SEJARAH SEM 2

SEJARAH PENGGAL 2 STPM - Masyarakat Jahiliah\n

Konsep dan Struktur Masyarakat Jahiliah

Pengenalan
  • Zaman Jahiliah adalah zaman sebelum kedatangan Islam, selepas keruntuhan kerajaan Saba'.
  • Tidak ada nabi, kitab suci, ciri ketamadunan, atau pembangunan fizikal yang tinggi.
  • Muncul selepas kejatuhan kerajaan Saba' peringkat ketiga dan terakhir pemerintahan Himyar (300 M) sehingga turunnya al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW (610 M).
  • Masyarakat Arab Jahiliah mengalami keruntuhan akhlak, agama, politik, ekonomi, sosial, dan ilmu pengetahuan selama 3 abad.
Konsep Jahiliah
  • Berasal dari kata akar "Jahala," bermaksud bodoh dan sesat.
  • Ciri-ciri Jahiliah:
    • Tidak mempunyai Nabi dan kitab suci.
    • Tiada peradapan dan tamadun.
    • Tidak berakhlak, angkuh, dan bongkak.
    • Jahil kerana tidak boleh membaca dan menulis.
  • P.K Hitti (sarjana Barat) berpendapat masyarakat Arab Jahiliah hanya jahil dari segi kepercayaan dan agama, tetapi maju dalam ilmu pengetahuan dan tamadun. Disangkal kerana kerajaan Saba' menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s. dan makmur sebelum ingkar kepada Allah SWT.
Struktur Masyarakat Arab Jahiliah
  • Mengamalkan sistem susun lapis masyarakat yang jelas dan sistem berkabilah.
  • Kabilah merupakan unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran.
  • Penyatuan berdasarkan pertalian darah atau keturunan.
  • Setiap kabilah mempunyai nama, kemegahan, dan semangat asabiyyah yang tinggi.
  • Semangat asabiyyah menyebabkan peperangan antara kabilah, contohnya Perang al-Basus antara Kabilah Bakar dan Kabilah Taghlib.
  • Kabilah yang tewas akan dijadikan hamba abdi atau tebusan.
  • Ketua kabilah dikenali sebagai ‘Syeikh,’ perlu ada ciri-ciri kepimpinan (kepintaran, berani, pemurah).
  • Masyarakat Jahiliah suka hidup bebas tanpa kekangan dan peraturan.
  • Semangat asabiyyah yang tinggi membawa kepada peperangan, perpecahan, dan kemunduran.
Kesimpulan
  • Zaman Jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di Semenanjung Tanah Arab dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.

Perbezaan Pendapat tentang Masyarakat Jahiliyah sebagai Masyarakat Bertamadun

Pendahuluan
  • Jahiliah berasal dari perkataan Jahala, bermaksud sesat dan bodoh.
  • Bermula apabila jatuhnya kerajaan Saba’ dan Himyar (300 M) sehingga kerasulan Nabi Muhammad SAW (620 M).
  • Islam menganggap masyarakat Jahiliah tidak bertamadun.
  • Barat berpendapat sebaliknya berdasarkan hujah-hujah tertentu.
Pandangan Sarjana Islam – Tidak Bertamadun
  • Tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk.
  • Politik dan pentadbiran tidak tersusun, bergantung pada kabilah terkuat.
  • Ekonomi: amalan riba dan suka menipu.
  • Ilmu pengetahuan dan pendidikan: Tidak mempunyai pengetahuan dalam menulis dan membaca.
  • Kedudukan sosial: berdasarkan kabilah dan semangat assabiyah yang tinggi.
  • Hubungan sosial: Tidak berakhlak dan etika yang baik danmenganggap perkara keji seperti membunuh, merompak dan berzina sebagai perkara biasa.
  • Suka bertelingkah dan menganggap berperang sebagai pekerjaan yang disanjung tinggi.
Pandangan Sarjana Barat – Bertamadun (P.K. Hitti)
  • Hanya jahil dari segi agama dan akhlak sahaja.
  • Masyarakat Arab Hadari tinggal tetap di kota-kota seperti Makkah, Madinah, dan Taif.
  • Mempunyai struktur pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun.
  • Kepercayaan: Penyembahan Patung Berhala (al-Latta, al-Uzza, al-Manat).
  • Sistem ekonomi: Kegiatan jual beli dengan dunia luar seperti di Syam dan Yaman.
  • Karya-karya sastera puitis yang dipertandingkan dan dilekat pada dinding kaabah.
Penutup
  • Terdapat percanggahan pendapat tentang konsep dan ciri-ciri Jahiliyah.
  • Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia kepada ketamadunan dan menamatkan Zaman Jahiliah.

Ciri-Ciri Masyarakat Arab Jahiliah

Pendahuluan
  • Jahiliah berasal dari perkataan Jahala, bermaksud sesat dan bodoh.
  • Berlangsung selama kira-kira 300 tahun di Semenanjung Tanah Arab bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib (sekitar tahun 300M) dan berakhir setelah turunnya al Quran (610M).
  • Menurut Islam, masyarakat ini merupakan Masyarakat Yang Tidak Bertamadun manakala menurut pandangan Barat masyarakat ini adalah bertamadun berdasarkan hujah-hujah yang dinyatakan.
Aspek Sosial
  • Berasaskan sistem kabilah dan moral yang rendah.
  • Kaum wanita dipandang rendah dan dijadikan pemuas nafsu serta melakukan amalan menanam bayi perempuan hidup-hidup menjadi kebiasaan.
  • Golongan hamba dianggap bawahan dan dijadikan barang dagangan.
Aspek Politik
  • Tidak mempunyai struktur politik yang sistematik.
  • Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang sangat dihormati.
  • Kabilah-kabilah ini kental dengan semangat asabiyah yang kerap menimbulkan persengketaan dan peperangan antara kabilah.
Aspek Ekonomi
  • Pertanian, penternakan, dan perdagangan menjadi sumber utama.
  • Pertanian dan penternakan sukar berkembang pesat kerana cara hidup berpindah-randah masyarakat Arab Badwi.
  • Perdagangan dijalankan secara sistem barter.
  • Amalan riba dan penipuan berlaku secara meluas.
Aspek Agama dan Kepercayaan
  • Mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan.
  • Sebahagian besar mengamalkan agama Wathani (menyembah berhala).
  • Berhala yang terkenal ialah al-Uzza, al-Lata, dan al-Manat yang dianggap mempunyai kuasa.
  • Turut menganut agama seperti Majusi, Hanif, dan mengamalkan kepercayaan karut atau khurafat.
Aspek Ilmu Pengetahuan
  • Dianggap masyarakat yang tidak memiliki ilmu pengetahuan tinggi.
Kesimpulan
  • Zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di Semenanjung Tanah Arab dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.

Ciri-Ciri Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliyah

Pendahuluan
  • Definisi jahiliyah: Bodoh dan sesat.
  • Definisi jahiliyah oleh P.K. Hitti: Jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan.
  • Alasan: Tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk.
  • Ciri-ciri jahiliyah (mengikut al-Quran):
    • Tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
    • Tidak mempunyai peradaban atau tamadun.
    • Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh, dan bongkak.
    • Masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
  • Era/jangka masa zaman jahiliyah:
    • 3 abad.
    • Berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga.
    • Sekitar tahun 300M hingga kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M
Mengamalkan Pertanian
  • Selepas keruntuhan empangan Maarib, ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi.
  • Pengeluaran pertanian di selatan merosot akibat tiada sistem pengairan yang baik.
  • Aktiviti pertanian terhad di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman.
Menjalankan Kegiatan Perdagangan
  • Di kota Makkah, Hirah, dan Ghassan.
  • Perdagangan antara selatan (Yaman) dengan utara (Syam).
  • Musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam.
  • Pada musim haji tertumpu di Makkah.
  • Rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah.
  • Perdagangan dijalankan dalam sistem barter.
  • Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala.
Melakukan Rompakan
  • Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah perdagangan kaum bangsawan Quraisy.
  • Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.
Menjalankan Penternakan
  • Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad.
  • Binatang ternak seperti unta, kambing dan biri-biri.
  • Berpindah randah mencari kawasan rumput dan air.
  • Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
  • Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan antara golongan kaya dan miskin.
Struktur Masyarakat
  • Arab Hadari (tinggal di bandar) dan Arab Badwi (tinggal di padang pasir).
  • Tertakluk kepada sistem berkabilah.
  • Masyarakat berkabilah adalah berdasarkan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah).
  • Bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.
Semangat Assabiyyah
  • Perasaan setiakawan atau assabiyah yang sentiasa terjalin rapi.
  • Sering berlaku peperangan antara kabilah.
  • Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka.
  • Peperangan melibatkan 2 atau banyak suku dan memakan masa yang lama walaupun disebabkan perkara kecil sahaja.
  • Contoh: Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabi’ah.
Kedudukan Wanita
  • Wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat atau keluarga.
  • Menanam anak perempuan hidup-hidup.
  • Lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan boleh menimbulkan masalah sosial dan ekonomi.
Kesimpulan
  • Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan dan kesesatan.
  • Allah SWT melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan dunia.

Sistem Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam

Pendahuluan
  • Kepercayaan merujuk kepada pegangan terhadap kuasa ghaib yang memberi perlindungan atau manfaat.
  • Masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan dua jenis kepercayaan: Agama dan adat.
  • Agama berkaitan unsur suci, upacara, penyembahan, dan Tuhan masing-masing.
  • Adat pula kepercayaan tahyul dan tradisi lama masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun.
  • Masyarakat Arab Jahiliyah mempunyai dua bentuk kepercayaan: Agama Samawi (Langit) dan Agama Ardhi (ciptaan manusia).
Agama Hanif
  • Agama peninggalan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.
  • Diturunkan di kota Makkah dan penganutnya digelar Hunafa.
  • Tidak disertakan kitab tetapi Suhuf.
  • Menekankan mengesakan Tuhan yang satu.
  • Mengambil kaedah at-Thahannuth (amalan kegamaan menurut peraturannya): Sembahyang, puasa, dan tawaf.
  • Mengalami penyelewengan dari sumber asalnya.
  • Dicampuradukkan dengan penyembahan berhala.
  • Segelintir sahaja yang mengekalkan agama asalnya (Waraqah Bin Naufal, Usman Bin Huarith, Abdullah bin Jahsy, Zaid Bin Amru, Umayyah Abis Salt).
Agama Nasrani
  • Disebut juga agama Masihi.
  • Diturunkan di Baitul Muqaddis melalui Nabi Isa a.s melalui kitab Injil.
  • Berkembang di Najran, Ghassan, dan di kalangan kabilah Arab Bani Taghlib, Bani Qadaah, dan Bani Rabiah.
  • Terdapat tiga mashab: Ya’kubiah, Nasturiah, dan Malkani.
  • Tidak popular kerana persaingan sengit diantara mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.
Agama Yahudi
  • Diturunkan di Palestin melalui Nabi Musa a.s berserta kitab Taurat.
  • Diamalkan di Madinah, Taima, Khaibar, dan Yaman.
  • Terdapat di kalangan Kabilah Badwi Kinanah, Bani Namir, Bani al-Harith, dan Bani Kandah.
  • Berbaur sentimen perkauman dan anti kepada penganut agama lain.
  • Terseleweng kerana beranggapan diri mereka sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia di dunia.
Agama Wathani atau Penyembahan Berhala
  • Diamalkan majoriti masyarakat Arab.
  • Menyembah pelbagai patung pelbagai saiz daripada kayu, batu dan tepung.
  • Dijadikan berhala-berhala ini sebagai pengantara mendekatkan diri dengan tuhan.
  • Berhala-berhala ini dikatakan mampu memberikan manfaat dan mudarat.
  • Berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Manat, al-Uzza dan Hubal.
  • Di Makkah terdapat 360 berhala yang diletakkan sekitar Kaabah.
  • Berhala-berhala ini dimiliki setiap kabilah.
Agama Majusi
  • Agama penyembahan alam persekitaraan khususnya matahari dan api.
  • Agama ini agak lama dan kabur.
  • Pendetanya wajib menyembah matahari sebanyak 4 kali sehari termasuk menyembah bulan, air dan api.
  • Tuhan mereka dua iaitu Tuhan baik (Cahaya) dan Tuhan jahat (gelita).
  • Agama ini mengizinkan perkahwinan antara ibu dengan anak atau adik dengan kakak sendiri.
Agama Penyembahan Cakerawala
  • Percaya bahawa cakerawala di langit adalah sumber segala tenaga dan kekuatan.
  • Penganutnya terdapat di Utara dan Selatan Tanah Arab.
  • Beranggapan bahawa matahari sebangsa dengan malaikat, bulan dan bintang bergantung kepada belas kasihan matahari sebagai Tuhan lelaki dan bulan sebagai Tuhan perempuan.
Kepercayaan Aninisme
  • Mempercayai bahawa setiap objek disekeliling manusia mempunyai kuasa tertentu yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia.
  • Kepercayaan ini diamalkan oleh masyarakat Badwi.
  • Menyembah objek-objek ganjil seperti pokok-pokok, batu-batu besar, Wadi, kawasan bekas memerah susu kambing dan sebagainya.
  • Objek sembahan mereka adalah objek-objek mati dan bukan ciptaan manusia.
Kepercayaan Adat
  • Ia merupakan warisan tradisi masyarakat arab Jahiliyah yang kekal dalam sistem sosiobudaya.
  • Menghalang perbuatan membunuh ular kerana kebimbangan ular membalas dendam.
  • Meyakini pemakaian azimat boleh menguatkan pemakainya.
  • Roh si mati boleh menjadi seekor burung Hammah.
  • Contoh kepercayaan adat seperti mempercayai alamat yang ditunjukkan oleh burung sebelum keluar dari rumah.
Kesimpulan
  • Sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab mengamalkan kepercayaan polytheisme.
  • Setelah kedatangan Islam khususnya zaman Rasulullah, ajaran Islam berjaya menghapuskan kejahilan tersebut dan mengarahkan masyarakat Arab kepada meyakini akidah Tauhid iaitu mengesakan Allah.
  • Agama berhala dapat ditamatkan. Bagaimanapun agama-agama lain masih diamalkan seperti agama Yahudi dan Nasrani atas sifat keterbukaan dan kebebasan beragama.
  • Antara penekanan dalam ajaran Islam yang di bawa oleh Rasululah ialah aspek Akidah, Akhlak, Ibadah dan Syariah.

Golongan Masyarakat yang Terdapat di Makkah dan Madinah Sebelum Kedatangan Islam

Pendahuluan
  • Nama asal Makkah ialah “Makaroba” diubah kepada “Bakah” dan akhirnya kepada Makkah.
  • Sebelum kedatangan Islam, Makkah telah berkembang sebagai pusat perdagangan, ibadat dan kebudayaan.
  • Sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w, Madinah dikenali sebagai Yathrib.
  • Kota ini terletak 500 km dari Makekah dan merupakan bandar kedua terpenting di Hijaz.
  • Madinah subur dengan pertanian dan berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam di Utara dan Makkah di selatan.
  • Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Makkah dan Madinah dikenali sebagai masyarakat Jahiliah.
Golongan Masyarakat Di Makkah
  • Penduduk terawal kota Makkah didiami oleh puak Amaliqah dan seterusnya puak Jurhum.
  • Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail membina kaabah di Makkah.
  • Bani Khuzaah berjaya menguasai pemerintahan kota Makkah selama tiga tahun.
  • Abad ke-5 M kota Makkah diperintah oleh kaum Quraisy dibawah pimpinan Qusay bin Qilab.
  • Kaum Quraisy merupakan satu kelompok besar daripada keturunan Arab Adnaniyah.
  • Kota Makkah merupakan kota yang bebas daripada pengaruh Byzantine
  • Puak Quraisy yang masyhur di Makkah - Bani Hasyim, Bani Umaiyah Bani Yazqah, Bani Adi dan Bani Taym.
  • Kaum Quraisy yang tinggal di pingir kota Makkkah dikenali sebagai Quraisy al-Zawahir.
  • Kaum Quraisy al-Bitah pula menetap di bahagian tengah kota Makkah melibatkan diri dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik.
  • Perebutan kuasa yang berlaku antara anak-anak Qusay bin Kilab menyebabkan kaum Quraisy berpecah kepada dua puak yang bertentangan iaitu Abd al-Dar dan Abd Manaf.
Golongan Masyarakat Di Madinah
  • Penduduk awal Madinah di katakan berketurunan Arab kaum Yahudi dan kaum Arab dari Selatan Semenanjung Arab.
  • Kaum Arab asli Madinah tidak diketahui asal usul mereka.
  • Puak Arab yang baru tiba dibahagi kepada 2 kelompok besar iaitu kaum Aus dan Khazraj atau dikenali dengan nama bani Qailah.
  • Suku Khazraj adalah lebih besar dan lebih berpengaruh daripada suku Aus.
  • Kaum Yahudi Berasal dari Palestin suku kaum tinggal di Madinah.
  • Bani Qainuqa merupakan kaum Yahudi yang paling ramai dan terawal sampai ke Madinah .
  • Bani Nadhir merupakan kaum Yahudi kedua mendiami Madinah .
  • Bani Quraizah tiba agak lewat dan terbahagi kepada 2 suku iaitu Bani Ka’ab dan Bani Amru..
Kesimpulan
  • Sebelum kedatangan Islam latar belakang masyarakat di Kota Makkah lebih kepada semangat assabiyah dan juga pelbagai keturunan Arab sehingga akhirnya mewujudkan kepada kekuasaan Kaum Quraisy yang menimbulkan tuntutan untuk berkuasa.
  • Di madinah pula, pelbagai kaum dan keturunan yang setentunya memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk memimpin mereka

1.2 MASYARAKAT ISLAM

Kehidupan Zaman Jahiliyah dan Selepas Kedatangan Islam - Perbezaan Ketara

Pendahuluan
  • Jahiliyah berasal daripada perkataan Jahila yang bererti bodoh.
  • Zaman ini berlangsung sebelum kedatangan Islam (300M hingga 610M).
  • Ciri-ciri jahiliyah (al-Quran):
    • Tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
    • Tidak mempunyai peradaban atau tamadun.
    • Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh, dan bongkak.
    • Masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca
Perbezaan Konsep Ketuhanan
  • Masyarakat Jahiliyah: Polythisme (Wathani, Yahudi, Kristian, Hanif, Animisme).
  • Islam: Menolak polythisme. Mengesakan Allah SWT
Perbezaan Aspek Politik
  • Jahiliyah: Berasaskan kabilah. Syeikh kabilah menjadi ketua kabilah.
  • Islam: Berasaskan khalifah Allah di muka bumi.
  • Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan dilanjutkan oleh Khulafa al- Rasyidin.
  • Berasaskan al-Quran dan Sunnah
Perbezaan Aspek Ekonomi
  • Jahiliyah:
    • Arab Badwi: Menternak unta, lembu, kambing di kawasan subur (Yaman dan Madinah).
    • Arab Hadari: Pertukangan, membuat patung, membuat senjata, perdagangan.
    • Tidak menekankan aspek moral. Pedagang menindas pembeli, riba, paksaan, monopoli.
  • Islam: Keadilan sosial. Melarang jual beli dalam bentuk riba dan paksaan.
Perbezaan Aspek Ilmu Pengetahuan
  • Jahiliyah:
    • Tidak memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.
    • Kebanyakan buta huruf.
    • Tindakan berdasarkan naluri dan emosi.
    • Bilangan yang boleh membaca dan menulis sangat sedikit.
    • Ilmu pengetahuan hanya untuk golongan tertentu.
    • Perkembangan ilmu pengetahuan secara lisan.
  • Islam:
    • Berlaku perkembangan ilmu pengetahuan.
    • Umat Islam wajib mempelajari al-Quran.
    • Al-Quran mencakupi ilmu politik, ekonomi, sosial dan budaya
Perbezaan Aspek Sosial
  • Jahiliyah:
    • Amalan buruk: Minum minuman keras, berzina, membunuh anak perempuan.
    • Susun lapis masyarakat kelas dan keturunan.
    • Kedudukan wanita rendah. Dijadikan barangan nafsu lelaki.
    • Terkenal dengan adat menghormati tetamu, tepati janji dan berani
  • Islam:
    • Pemberian hak seperti hidup bebas, berfikir dan menghapuskan perhambaan.
    • Semangat assabiyah diganti dengan sistem ukhwah Islamiah.
    • Kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan diharamkan.
    • Orang yang paling mulia ialah mereka yang paling beriman di sisi Allah SWT
Kesimpulan
  • Sebelum kedatangan Islam masyarakat Tanah Arab berada dalam kegelapan dan kucar kacir dengan tiada pedoman dan panduan hidup.
  • Islam telah mengubah hidup masyarakat Tanah Arab mencapai kemajuan politik, ekonomi dan sosial

Prinsip Persamaan Taraf yang Dianjurkan oleh Islam Menimbulkan Penentangan Masyarakat Arab Quraisy di Makkah

Pengenalan
  • Nabi Muhammad SAW berusaha menyebarkan ajaran Islam di Makkah secara berperingkat-peringkat.
  • Dakwah Nabi pada mulanya dilakukan secara rahsia dan kemudian secara terbuka.
  • Awalnya orang Arab Quraisy tidak mengambil berat karena hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
  • Setelah dilakukan secara terang-terangan ajaran persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam merupakan menentangnya.
Prinsip Persamaan Taraf dalam Ajaran Islam
  • Di dalam Islam semua manusia adalah sama taraf.
  • Prinsip ini bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Jahiliyah yang hidup berpuak-puak dan mewujudkan perbedaan.
  • Mereka menolak konsep persaudaraan Islam dengan yang menjadi pegangan mereka
Perbezaan dari Segi Amalan dan Kepercayaan
  • Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
  • Orang Arab Quraisy pula mempercayai animisme
Ingin Mengekalkan Kuasa dan Pengaruh
  • Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi.
  • Mereka menganggap jika menerima agama Islam, harus tunduk kepada kepimpinan Nabi.
  • Sejak dahulu bersaing untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah
  • Bimbang memeluk agama Islam, kuasa dan kepimpinan Kota Makkah akan terus berada di tangan Bani Hashim.
Bimbang Hilang Punca Pendapatan
  • Ingin mempertahankan pusaka nenek moyang iaitu penyembahan berhala.
  • Islam melarang pengukiran, penjualan dan penyembahan patung berhala
  • Bila bimbang akan kehilangan punca pendapatan dan perniagaan berhala akan terjejas
Takut Hari Pembalasan
  • Mereka takut tentang pembalasan pada hari Kiamat.
  • Dalam ajaran Islam perbuatan dosa akan dibalas dengan seksaan api neraka
  • Mereka sedar telah banyak melakukan dosa dan kemungkaran seperti minum arak, berzina, membunuh, mengamalkan riba
Iri Hati
  • Berasa iri hati akan kedudukan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul
  • Selain itu Nabi juga disanjung oleh ramai orang karena sifat-sifat mulia yang ada pada baginda
Kesimpulan
  • Penentangan masyarakat Arab Quraisy Makkah terhadap Nabi bukan sahaja disebabkan oleh prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain.
  • Tentangan masyarakat Quraisy Mekah tidak merencatkan usaha Nabi untuk berdakwah malah semakin menambahkan keazaman baginda untuk menyebarkan ajaran Islam
  • Nabi telah mengarahkan pengikut berhijrah ke Habsyah
  • Tentangan masyarakat Quraisy Makkah menerima tamparan hebat apabila beberapa orang pembesarnya telah memeluk Islam seperti Umar al Khattab

Rintangan Dakwah Nabi Muhammad s.a.w di Kota Makkah dan Cara Mengatasinya

Pendahuluan
  • Setelah tiga tahun Rasulullah s.a.w. menyampaikan ajaran Allah secara sulit, akhirnya Allah menyeru Rasulullah menyampaikan ajaran secara terbuka dengan bukti turunnya ayat 94 surah Al-Hijr
  • Rasulullah s.a.w. menghadapi penentangan kemudian setelah mula menegaskan kesesatan golongan masyarakat Makkah menyembah berhala yang menjadi anutan turun temurun
Sebab-Sebab Penentangan Rasulullah Semasa di Kota Makkah
  • Faktor Agama
    • Ajaran Rasulullah s.a.w. menegaskan keesaan Allah, akidah, dan tauhid
    • Sukar menerima hakikat seperti adanya hari pembalasan, pahala dan dosa, syurga dan neraka bertentangan dengan ajaran nenek moyang
    • Menyembah berhala dilarang dalam Islam dianggap perbuatan syirik
    • Menganggap Rasulullah s.a.w. cuba menghapuskan ajaran nenek moyang yang diwarisi
  • Faktor Politik
    • Suku-suku lain di Makkah berasa bimbang Rasulullah s.a.w. akan mengambil alih kuasa di Makkah
    • Kebimbangan diperkuat oleh Bani Hasyim yang melindungi baginda dalam menyampaikan ajaran Islam
    • Bani Hasyim dikenakan pemulauan social oleh suku lain di Makkah selama hampir tiga tahun untuk melemahkan kegiatan Rasulullah s.a.w
    • Usaha penyampaian ajaran Allah oleh Rasulullah s.a.w. ditentang dan dituduh cuba mendapatkan pengaruh dengan menyampaikan ajaran baru.
  • Faktor Sosial
    • Islam menganggap manusia adalah sama taraf melainkan yang bertakwa dengan Allah
    • Begitu juga dengan prinsip keadilan dan persaudaraan sesama manusia
    • Sedangkan masyarakat Makkah telah biasa dengan fahaman asabiyah yang kuat dan menyanjungi keturunan serta wujudnya golongan hamba
    • Sekali lagi ajaran Islam dianggap sangat bertentangan dengan fahaman sosial yang telah diwarisi
  • Faktor Ekonomi
    • Ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. menentang keras penyembahan berhala yang dianggap menyekutukan Allah
    • Tumpuan golongan pedagang ke Kota Makkah antara lainnya disebabkan berkembangnya perusahan peralatan berhala
    • Mereka beranggapan sekiranya ajaran Rasulullah s.a.w. berkembang akan menghapuskan kegiatan penyembahan berhala dan seterusnya akan menyakat sumber pendapatan penduduk Makkah yang mengusahakan berhala
Bentuk Penentangan yang Dilakukan oleh Masyarakat Makkah
  • Propaganda penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w
    • Menuduh Rasulullah s.a.w. seorang yang gilakan pangkat, kedudukan dan status
    • Menghasut kabilah pedagang luar yang datang ke Makkah akan keburukan Rasulullah s.a.w
    • Penghinaan dilakukan melalui perkataan, perbuatan, dan memperolok-olokkan baginda
    • Halaman rumah Rasulullah s.a.w. pernah ditaburi dengan najis dan Rasulullah pernah mengalami luka akibat dilempar dengan batu.
  • Melakukan Penyiksaan
    • Melakukan penyeksaan terhadap pengikut Islam terutamanya golongan yang lemah dan dengan harapan Rasulullah s.a.w. akan menghentikan ajaran Islam
    • Contoh: Bilal bin Rabah dijemur di tengah panas mata hari di padang pasir dan ditindih dengan batu besar
    • Keluarga Ammar bin Yasir yang diseksa oleh Bani Makhzum hingga kedua ibu bapanya meninggal dunia
  • Melakukan Diplomasi
    • Setelah kekerasan gagal, mereka menawarkan Rasulullah s.a.w. dengan pangkat, wanita, dan harta agar Rasulullah s.a.w. menghentikan ajaran Islam
    • Rasulullah pernah ditawarkan sebagai pemerintah Kota Makkah dengan syarat baginda menghentikan ajaran Islam, tetapi semuanya ditolak oleh Rasulullah s.a.w
  • Usaha Membunuh Rasulullah s.a.w.
    • Keputusan ini diambil setelah semua keputusan di atas masih menemuai kegagalan
    • Meminta agar Abu Talib menyerahkan Rasulullah s.a.w. kepada mereka untuk dibunuh
    • Sebagai ganjarannya Abu Talib akan diberikan seorang pemuda Quraisy yang kaya
    • Membunuh Rasulullah s.a.w. melalui wakil setiap suku yang terdapat di Kota Makkah
    • Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah untuk segerah berhijrah ke Madinah
  • Peperangan
    • Tindakan ini dilakukan setelah Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Kota Madinah Beberapa siri peperangan berlaku antara Islam dengan musyrikin Makkah antaranya seperti Perang Badar, Uhud, dan Perang Khandak.
    • Tujuannya melenyapkan ajaran Islam bersama-sama dengan Rasululah s.a.w. dan pengikutnya
Cara Rasulullah S.A.W. Mengatasi Penentangan
  • Penebusan Pengikut Islam
    • Pengikut Islam yang terdiri daripada golongan yang lemah dan hamba telah ditebus oleh Abu Bakar, Uthman dan Khadijah serta golongan Islam yang berkemampuan, walaupun dikenakan harga yang tinggi
    • Bilal telah dimerdekakan oleh Abu Bakar
  • Melakukan hijrah ke Habsyah
    • Untuk meringankan baban dan tekanan ke atas pengikut Islam, Rasululllah s.a.w. telah menganjurkan pengikutnya berhijrah ke Habsyah yang dilakukan sebanyak dua kali dalam sejarah
    • Pertama kali pada tahun ke 5 perlantikan baginda Rasulullah s.a.w. yang disertai seramai 10 lelaki dan 5 perempuan
    • Kedua kalinya pada tahun ke-7 setelah baginda dilantik sebagai Rasulullah s.a.w. yang disertai seramai 83 lelaki 18 perempuan
  • Dengan Perlindungan
    • Pengikut Islam yang dimerdekakan berlindung di bawah suku yang mempunyai kedudukan
    • Rasulullah s.a.w. sendiri berlindung di bawah jagaan bapa saudaranya iaitu Abu Talib di samping kedudukan Bani Hasyim yang dihormati oleh masyarakat Makkah
    • Kedudukan mereka terjamin kerana masyarakat Kota Makah masih menghormati Qanun al- Jiran (menghormati tetamu dan jiran).
Kesimpulan
  • Pada tahap awal penyebaran Islam, Rasulullah s.a.w. telah mendapat penentangan daripada masyarakat Kota Makkah dan diatasi dengan pasif
  • Berkat daripada kesabaran Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah, baginda berjaya mewujudkan sebuah negara Islam dan mengatasi penentangan inidengan lebih agresif sehingga berjaya menegakkan syiar Islam.
  • Akhirnya, sebuah negara Islam Madinah telah ditubuhkan dan akhirnya Kota Makkah dapat ditawan tampa pertumpahan darah pada tahun 8 H.

Pembinaan Masyarakat Islam di Makkah

Pendahuluan
  • Nabi Muhammad SAW diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda ialah nabi dan rasul selepasnya. Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) dan Negara islam di Madinah.
  • Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku suatu perubahan besar dari sudut politik, ekonomi dan sosial umat islam yang terdiri membawa kepada perkembangan budaya dan msyarakat Islam yang terdiri dripada pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa al- Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.
Aktiviti dakwah
  • Antara usaha Nabi Muhammad SAW untuk membentuk masyarakat Islam di Makkah adalah melalui dakwah.Langkah-langkah dakwah di ambil sama ada secara sulit atau terang- terangan.
  • Secara sulit, baginda berdakwah kepda keluarga, anak-anak angkat, saudara mara dan para sahabat. Baginda menyeru mereka beriman kepda Allah SWT dan rasul-NYA serta meninggalkan amalan menyembah berhala. Baginda juga menyeru mereka kebaikan, iaitu ma’ruf dan meninggalkan kejahatan, iaitu munkar seperti minum arak, brjudi, berzina, mencuri dan membunuh. Dakwah yang dijalankan oleh baginda adalah secara lemah lembut. Hanya beberapa org dalam kalangan penduduk Makkah yang memeluk islam setelah kira-kira tiga tahun dakwah dakwah secara sulit di jalankan. Orang pertama yang memeluk islam ialah: Siti khadijah (wanita), Ali bin Abu Talib (kanak-kanak) dan Abu Bakkar al-siddiq (lelaki dewasa)
  • Peringkat dakwah secara sulit telah dilakukan secara sulit telah dilakukan secara berhati-hati melalui individu tertentu seperti Abu Bakar al-Siddiq dan al- Arqam bin Abi al-Arqam yang menghadiah