3. Week 1.1 Counselling and Counsellos
Universiti Malaysia Terengganu
Mengendalikan Sesi Kaunseling
Sem I 2024/2025
Tema: Terokaan Seluas Lautan, Demi Kelestarian Sejagat (Ocean of Discoveries for Global Sustainability)
Kandungan
Sifat Kaunselor
Persetujuan Termaklum
Penstrukturan
Membina Hubungan (Rapport)
Sifat Kaunselor
Ketulenan
Selaras perasaan dengan tingkahlaku.
Tidak berpura-pura: Natural, Terbuka, Spontan, Tidak defensif, Konsisten (Mizan Adiliah & Halimatun Halaliah, 2002).
Empati
Memahami isu klien dalam konteks ruang rujuk klien tanpa membuat penilaian.
Penerimaan Tanpa Syarat
Menerima klien tanpa diskriminasi; memahami berbeza pangkat, etnik, dan budaya (Puteri Hayati, 2012).
Persetujuan Termaklum
Informed Consent: Aku janji antara kaunselor dan klien.
Etika dalam proses kaunseling.
Menyediakan asas kukuh bagi hubungan kaunselor-klien.
Klien memiliki hak untuk:
Diberitahu dan diberi penjelasan munasabah tentang tujuan dan cara kaunseling.
Tahu prosedur asas proses kaunseling dan kesan yang akan dialami.
Kandungan Persetujuan Termaklum
Tujuan
Risiko
Kecemasan
Masa dan temu janji
Pengakuan tanggungjawab kaunselor dan klien
Yuran
Tanda tangan
Kerahsiaan dan etika
Tarikh
Kelayakan kaunselor
Keperluan untuk melaporkan kepada pihak berkenaan
Penstrukturan
Matlamat: Menyediakan bentuk struktur sesi perundingan.
Perkara yang disentuh:
Peranan kaunselor: Mendengar, memahami, dan membantu klien.
Peranan klien: Menceritakan dengan bebas dan memilih tajuk perbincangan.
Jangka masa: 45 minit hingga 1 jam.
Kerahsiaan: Segala perkara rahsia akan dirahsiakan oleh kaunselor.
Aspek Verbatim dalam Penstrukturan
Peranan kaunselor: "Saya sedia bersama dengan Ali untuk sama-sama mendengar..."
Peranan klien: "Saya harap Ali dapat memberikan kerjasama dalam sesi ini."
Jangkamasa: "Selama 45 minit hingga 1 jam ini..."
Kerahsiaan: "Apa-apa perkara yang Ali kongsikan hari ini akan saya rahsiakan."
Membina Hubungan (Rapport)
Faktor bagi Suasana Terapeutik
Jarak/ruang berkomunikasi.
Penampilan diri dan ekspresi wajah.
Tahap tenaga dan pergerakan tangan & kaki.
Nada suara dan senyuman.
Social talk: Perbualan ringan sebagai pemecah halangan.
Permulaan Perkenalan dengan Klien
Memulakan dalam suasana formal.
Bertanya tentang nama panggilan klien.
Memperkenalkan nama kaunselor untuk memecah tembok halangan.
Mengajak klien bercakap dengan ayat pembukaan yang empati.
Contoh Perkenalan
"Assalamualaikum Iman, nama saya Alya Alanna, boleh panggil saya Alya..."
"Selamat sejahtera Duri, silakan duduk..."
Peranan dan Verbatim dalam Membina Hubungan
Contoh Perbualan
Kaunselor: "Apa khabar awak hari ni?"
Klien: "Khabar baik."
Contoh situasi untuk membina ketertarikan dan drop ketegangan.
Tanda Soalan yang Tidak Relevan
Mengajukan soalan yang boleh membuat klien terkejut dan keluar dari topik.
Aktiviti
Secara berkumpulan, bina satu Persetujuan Termaklum yang akan digunakan dalam sesi kaunseling.
Terima Kasih
Universiti Malaysia Terengganu
Website: www.umt.edu.my