Pergerakan Bumi
Sistem Suria
Sistem suria terdiri daripada matahari dan lapan buah planet yang utama. Kesemua planet ini beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing.
Senarai Planet dalam Sistem Suria
- Matahari
- Utarid (Merkurius)
- Zuhrah (Venus)
- Bumi
- Marikh (Mars)
- Musytari (Jupiter)
- Zuhal (Saturn)
- Uranus
- Neptun (Neptunus)
Cara Pergerakan Bumi
Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara:
- Putaran Bumi
- Peredaran Bumi
Orbit
Definisi: Orbit adalah laluan yang diikuti oleh sesuatu planet dan satelit dalam pergerakan mengelilingi matahari.
3.2 Putaran Bumi
Maklumat Umum Putaran Bumi
- Bumi berputar pada paksinya yang mempunyai kecondongan sudut pada satah tegak.
- Arah putaran bumi adalah dari barat ke timur atau mengikut arah lawan pusingan jam.
- Satu putaran yang lengkap mengambil masa 24 jam atau satu hari.
Kesan-kesan Putaran Bumi
- Kejadian Siang dan Malam
- Bahagian bumi yang menghadap matahari akan mengalami waktu siang, manakala bahagian yang tidak menerima pancaran matahari akan mengalami waktu malam.
Perbezaan Waktu Tempatan
- Bumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran (360°).
- Dalam setiap jam, bumi akan berputar sebanyak 15° longitud atau 4 minit bagi setiap 1° longitud.
- Putaran bumi dari barat ke timur menyebabkan kawasan di timur Garisan Meridian Pangkal menerima cahaya matahari terlebih dahulu.
Zon Waktu
Putaran bumi dalam tempoh 24 jam telah mewujudkan 24 zon waktu, iaitu satu jam bagi setiap satu zon. Contoh data waktu:
- Rio de Janeiro, Brazil (45°B): 8:30 malam, Rabu
- London, 0°: 11:30 malam, Rabu
- Lahore, 75°T: 4:30 pagi, Khamis
3.3 Peredaran Bumi
Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam. Satu peredaran yang lengkap mengambil masa selama hari atau satu tahun.
Jarak Terhadap Matahari
- Perihelion: Jarak bumi yang paling hampir dengan matahari (147 juta km), berlaku kira-kira dua minggu selepas solstis musim sejuk.
- Afelion: Jarak bumi yang paling jauh dari matahari (152 juta km), berlaku kira-kira dua minggu selepas solstis musim panas.
Kesan-kesan Peredaran Bumi
- Kejadian Empat Musim
- Hemisfera Utara:
- Musim Bunga: Mac - Mei
- Musim Panas: Jun - Ogos
- Musim Luruh: September - November
- Musim Sejuk: Disember - Februari
- Hemisfera Selatan:
- Musim Bunga: September - November
- Musim Sejuk: Disember - Februari
- Musim Panas: Mac - Mei
- Musim Luruh: Jun - Ogos
Solstis dan Ekuinoks
- Ekuinoks Musim Bunga (21 Mac): Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa (0°).
- Solstis Musim Sejuk (22 Disember): Matahari tegak di atas kepala di Garisan Jadi (23.5°S).
- Solstis Musim Panas (21 Jun): Matahari tegak di atas kepala di Garisan Sartan (23.5°U).
- Ekuinoks Musim Luruh (23 September): Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa (0°).
Gerhana
- Gerhana Bulan: Fenomena yang berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan lurus, mengakibatkan bulan ditutupi oleh bayang-bayang bumi.
- Gerhana Matahari: Terjadi apabila bulan menghalang cahaya matahari ke bumi, menciptakan bayang-bayang bulan.
Pembiasan Angin Lazim
- Daya Koriolis: Daya pesongan aliran udara yang terhasil akibat putaran bumi.
- Di hemisfera utara, pergerakan angin dibias ke arah kanan, manakala di hemisfera selatan, angin dibias ke arah kiri.
Kejadian Pasang Surut
- Fenomena pasang surut berlaku dua kali dalam 24 jam disebabkan oleh tarikan graviti antara bumi dan bulan atau antara bumi dan matahari. Terdapat dua jenis pasang surut:
1. Pasang Perbani: Berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan garis lurus.
2. Pasang Anak: Berlaku apabila bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak.
Contoh Negara yang Mengalami Empat Musim
- Asia: Jepun, Korea Selatan, China
- Amerika Utara: Kanada, Amerika Syarikat
- Eropah: Perancis, Itali, Jerman, Belanda
- Australia: Australia