jose rizal
PENDAHULUAN
jose rizal lahir pada 19 jun 1861 di Calamba dalam wilayah laguna yang terletak di selatan filipina
berketurunan sepanyol-cina dan berasal daripada keluarga yang kaya
jose rizal menerima pendidikan awal di sekolah rendah Calamba kemudian menyambung pelajaran ke sekolah perubatan di manila seterusnya beliau meneruskan pengajiannya ke universiti santa tomas di madrid spanyol
beliau merupakan asas penting dalam perkembangan nasionalisme di filipina pada akhir abad ke-19
sumbangannya melalui penulisan pendidikan dan gerakan reformasi telah membangkitkan kesedaran politik rakyat filipina terhadap penindasan penjajahan sepanyol
ISI 1
sumbangan utama jose rizal terselah melalui karya penulisannya iaitu novel noli me tangere 1887 yang mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh paderi Sepanyol dan penindasan terhadap rakyat tempatan
novel ini diikuti oleh el filibusterismo 1891 yang bernada lebih radikal dan menggambarkan kekecewaan terhadap kegagalan reformasi
melalui novel noli me tangere, kritikan yang disuarakan oleh jose rizal dianggap sebagai suatu tindakan yang berani dan telah membuka mata masyarakat filipina
mereka semula menyedari tentang kedudukan mereka dan penjajahan sepanyol
novel beliau ini begitu popular dan cepat mendapat pasaran di filipina walaupun dalam jumlah yang terhad
pihak penjajah sepanyol terutama paderi paderi telah mengeluarkan makalah berjudul Caingat Cayo yang menegah orang ramai membacanya dan menyifatkannya sebagai suatu hasutan
jose rizal bertindak balas dengan mengkritik tulisan mengakibatkan sepanyol mengharamkan langsung pengedaran penulisan daripada jose rizal
kedua-dua karya ini bukan sahaja membangkitkan kesedaran nasionalisme malam menyalurkan idea serta mengkritik struktur kolonial secara intelektual
melalui penulisan jose rizal berjaya menyatukan identiti filipino yang melangkaui perbezaan wilayah dan etnik
oleh sebab tulisan-tulisannya sangat membahayakan kedudukan pemerintah sepanyol menyebabkan beliau diarahkan supaya meninggalkan filipina
ISI 2
perjuangan jose rizal filipina lebih kepada perjuangan politik
jose rizal bergerak aktif dalam gerakan propaganda yang berpusat di sepanyol
gerakan ini menuntut agar filipina dijadikan wilayah sepanyol, kebebasan bersuara dan persamaan hak antara rakyat filipina dengan rakyat sepanyol
misalnya jawatan keagamaan yang dipegang oleh spanyol diberikan juga kepada rakyat filipina serta rakyat filipina diberikan hak dalam pentadbiran
walaupun tututan ini kelihatan sederhana dan tidak menuntut kemerdekaan penuh namun mencerminkan pendekatan reformis rizal yang percaya kepada perubahan melalui pendidikan dan undang-undang bukan melalui revolusi bersenjata
ISI 3
setelah diarahkan meninggalkan filipina pada tahun 1891 jose rizal mengasaskan penubuhan liga filipina di hong kong
penubuhan tersebut telah menuntut supaya diadakan pembaharuan-pembaharuan di filipina
pada tahun 1892 beliau dibenarkan pulang ke filipina kerana terdapat perkara yang berkaitan dengan keluarganya
beliau telah mengambil kesempatan ini dengan menubuhkan cawangan liga filipina di filipina
matlamatnya adalah untuk menyatukan rakyat menggalakkan pendidikan dan mempromosikan pembaharuan secara aman
namun penubuhan ini menimbulkan kebimbangan pihak penjajah dan beliau ditangkap serta dibuang negeri ke dapitan
penahanan jose rizal menunjukkan bahawa pihak kolonial menganggap idea reformasinya sebagai ancaman
ISI 4
ketika dalam tahanan didapitan jose rizal masih mengadakan hubungan dengan pemimpin-pemimpin nasionalis yang lain seperti andres bonifacio
bonifacio telah menubuhkan katipunan beberapa hari setelah jose rizal dibuang ke dapitan
bonifacio telah merancang untuk melakukan satu pemberontakan tetapi jose rizal telah menasihatinya supaya rancangan itu dipatalkan kerana masyarakat filipina masih lagi belum bersedia ke arah itu. malangnya pandangan beliau itu tidak diikuti oleh bonifacio
akhirnya pada bulan ogos 1896 bonifacio melancarkan satu pemberontakan walaupun rizal menolak perjuangan bersenjata namun idea-ideanya memberi inspirasi kepada gerakan revolusi seperti katipunan yang dipimpin oleh andres bonifacio
katipunan memperjuangkan kemerdekaan melalui revolusi, satu pendekatan yang berbeza daripada jasa rizal
KESIMPULAN
kesimpulannya jose rizal memainkan peranan penting sebagai simpul dan inspirasi dalam gerakan nasionalisme filipina
beliau seorang nasionalis sederhana dan menentang kekerasan
oleh sebab sumbangannya dalam gerakan nasionalisme begitu besar, digelar sebagai bapa nasionalisme filipina