Nota Kursus Integriti & Antirasuah (KIAR 2.0)

Transformasi SPRM

  • 1959: Unit Pencegahan Rasuah, Jabatan Perdana Menteri.
  • 1967: Agensi khusus tangani rasuah.
  • 1973: Biro Siasatan Negara (Akta Biro Siasatan Negara 1973).
  • 1982: Badan Pencegah Rasuah (Akta Badan Pencegah Rasuah 1982).
  • 1997: Badan Pencegah Rasuah (Akta Pencegahan Rasuah 1997).
  • 2009: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009).

Badan Pemantau Bebas SPRM

  • Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR): Memantau SPRM.
  • Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah (LPPR): Menasihati SPRM.
  • Jawatankuasa Aduan (JKA): Memantau pengendalian aduan.
  • Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR): Menasihati PM.
  • Panel Penilaian Operasi (PPO): Memantau tindakan operasi SPRM, cadangkan kajian semula kes.

Peranan LPPR

  • Seksyen 13 Akta SPRM 2009
  • Menasihati SPRM mengenai dasar dan strategi.
  • Meneliti dan memperakukan cadangan SPRM untuk meningkatkan keberkesanannya.

Peranan JKMR

  • Seksyen 14 Akta SPRM 2009
  • Menasihati Perdana Menteri berhubung masalah rasuah di Malaysia.
  • Memeriksa dan mendapatkan penjelasan SPRM berhubung aktiviti yang dijalankannya.

Peranan JKA

  • Seksyen 15 Akta SPRM 2009.
  • Memantau SPRM dalam mengendali aduan mengenai salah laku pegawai-pegawainya.
  • Mengenal pasti kelemahan dalam tatacara/prosedur kerja SPRM dan seterusnya membuat syor bagi penambahbaikan.

Peranan PPPR

  • Menasihati SPRM dalam aktiviti pemeriksaan dan perundingan agensi awam dan swasta.
  • Pelaksanaan aktiviti pendidikan masyarakat/kempen bagi meningkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat.

Peranan PPO

  • Memantau serta memeriksa Kertas Siasatan dan keputusan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya.
  • Menasihati dan memperakukan langkah-langkah untuk mempertingkatkan kualiti siasatan SPRM.

Fungsi SPRM

  • Menjalankan siasatan.
  • Menerima aduan kes rasuah dan salah guna kedudukan.
  • Menyediakan khidmat perundingan dan nasihat.
  • Mendidik dan mendapatkan sokongan masyarakat.

Pengasingan Kuasa

  • SPRM: Penyiasatan.
  • Jabatan Peguam Negara: Pendakwaan.
  • Mahkamah: Pengadilan / Penghakiman.
  • Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan: Kuasa Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan, atau memberhentikan prosiding.

Strategi SPRM

  • Pendidikan: Mendidik masyarakat.
  • Pencegahan: Mengesan risiko rasuah.
  • Penguatkuasaan: Mengesan dan menyiasat kesalahan rasuah.

Contoh Kes

  • Ops Water: Melibatkan Jabatan Air Negeri Sabah, rampasan berjumlah RM214,139,537, individu didakwa di mahkamah.
  • Isu campur tangan dalam urusan perolehan di Kementerian Pertahanan Malaysia.
  • Khidmat nasihat kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia berhubung pengagihan bantuan khas perumahan nelayan 2012.

Pendidikan Masyarakat

  • 120,000 audiens melalui lebih 2,000 ceramah.
  • 700 program seminar / rundingan meja bulat / program turun padang.
  • 350 pameran.

Angkatan Mahasiswa Antirasuah

  • Melibatkan Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, IPT di bawah MARA dan IPT swasta.

Kursus Integriti & Antirasuah

  • Ditawarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda/Diploma/Sijil.
  • Pendekatan ‘experience-based learning’.
  • Pensyarah - gabungan pensyarah IPT dan pegawai kanan SPRM.
  • JKKMAR mengarahkan semua IPT menawarkan KIAR sebagai kursus elektif pada tahun 2021 dan kursus wajib pada tahun 2023.

Wira Antirasuah (WAR)

  • Mulai tahun 2014.
  • Program khas untuk murid sekolah rendah dan menengah.
  • Turut terlibat adalah guru dan ibu bapa.

Kios Jujur / Kedai Jujur

  • Kerjasama antara SPRM dan KPM.
  • Mendidik amalan integriti dan keusahawanan beretika dalam kalangan murid secara praktikal.

Media SPRM

  • Media elektronik (TV, radio).
  • Media cetak (surat khabar, buletin, buku kecil, poster, risalah).
  • Media sosial (Facebook, Twitter, Flickr, Instagram, Youtube, Tik Tok).
  • Media lain (Skrin LED, Variable Message Signage).

MACC.fm

  • Radio streaming pertama agensi penguat kuasa.
  • Dilancarkan pada 9 Disember 2015 sempena Hari Antirasuah Antarabangsa 2015.

Agensi Lain

  • Institut Integriti Malaysia.
  • Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
  • Jabatan Audit Negara.

Misi Institut Integriti Malaysia

  • Meningkatkan kapasiti dan kompetensi sektor awam, GLC dan korporat berkaitan governans, integriti dan antirasuah.
  • Menyediakan penyelesaian kepada masalah governans, integriti dan antirasuah di Malaysia.
  • OACP (Pelan Antirasuah Organisasi).

Fungsi Utama EAIC

  • Menerima aduan salah laku terhadap pegawai penguat kuasa/agensi penguatkuasaan.
  • Menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima.
  • Memantau agensi penguatkuasaan.

Agensi Penguatkuasaan Yang Diselia Oleh EAIC

  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  • Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Agensi Antidadah Kebangsaan.
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
  • Dan lain-lain.

Peranan Jabatan Audit Negara

  • Melaksanakan pengauditan terhadap akaun kerajaan persekutuan dan negeri, agensi kerajaan, pihak berkuasa awam dan lain-lain.
  • Memastikan pengurusan kewangan kerajaan mematuhi undang-undang dan peraturan.
  • Memberi pendapat sama ada penyata kewangan menunjukkan kenyataan yang benar dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)

  • Meningkatkan integriti dan ketelusan pengurusan kewangan kerajaan.
  • Melaporkan kelemahan dan ketidakpatuhan oleh agensi awam.
  • Menjelaskan punca kelemahan dan mencadangkan syor penambahbaikan.