perniagaan form 4
Klasifikasi Perniagaan
Perniagaan atau perusahaan dapat diklasifikasikan kepada dua kategori utama, yaitu berdasarkan saiz pernigaan dan sektor perniagaan.
1. Klasifikasi Berdasarkan Saiz Perniagaan
Klasifikasi ini melibatkan penentuan saiz perniagaan berdasarkan kriteria seperti jualan tahunan dan bilangan pekerja tetap dalam organisasi. Berikut adalah pecahan klasifikasi saiz perniagaan:
a. Perniagaan Kecil
Jualan Tahunan: RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta.
Bilangan Pekerja Tetap: 5 hingga kurang daripada 30 orang (perkhidmatan) atau 5 hingga kurang daripada 75 orang (pengilangan).
b. Perniagaan Sederhana
Jualan Tahunan: Dari RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta (perkhidmatan) atau dari RM15 juta hingga tidak melebihi RM50 juta (pengilangan).
Bilangan Pekerja Tetap: 30 hingga tidak melebihi 75 orang (perkhidmatan) atau 75 hingga tidak melebihi 200 orang (pengilangan).
c. Perniagaan Besar
Jualan Tahunan: Melebihi RM20 juta (perkhidmatan) atau lebih daripada RM50 juta (pengilangan).
Bilangan Pekerja Tetap: Melebihi 75 orang (perkhidmatan) atau melebihi 200 orang (pengilangan).
2. Sektor Perniagaan
Sektor perniagaan dibahagikan kepada tiga kategori utama:
a. Sektor Utama (Primer)
Definisi: Aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi.
b. Sektor Kedua (Sekunder)
Definisi: Memproses bahan mentah menjadi barang siap atau barang separuh siap.
c. Sektor Ketiga (Tertier)
Definisi: Aktiviti membekalkan perkhidmatan daripada pengeluar terus kepada pengguna.
3. Skala Perniagaan
Skala perniagaan juga dikategorikan ke dalam kategori berikut:
a. Skala Tempatan
Definisi: Operasi perniagaan dalam kawasan yang terhad.
b. Skala Kebangsaan
Definisi: Operasi perniagaan di seluruh negara.
c. Skala Antarabangsa
Definisi: Operasi perniagaan merentasi sempadan negara.
d. Skala Global
Definisi: Operasi perniagaan di peringkat antarabangsa yang melibatkan pelbagai negara dengan jaringan yang luas.
4. Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi, dan Skala Perniagaan
Sesebuah perniagaan menjalankan aktivitinya dengan menawarkan barang atau perkhidmatan kepada pengguna dan pasaran.
Pemilik perniagaan perlu menentukan jenis pemilikan yang ingin diterapkan, yang akan mempengaruhi saiz dan skala perniagaan.
Perniagaan boleh dikategorikan berdasarkan skala domestik dan antarabangsa.
Setiap perniagaan terlibat dalam salah satu sektor; termasuk sektor utama, kedua, dan ketiga di atas.
Teknologi moden seperti e-dagang membolehkan perniagaan untuk memasuki pasaran global.
5. Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia
Selepas merdeka, penduduk Malaysia memulakan aktiviti perniagaan berasaskan pertanian, yang merupakan sektor utama pada masa tersebut.
Pada era 1990-an, kerajaan Malaysia yang berusaha untuk memperkasakan sektor kedua dengan mendorong rakyat untuk menceburi industri pembuatan dan pemprosesan.
Menjelang abad ke-21, terdapat penekanan yang lebih jelas kepada sektor perkhidmatan, disebabkan pertumbuhan ekonomi dan perkembangan teknologi.