Ilmu memahami hakikat ketuhanan (metafizik), struktur dunia fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam
- PLATO : kajian terhadap sesuatu yang benar, baik dan cantik. Falsafah iaitu pengetahuan tentang segala yang ada dan wujud.
- AL-FARABI: Falsafah cintakan kebijaksanaan/hikmah, pokok kepada segala ilmu.
- Falsafah=Hikmah
- AL-KINDI: Ilmu mengenai hakikat yang diidentifikasikan dengan Tuhan serta sesuatu yang berada dalam kemampuan manusia untuk menanggapinya
Tujuan Ilmu Falsafah
- Membentuk pandangan sistematik terhadap alam.
- Membantu penyelidikan terhadap pengetahuan dan pra-anggapan.
- Memberikan sistem nilai untuk berfikir tentang baik buruk.
- Membantu berfikir dengan jujur dan teliti tentang makna hidup.
- Membantu berfikir kritikal dan logik untuk mendapat pengetahuan sebenar.
- Memberi panduan dan prinsip untuk memilih matlamat dan kaedah.
Skop Ilmu Falsafah (Frost, 1962; Shaharir, 2018)
- Tabii alam semesta (umum dan unsur-unsur makhluk) = Universe
- Tabii tuhan (hubungan manusia dengan tuhan) = GodMan
- Kedudukan manusia dalam Universe
- Manusia dan negara = NegaraMan
- Manusia dan ilmu (tabii, ilmu epistemologi, etimologi) = ilmuMan
- Konsep jahat dan baik (moral, akhlak, adab dan etika) = GoodEvil
- Nasib dan ikhtiar (qada' dan qadar)
- Roh/nyawa dan kematian
- Minda dan jirim
- Idea dan pemikiran
Falsafah Rukun Negara
- Falsafah dikaitkan dengan kebangsaan/individu, sedangkan falsafah bersifat universal.
- Falsafah Rukun Negara tidak hanya bersifat sejagat, tetapi juga bersifat lokal.
- Realiti dunia membezakan budaya antara satu sama lain.
- Wajar bagi falsafah dibangunkan dalam masyarakat itu mempunyai kaitan dengan persoalan dihadapi masyarakat.
- Falsafah Kebangsaan termaktub dalam Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan.
Ciri-ciri Ideologi Kebangsaan dalam Rukun Negara:
- Kepercayaan kepada Tuhan: Ciri umum yang dianuti oleh pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Walaupun dalam Budhisme tidak eksklusif tentang Tuhan, ada unsur kerohanian.
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara: Sistem politik berdasarkan negara bangsa (nation state). Malaysia tidak terkecuali dengan unsur sejarah sistem beraja (Kesultanan Melayu Melaka).
- Keluhuran Perlembagaan: Setiap negara bangsa mempunyai perlembagaan tersendiri. Pertikaian diselesaikan dengan merujuk perlembagaan negara.
- Kedaulatan Undang-Undang: Tidak ada sesiapa mengatasi undang-undang. Pertikaian atas dasar agama/bangsa diselesaikan melalui sistem perundangan.
- Kesopanan dan Kesusilaan: Menjamin harmoni hubungan antara rakyat melalui perasaan bertolak ansur, hormat, dan mengekalkan kesusilaan.
Falsafah Pendidikan Negara
- Melahirkan insan seimbang melalui proses pendidikan (persekolahan, universiti).
- Bukan hanya melahirkan graduan berkemahiran untuk pasaran buruh, tetapi manusia yang seimbang.
- Mengelak manusia yang hanya cekap bekerja tetapi gagal dari segi kemanusiaan.
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwujudkan bagi memastikan perhatian diberikan kepada aspek intelektual, jasmani, emosi, dan rohani
- JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek). Agar yang dilahirkan melalui sistem ini merupakan insan yang berjiwa mulia kerana terdapat keseimbangan dalam personalitinya.
- Jasmani: Jasad tubuh badan yang perlu diberi perhatian. Pendidikan Jasmani dan kesihatan adalah penting.
- Emosi: Emotional Quotient (EQ) selain IQ. Emosi yang stabil penting untuk fungsi kognitif yang maksima. Perhatian diberikan melalui guru yang berinteraksi dengan kasih sayang dan kaunselor.
- Rohani: Berkaitan dengan keagamaan. Kegiatan keagamaan tidak dilarang di sekolah. Subjek agama memberi pendidikan dalam aspek ini.
- Intelek: Sistem pendidikan mementingkan mata pelajaran akademik untuk membina minda yang tajam. Kreativiti diperlukan untuk menghadapi Industrial Revolution 4.0.
Matlamat Falsafah Pendidikan Negara
- Usaha membentuk semula pendidikan seimbang dan harmoni bagi melahirkan insan cemerlang.
Nilai Utama dalam Falsafah Pendidikan Negara
- Pendidikan memainkan peranan penting dalam membina nilai-nilai positif masyarakat kearah menuju sebuah negara maju dan moden.
- Tanpa penerapan nilai-nilai murni kearah pembangunan insan dari segi akhlak dan akademik, manusia akan menjadi huru hara.
- Kerajinan
- Berdikari
- Berhemah tinggi
- Hormat menghormati
- Keadilan
Falsafah Pendidikan Islam
- Pendidikan berasaskan ajaran Islam, menitikberatkan pembentukan sikap manusia dalam pelbagai aspek kehidupan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Falsafah Pendidikan Islam aplikasi kaedah dan pandangan falsafah Islam dalam bidang Pendidikan Islam.
- Asas pembinaan falsafah Pendidikan Islam ialah ketauhidan dan keimanan kepada Allah SWT.
- Matlamat bersifat komprehensif, mengambil kira keperluan fitrah insan (material dan spiritual).
Empat tujuan Pendidikan Islam:
- Perkembangan fizikal sempurna: Insan sihat dan kuat untuk kehidupan produktif.
- Perkembangan intelek: Membongkar kebenaran hakiki (menemukan Pencipta) dan menyelesaikan masalah kehidupan.
- Perkembangan spiritual: Berkaitan dengan keimanan kepada Allah SWT, malaikat, rasul, hari kiamat, qada' dan qadar.
Falsafah Sejahtera
- Adab dan akhlak neraca hidup untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.
- Semakin luntur disebabkan pengaruh ideologi barat.
- Masalah hari ini disebabkan insan tidak seimbang adab dan akhlak.
- Peranan budi (konsep dalam masyarakat Melayu Nusantara) penting dalam membina Falsafah Sejahtera. Budi bahasa berkait rapat secara langsung dalam Falsafah Pendidikan Negara yang merujuk kepada adab dan akhlak, berkomunikasi secara sopan santun dan tatatertib.
- Budi membawa maksud untuk membangunkan adab dan akhlak mulia serta membawa kepada maksud sejahtera.
- Sejahtera merangkumi JERI (intelek, rohani, jasmani dan emosi).