Untitled
Pelajaran 18: Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin
Spektrum Ilmu
- Kerajaan Islam telah berjaya menguasai dunia selama 1400 tahun.
Era Pemerintahan Kerajaan Islam
Pusat Pemerintahan: Madinah
- Pimpinan: Rasulullah SAW
- Khalifah:
- Saidina Abu Bakar as-Siddiq
- Saidina Umar bin al-Khattab
- Saidina Uthman bin Affan
- Saidina Ali bin Abi Talib
Pusat Pemerintahan: Damsyiq
- Khalifah Yang Terkenal:
- Muawiyah bin Abi Sufian
- Abdul Malik bin Marwan
- Al-Walid bin Abdul Malik
- Umar bin Abdul Aziz
Zaman Rasulullah (SAW): 1H - 11H (622M - 632M)
Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin: 11H - 40H (632M - 661M)
Zaman Kerajaan Umayyah: 41H - 132H (661M - 1750M)
Era Pemerintahan Kerajaan Islam (Bahagian 2)
Pusat Pemerintahan: Baghdad
- Khalifah Yang Terkenal:
- Abi al-Abbas bin as-Suffah
- Abu Ja’far al-Mansur
- Harun ar-Rasyid
- Abu Ja’far al-Makmun
Pusat Pemerintahan: Istanbul
- Sultan Yang Terkenal:
- Uthman Ertughrul
- Urkhan
- Muhammad al-Fateh
- Sulaiman al-Qanuni
Zaman Kerajaan Abbasiyah: 132H - 656H (750M - 1258M)
Zaman Kerajaan Uthmaniah: 698H - 1341H (1299M - 1924M)
Spektrum Ilmu (Bahagian 3)
- Antara tahun 656 Hijrah hingga 698 Hijrah, selepas kejatuhan kerajaan Abbasiyah di Baghdad, kerajaan Abbasiyah diteruskan di Mesir.
Khulafa Ar-Rasyidin
Abu Bakar As-Siddiq
- Tegas dalam memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat.
- Meneruskan tindakan Rasulullah SAW untuk menghantar Usamah bin Zaid sebagai panglima angkatan tentera Islam kepada kerajaan Ghassan kerana telah membunuh utusan Rasulullah SAW.
- Mengarahkan Zaid bin Tsabit untuk menghimpunkan tulisan ayat Al-Quran yang terdapat pada kepingan-kepingan batu, tulang, pelepah tamar dan kulit haiwan kerana ramai penghafaz Al-Quran terkorban dalam peperangan Yamamah.
- Mengambil kira pandangan para sahabat dalam menentukan strategi peperangan menentang tentera Rom, dengan menggunakan strategi pembahagian empat pasukan tentera sehingga berjaya menawan negeri Syam.
- Mengamalkan syura.
- Tegas, setia dengan arahan Rasulullah dan berpandangan jauh.
Umar Bin Al-Khattab
- Menggantikan kepimpinan Khalid bin al-Walid sebagai panglima angkatan tentera Islam dengan Abu Ubaidah al-Jarrah semasa Perang Yamamah.
- Memastikan kebajikan rakyat terpelihara dengan meninjau sendiri keadaan rakyatnya termasuk menyamar sebagai rakyat biasa.
- Menubuhkan majlis syura, beberapa jabatan baharu (ad-Dewan) serta mengemaskini Baitul Mal untuk melancarkan pentadbiran Negara.
- Membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian pentadbiran di bawah kuasa seorang gabenor yang cekap seperti Muawiyah bin Abu Sufian dan Amru bin al-As.
- Bersedia ditegur Rasulullah SAW dan menerima pendapat daripada sahabatnya Abu Bakar as-Siddiq tentang pembebasan tawanan Perang Badar kerana menghormati keputusan mesyuarat.
- Berfikiran terbuka, tegas, adil dan cekap.
Uthman Bin Affan
- Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan Negara.
- Membesarkan Masjid Nabawi untuk keperluan dan keselesaan umat Islam.
- Menubuhkan jawatankuasa khas pembukuan al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit menggunakan lahjah Arab Quraisy yang dikenali sebagai mashaf Uthmani demi memelihara kesucian al-Quran.
- Menubuhkan Angkatan Tentera Laut Islam sehingga berjaya meluaskan empayar Islam, khususnya di Syam dan Mesir.
- Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal dan membenarkan sahabat keluar dari Kota Madinah.
- Berfikiran terbuka, prihatin, berpandangan jauh dan inovatif.
Ali Bin Abi Talib
- Memecat beberapa gabenor yang dilantik oleh Khalifah Uthman seperti Muawiyah bin Abi Sufian dan Abu Musa al-Asy’ari untuk meredakan kemarahan puak pemberontak.
- Menangguhkan hukuman qisas terhadap pembunuh Khalifah Uthman bin Affan kerana keadaan negara yang masih huru-hara dan dikuasai oleh puak pemberontak.
- Memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang sehingga dilantik sebagai hakim di Yaman.
- Menyertai hampir semua peperangan seperti Perang Badar dan Perang Khaibar serta berada di barisan hadapan.
- Sanggup menerima jawatan Khalifah walaupun mengetahui bebanan yang bakal dihadapi.
- Berani, tegas, berpandangan jauh dan berilmu.
Ucapan Ali Bin Abi Talib r.a selepas dilantik menjadi Khalifah:
- "Seorang Islam yang sejati adalah yang menggunakan lidah dan anggotanya ke arah kebenaran dan berlumba-lumba membuat kebaikan. Taatilah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Jika melihat kebaikan, maka sempurnakanlah dan jika melihat kejahatan, tinggalkanlah."
Pencapaian Pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin
Agama
- Khalifah Abu Bakar: Berjaya memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat.
- Khalifah Umar bin al-Khattab: Menyebarkan dakwah Islam sehingga tersebar di wilayah Mesir, Parsi dan Rom.
Politik
- Khalifah Abu Bakar As-Siddiq: Pembukaan wilayah baharu Islam di sebahagian wilayah Iraq dan Syam.
- Khalifah Umar bin al-Khattab: Menubuhkan majlis Syura, Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
- Khalifah Uthman bin Affan: Berjaya mematahkan pemberontakan dan penaklukan serta meluaskan kuasa wilayah Islam hingga ke Rom, Mesir dan Afrika Utara serta menawan Pulau Cyprus.
Ekonomi
- Khalifah Ali bin Abu Talib: Meneruskan kutipan Jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi.
- Khalifah Umar bin al-Khattab:
- Memperkenalkan pelbagai cukai baharu seperti Cukai Jizyah dan Kharaj.
- Memajukan sistem pengairan dan saliran melalui pembinaan Terusan Amirul Mukminin di Mesir dan Empangan Abu Musa di Basrah.
- Mengemaskini institusi baitulmal dan meneroka tanah baharu untuk memperbanyak hasil pertanian.
Sosial
- Khalifah Umar bin al-Khattab:
- Mengasaskan takwim Islam sebagai asas permulaan pengiraan tahun Hijrah.
- Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah untuk menghormati hak sosial dan menjaga kebajikan rakyat.
- Membina kemudahan awam seperti tali air untuk kemudahan pertanian.
Ketenteraan
- Khalifah Uthman bin Affan: Menubuhkan Angkatan Tentera Laut Islam yang pertama bagi tujuan keselamatan dan perluasan kuasa.
- Khalifah Umar bin al-Khattab:
- Meneruskan pembebasan negeri di wilayah Iraq.
- Membuka Baitulmaqdis Palestin dan Mesir.
Pendidikan
- Khalifah Abu Bakar As-Siddiq: Mengumpul dan menulis semula naskah al-Quran susulan 70 orang penghafaz al-Quran syahid dalam peperangan Yamamah.
- Khalifah Umar bin al-Khattab: Menubuhkan sekolah iaitu Al-Kuttab yang dikhususkan untuk kanak-kanak.
- Khalifah Uthman bin Affan: Menyelaraskan bacaan (qiraat) dan penulisan mashaf al-Quran menggunakan Bahasa Quraisy yang dinamakan Mashaf Uthmani.
Iktibar Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin
- Kita hendaklah mencontohi kepimpinan Khalifah dengan mengutamakan segi kesejahteraan agama, rakyat dan negara.
- Kita hendaklah menggiatkan usaha dakwah agar kebenaran Islam dapat disebarkan.
- Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan umat Islam dengan memelihara hak antara satu sama lain.
- Kita hendaklah menyumbang kepakaran untuk pembangunan dan kemajuan negara.
- Kita hendaklah mengamalkan akhlak yang terpuji agar menjadi contoh teladan yang baik.
- Kita hendaklah menyokong kegiatan ekonomi umat Islam supaya umat Islam dihormati.
Latihan
- Terangkan dua pencapaian pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
- Klik atau scan untuk soalan “Kepimpinan Khulafa al-Rasyidin ialah contoh terbaik sepanjang zaman”. Kemukakan hujah anda bagi menyokong penyataan di atas.