Teknik Menulis Karangan Umum
Kenal pasti fokus, isu dan arahan soalan
Contoh: Bincangkan kelebihan pembelajaran secara maya.
Perenggan 1 (Pendahuluan)
Format: Isu + Di mana + Reaksi + Tindakan + Kehendak soalan
PW bagi memulakan isu: Dalam meniti arus kemodenan ini,
Di mana: Bagi tempat yang sesuai (di sekolah? di Institusi Pengajian Tinggi? di Institut Sukan Negara?)
Reaksi: Guna ayat pasif (di… oleh Kementerian Belia dan Sukan)
Tindakan: Amalan ini perlu diperhalusi dan ditingkatkan lagi agar memberi manfaat kepada…
PW bagi kehendak soalan: Persoalannya,
Perenggan 2, 3, 4 (Perenggan Isi)
Format: Idea + Huraian + Kesan + Contoh (boleh tambah peribahasa di sini) + Penegas
PW bagi idea: (kehendak soalan) yang perdana ialah… / Selain itu, (kehendak soalan) yang kedua ialah…
PW bagi huraian: Hal ini penting supaya/demikian kerana/berlaku kerana…
PW bagi kesan: Impaknya, akibatnya, natijahnya, kesannya…
PW bagi contoh: Contohnya, buktinya, misalnya, umpamanya, tamsilnya…
PW bagi peribahasa: bak kata peribahasa, bak kata mutiara Melayu, bak kata orang tua-tua…
PW bagi penegas: Tidak syak lagi, justeru, jelaslah bahawa, pendek kata…
Perenggan 5 (Penutup)
Format: Kesimpulan + Cadangan + Amaran + Harapan
PW bagi kesimpulan: Kesimpulannya,
PW bagi cadangan: Oleh itu, …
PW bagi amaran: Jika/kalau/sekiranya…
PW bagi harapan: Lebih-lebih lagi,